Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Sabtu, 26 Jun 2010

hari rehat saya,

oh, tinggal lagi seminggu untuk saya bersuka ria di rumah, untuk menambah berat badan, untuk mencari rezeki, untuk itu dan ini.
seperti yang aku bagitau pada posts yang lepas lepas, konon-konon aku semacam bz berbisnes demi mencari rezeki, merasai betapa susah payah untuk mencari rezeki itu. banyak kali jugak aku merungut kat ibu..

aku : ibu, letihlaa... tak laratnya...
ibu : kena lah sabar.. orang lain yang memang dah maju pun, macam ni jugak, bermula dari bawah..

dan sesudah itu, aku pasang tekad dalam hati, betapa aku kena tabah dan bersabar. sesungguhnya, kejayaan yang dirasai setelah disirami kegagalan dan kepayahan itu nikmat rasanya. betapa kau akan betul-betul menghargai kejayaan tersebut dan kesenangan yang kau rasai sekarang, betapa kau akan jadikan sebagai pengajaran daripada kegagalan yang telah kau lalui, kau akan tau betapa ada orang lain yang lebih susah dari kau, dan betapa kau akan menghargai waima nilai 1sen pun. adoi, berapa banyak betapa daaaa...

tadi tengah rehat-rehat, aku tengok album gambar lama waktu kecik dulu kala..
hadoi.. aku tengok sendiri pun geleng-gelengg kepala.. dulu dah lah gemuk, pendek, hitam pulak tu.. (anna, kau jangan gelak eh. aku pang kang.)
aku rasa, betul lah aku pernah dengar sebelum ni.. kalau orang tu dulu waktu sekolah ke, waktu kecik dulu tak cantik, tapi bila dah besar terus magic jadi cun melecun. (erk??  :P)
nanti-nanti lah aku letak gambar. kehkehkeh.



yang penting, yakinlah setiap kesusahan dan dugaan yang dihadapi, pasti ada hikmah yang tersembunyi. :')


classmates form 4. 

raya form4, 2006.

roommates form4 & from5, 06/07

haih, tiba-tiba rindu dulu kala.

 

Ahad, 20 Jun 2010

gaji SEGELINTIR polis itu sikit sangat ke?

hidup aku sejak kebelakangan ini banyak melibatkan polis. aku bukan penjenayah, ok. tapi ada sesetengah hal yang perlu terselesaikan, berkaitan dengan polis. walaupun kaitan antara aku dengan polis bukanlah kaitan terus, yakni aku ni macam penyibuk je. tapi dari pemerhatian aku, aku terfikir, gaji polis ni berapa sampai dorang semacam tak cukup gaji waima nak tanggung diri sendiri pun, itu belum termasuk nak tanggung anak bini, sampai dengan bangga diri meminta rasuah, dengan bangga diri menjadi ahli suruhan waima bangsa asing pun, aku rasa sebab tu bangsa asing slumber je buat malaysia ni macam kampung sendiri.

orang melayu, kalau berdengki sesama sendiri, ada iri hati yang wujud, lalu macam biasa lah, khidmat bomoh digunakan mandrem sana, mandrem sini. tapi, orang lain selain melayu, bila wujudnya hasad dengki dalam diri, maka khidmat polis digunakan. senang sajo, aku bagi kau rm$$$$$, kau pergi tangkap orang tu, pandai-pandai lah kau buat tuduhan apa pun. senang cerita, SEGELINTIR polis itu, bukan sahaja berkhidmat untuk rakyat yang terianaya membantu membanteras jenayah, malah turut menjadi hamba rasuah yang turut menambah jumlah jenayah dalam diam, dalam konsep kolar putih. fuhh. kalau dah pegawai baru pun dah pandai berasuah, inikan pula pegawai atasan.

dunia sekarang, memang menakutkan. dunia sekarang kejam yang semacam. dunia sekarang mengerikan.

aku bukan menghina polis, tapi sikap SEGELINTIR polis yang terlihatkan itu, siapa mahu hormat polis.
cerita yang seringkasnya, kerja apa pun kau, telus dan jujurlah dalam pekerjaan, insyaAllah selamat.

itu baru polis, belum masuk organisasi yang lain. macam mana lah rakyat nak rasa selamat...

ya Allah ya Tuhanku, aku hambaMu yang amat lemah, yang nipis imannya, aku bermohon padaMu, Kau bimbinglah aku, berilah aku petunjukMu, matikanlah aku dalam iman... amiin.. :')


ps : setiap manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan..

Sabtu, 19 Jun 2010

akak, akak, umur akak berapa?

kan hari tu aku macam sibuk-sibukkan diri ulang alik pergi kolumpo pastu balik terengganu kan?
bukan sahaja sebab sempena cuti-cuti sekolah, tapi bersebabkan masalah yang tak terduga yang telah berlaku..
jadinya, sebab masalah tu, aku kena jaga anak-anak makcik aku yang masih kecik-kecik, dan jadi jugak driver yang bertauliah walaupun banyak kali je brake tangan makcik aku. bila bawak laju sikit, mula lah brake tangan kat peha. hadoi.

semalam, sambil jaga budak-budak tu, ada kawan dua pupu aku ni tanya, first time aku berdialog dengan dia. waktu dorang main-main, budak ni pandang je aku. nama dia nisha.

 tak lama lepas tu, nisha tanya aku.

nisha : akak, akak, umur akak berapa?
aku : awak teka?
nisha : emm... 24 kot.. ( dalam hati aku time ni dah tercungap dah, tua sangat ke aku ni )
aku : (senyum je lah time ni)..
nisha : akak, akak.. emm.. berat akak berapa?
aku : awak rasa?
nisha : em... 20 kot.. 
aku : (dah tak tahan gelak.. ) 

agak-agak itu kes perli ke sinis?
dem.



kerinduan. :'(

tunang tunang tunang!!

rasa macam lama gila tak update.
baru balik dari kolumpo, penat pun tak hilang lagi. awal yang sangat pagi semalam bertolak, kemudian awal yang sanagt la pagi tadi bertolak balik rumah. kau ingat tak penat duduk je dalam kete? nasib baik seat belakang aku je conquer, so boleh la aku tidur macam tidur atas katil sendiri. gituu.

pertunangan jiran aku dah lama sebenarnya. tapi kan aku ada cakap nak update pasal tunang-tunang ni sebelum ni kan? jadi, sekarang, ini dia aku update. (padahal tak ada idea nak update apa, tapi disebabkan rasa macam nak update yang sangat membuak-buak, langsung aku update je la apa yang ada - rindu blog aku hokey!)

setiap hari, balik je 'keje', tak online pun. mandi sembahyang, tengok tv sikit, melekat dengan henfon, terus tidur. esoknya nak kena bangun awal, nak kena guna tenaga yang banyak, harulah mendapatkan rehat yang paling secukupnya. ya tak? sekarang ni, cuti sikit, boleh la nak bermanja dengan blog sendiri.

ok, ok. kita skip pasal kerja, kita sambung pasal pertunangan jiran aku.
sekejap je masa berlalu, dulu waku kecik-kecik aduh-gaduh sampai kejar-kejar siap baling pasir,
dulu waktu kecik-kecik suka kawan tipu-tipu,
dulu kecik-kecik suka makan nasik bersaing..
tapi peristiwa yang buat aku tergelak sampai sekarang, kak ngah (si pentunang) tercabutkan pintu van ayah aku waktu nak pergi pantai bersama rakan-rakan jiran. cuak kau. ahaha
tiba-tiba dah nak kahwin dah jiran aku ni..
kalau tak silap aku dah 15 tahun kami kenal, walaupun sudah berpindah kawasan yang lain kejiranan, tapi perhubungan itu tetap ada, sampai sekarang. :')

hantaran untuk pihak lelaki..

sesi dialog bermula

jeng jeng jeng.. itu dia dah datang... cantik kan?

dapat dua cincin, kau.....




bersama mr. tunang..


ok, ini ambil berkat namanya. mana tau melekat kena turn aku pulak ke..
takpun, mana tau tahun depan kahwin sama-sama pelamin sebelah menyebelah ke.. opsss.
time aku je, sume orang nak jerit,
'aciikkk. dah tak lama lah tu... blaa blaa blaa'
awww

seringkasnya, ini baru majlis pertunangan, dah gempak nampak macam nikah dah. nikah nanti aku tak tau la macam mana. dah lah keluarga belah pompuan ramai gila.. kalau ikutkan keluarga pihak pompuan je, dah macam satu kampung dah.. pergghh. best gila keluarga ramai.
sekarang punya trend macam tu kot, tunang pun dah ala-ala macam nak nikah dah..
aku rasa, kalau aku nanti, aku nak tunang pastu nikah sanding terus. jimat terus. ehehehe. (ok, penggatal)




pesananringkas : selamat bertunang, semoga berjodoh sampai akhir hayat.. :) 
nak jadi pengapit no. 2 cop!!! :D

oh ya.. gambar semua diciplak dekat facebook, yaa.. 

:)




Rabu, 16 Jun 2010

love.

LOVE
LOVE
LOVE

:)


erk??
=B

Isnin, 14 Jun 2010

wujud aku.

fuhhh.
lama tak update blog sendiri. banyak hal yang nak pot pet pot pet. tapi tu lah, keadaan macam tak mengizinkan. kena outstation sana, kena outstation sini (??)

belum sempat hilang penat berniaga, kena pergi muar, kemudian ke kl, diikuti ke kuala terengganu, dilemparkan terus ke kl dan golllll sampai ke jaring rumah pagi tadi.

nak rehat, bye!


ini dah memang betul-betul short update ni.

Isnin, 7 Jun 2010

ayah kita bagi nama macam tu sebab kita suka haiwan.

sepanjang berniaga ni, macam-macam ragam customer yang aku jumpa. tapi paling aku suka layan budak-budak kecik. adakah itu tandanya aku akan kawin awal??  (??)

suatu hari...

aku : awak berapa tahun?
budak : darjah 2..
aku : darjah 2... awak ni nama siapa?
budak : mohd zulhaili..
aku : ooo...
budak : em... ayah kita bagi nama tu sebab kita suka haiwan.. sebab zoo kan tempat haiwan.. jadi nama kita zu jugak lah.. sebab kita suka haiwan..
pastu aku tanya-tanya lagi. suka layan budak-budak cakap okkk... 

alahai dik... punyalah dia nak explain panjang lebar walaupun tak logik tapi memang kreatif. kamu ni comel betul!





rindu saat waktu 'anak ikan mak'..  :')






oh, aku sekarang dalam proses nak kuruskan badan. berat naik mendadak-dadak. grrrr..

Sabtu, 5 Jun 2010

aku dah balik wey!

ada siapa-siapa rindu aku tak? siapa rindu angkat kaki.

baru je sampai dari muar, terus kena cepat-cepat bersiap-siap pergi majlis tunang jiran aku, dah macam kakak sendiri. aku tak ada kakak, tak ada adik perempuan, jadi kalau dah rapat, memang dah rasa macam keluarga sendiri dah.
ingatkan tadi, sampai dari muar, aku nak lepak-lepak hilangkan lenguh semua dulu, tapi tak dapat lah kan, dah tu nak kena rush-rush pergi majlis tunang.
gambar sepanjang majlis tunang nanti aku letak. eceh, macam aku lak yang bertunangnya. eh, giliran aku insyaAllah nanti-nanti, ya. :P

banyak nak update, harap-harap tak lupa, mood pun tak buat hal.


alhamdulillah, walaupun anjakan yang sedikit cuma, tapi tetap kubersujud mengucap penuh syukur. terima kasih, ya Allah. terima kasih. alhamdulillah. :')

Rabu, 2 Jun 2010

jun 2010

permulaan yang baik, harapnya semoga terus berjalan lancar lepas ni.. insyaAllah..
untuk setakat ni, sampai hari ni, banyak perkara yang aku belajar. banyak yang aku mula kenal.
tak apa, mula dari bawah. belajar bertatih dulu, lepas tu baru boleh pecut.
tiba-tiba tak tau nak cakap apa.

esok pagi, terus gerak pergi muar, sampai sabtu.



pesananringkas : blog aku memang komfem bersawang lepas ni, aku jarang update. blogwalk pun kurang. pohon maaf, ya?  :)

aku baru start2 berniaga. sebab tu macam sibuk sikit. doakan aku. jangan mandrem pulak. :P


soalannaktanyabagilahpendapat : kenapa aku rasa macam berdebar-debar eh? help! help!