Rabu, 28 Julai 2010

jodoh.

ish, tiba-tiba cakap pasal jodoh. ai muda lagi, tapi tak salah kalau nak kawin muda kan? opsss.
bukan gatal okk. tapi tiba-tiba rasa nak cakap pasal jodoh la pulak. tadi anna ada cerita, dan aku pun dan dan time tu jugak teringat cerita ada kawan aku cerita.
tapi mungkin secara logiknya lah. dan mungkin kalau aku je yang baru tau, orang lain dah lama tau. mungkin.

aku pernah dengar, jodoh kita sebenarnya dah ditetapkan dengan siapa-siapa. mana tau kot-kot jodoh kau dengan aku ke.. erkk..
dan kadang-kadang, bila timbul isu tak kawin lagi sampai dah tua pun, kadang-kadang tak boleh salahkan dorang. memang lah nak cari lelaki yang betul-betul susah yang amat. perempuan pun apa kurangnya. tapi tu lah, mungkin sebab dia dah usaha selagi yang termampu, tapi jodohnya tetap tak ada. tetap tak kunjung tiba. ada lah jugak logiknya, mungkin jodohnya sebenarnya dah pergi ke alam yang lagi satu ke.. maksudnya, mungkin Allah lebih sayangkan jodohnya. dan mungkin sebab tu, kita kena selalu doakan jodoh kita selamat walau di mana jua berada, dipanjangkan umurnya, dapatlah kita bertemu jodoh dengan jodoh kita dan live together dengan happy ending. semua nak macam tu. siapa nak cerai-berai runtuhkan masjid.. betul tak?
ada lah logiknya dari cerita kawan aku. tapi Allahualam.. kita hanya mampu berdoa dan merancang, sesungguhnya sebaik-baik perancang, Allah yang Maha Mengetahui.. :')

ya Allah, selamatkanlah jodohku walau di mana jua dia berada.. temukanlah kami dalam redhaMu.. amiin..  :')




tapi macam mana pulak keadaannya orang yang dah kawin, kemudian bercerai?
mungkin jodohnya tak panjang.. tapi bagi pendapat aku yang still bujang ni, berusahalah selagi termampu untuk mempertahankan, berdoalah..


erkkkk.

ada apa-apa komen tak??





pssst, susah jugak kalau jadi orang yang terlalu setia waktu bercinta kan?

Selasa, 27 Julai 2010

kelas kat kb mall?

beruntung sebenarnya jadi rakyat malaysia yang punya banyak dialek ni. aku paling suka part terkial-kial nak faham. lepas tu, mula lah rasa macam eh aku rasa macam duduk negara orang dah sebab tak faham apa yang dorang cakap. (kadang-kadang action kena lebih, metafora kena lebih. ehh.)

lahir sebagai anak jati pantai timur, aku rasa beruntung sebab boleh makan budu puas-puas. dah tu pulak tekak aku jenis layan je pedas ke tak. lagi pedas lagi bagus. dipendekkan cerita, aku bukan nak cerita pasal budu menjadi bertambah enak apabila dicampurkan bersama hirisan bawang yang segar, penyekan cili yang pedassss disertakan perahan asam limau ditambah pula sedikit apa yang dinamakan tempoyak lalu dicicah dengan ikan panggang serta ulam-ulaman. perrrgghhhhh! cair, beb. tengah diet pun boleh makan sampai lupa diri, paling sikit, paling koman pun, 2 pinggan nasik. paling koman ye.

dipendekkan cerita, aku belajar dekat kelantan, sah-sah orang-orang sekeliling aku kebanyakkannya kelantan dan dialeknya kelantan pekat. kadang-kadang aku yang terengganu jadi yang biasanya boleh faham apa yang diorang cakap, ada sesetengahnya kadang-kadang jadi tak faham.
tempoh hari, aku ngan anna bertungkus lumus lari ke kelas dengan lajunya, sebab macam biasalah kalau kelas pukul4, maka, waktu bertolaknya pukul4 lah. agak lambat lah sikit, tapi sikiiit je. ok apa. better late than never, bak kata pepatah. (dan dan ikut kata pepatah) maka, dalam pada lambat tu, sempat lah jugak kalau nak pasang telinga dengar orang berceloteh. tak lupa, sempat la jugak cuci-cuci mata. opsss.(awak, saya gurau saje.  :P )

dan waktu kami terkocoh-kocoh, lalu terdengar perbualan..

lelaki : kelas kat mana?
perempuan : bla bla bla limo.. ( aku kan nak cepat, macam mana ntah nak cepat sagat waktu tu, sampai tak dengar ayat depan. dengar-dengar mo je)
lelaki : ha??? kb mall????
perempuan : dk limoo... (dewan kuliah 5)

aku ngan anna ni kan sopan, tahan je gelak dulu. agak-agak tak sekangkang kera jaraknya, baru tergelak sikit-sikit. sikit-sikit katanya. bukan apa sebenarnya, cuma nampak kecomelan di situ. beruntung tinggal di malaysia.

tiba-tiba teringan cerita kawan aku, diana, waktu form5 kat sekolah dulu kala. kami sekolah kat melaka. tapi kata anak jati terengganu, takkan hilang terengganu dalam diri. ewaaahhh. diana ni cakap laju. suatu hari linda, classmate diana, orang kl tanya apa ntah. pastu diana pun jawa apa ntah, dah lupa. tapi part yang tak boleh blah..

diana : aku kabo doh. (sila baca dengan speed yang laju)
linda terpinga-pinga : apa? kau kata aku bodoh??
diana : bukan.. aku kabo doh..
linda : apa weh.. kau kata aku bodoh? (tak puas hati)
diana : (bla bla bla.. aku dah lupa cerita nya)

aku kabo doh tu maksudnya, aku cakap/bagitau dah..
sampai sekarang pun, aku macam nak tergelak je kalau ingat balik. sebab ada jugak kawan aku yang tersalah faham macam tu.

na na na na na tranung kiteeeeeee!

Rabu, 21 Julai 2010

lafazkan kalimah cintamu..

kiranya macam berjiwa jiwang habis lah ni.
biasalah, bilamana pagi tadi dah semangat bangun awal, siap-siap pegi kelas, dah semangat cuak takut tertinggal bas nak pergi lab, tiba-tiba sebenarnya baru tahu kelas TIADA. apa perasaan kau? sebab tu au jadi macam ni, konon macam hormon terus terlebih keluar sebab dah malu dah naik bas bagai. eh, ada kena mengena ke?

siapa-siapa suka baca novel tak?
kalau aku ni, tak ada lah peminat novel tegar, setakat biasa-biasa ikut mood sajo. biasanya kalau aku baca pun, jadi cepat bosan. tapi siapa pernah baca novel andai itu takdirnya? serius, yang tak jiwang aku pun, boleh nak terlayankan perasaan sampai ternangis sikit-sikit. sikit je. tak adalah banyak mana pun. hormon tiba-tiba terlebih pulak waktu baca novel tu. tapi serius sedih kan? opssss.

hari tu waktu lepak-lepak kat bilik anna, aku ada lah nampak roommate dia baca novel tajuk lafazkan kaliah cintamu. penulis dia, penulis yang tulis cerita andai itu takdirnya tu. aku pun, eh, lepas ni nak pinjam boleh? hormon terlebih pulak agaknya, sebab dah lama aku tak ada mood nak baca novel ni bagai. kat rumah pun tak terasa nak beli novel(padahal nak jimat. ekeke).

                                   ini novel nya. kenapa muka depan gambar ada kilat? jeng jeng jeng..

bagi aku, cerita dia boleh tahan, ok lah.. macam biasalah, ada part sedih, ada part happy. tapi tang part sedih tu, boleh lah sampai tangkap leleh. kalau siapa-siapa tengah rasa nak nangis, tapi air mata macam malu-malu nak keluar, aku cadangkan boleh baca novel ni. sebab boleh jadi perangsang untuk menangis. kalau aku la. kalau orang lain, aku tak tau. hormon aku kan tak menentu. eh.

standard novel-novel dan drama-drama kat malaysia ni lah.. hero heroin cantik, kaya, ada company sendiri.. mula-mula benci kemudian sayang.. ada lah jugak part yang bosan, tapi keseluruhannya, best lah jugak. scene sedih memang tak agak-agak. sedar-sedar je tisu dah habis sekotak. hilang macho. dush.

tapi, tak boleh bla, time aku mintak pendapat wani pasal novel ni sebelum aku pinjam.

aku : wani, best tak novel ni?
wani : best la jugak.. biasa-biasa je..
aku : oh.. cerita dia macam mana?
wani : ala.. cerita dia biasa-biasa je.. cuma metabolism dia tinggi sangat..
aku ngan anna : hah? metabolism?? apa tu?
wani : entah.. metabolism lah..
aku : ohhh... metafora....
wani : haa.. metafora.. (waktu ni aku ngan anna dah gelak macam apa dah. apa bila dah meta-meta ni semua maksud sama apa??) 

kahkahkah.

dah tak ada mood nak baca novel. mood dah hilang bersama airmata. wahhhh. terus ayat novel kau.

pesananringkasbuatwani : konfiden dah ada. sikit lagi. cuba lagi, ya. keskeskes

Ahad, 18 Julai 2010

if u fail to plan, u plan to fail.

semalam tak boleh tido, pagi tadi lepas subuh, terus tidur take a nap sekejap. ha kau, nasib baik sempat mandi. (paham-paham sendiri lah.) baru ingat nak skip kelas dengan alasan, pening semalam tak cukup tidur nanti tak boleh nak fokus. ceh. tapi ai pelajar rajin, ai pun nak jadi pelajar kesayangan lecturer, tapi ai tak reti bodekss. macam mane?? tetttttttt.

lately, banyak yang berlaku tapi merumitkan. lebih-lebih lagi, yang melibatkan masa depan. masa depan yang masih lagi samar-samar kini. yang masih lagi tidak ternampakkan jalan keluarnya hingga kini. bila dah involve dengan orang-orang yang berjawatan besar yang kononnya just look forward for the future, tapi mengendahkan realiti yang berlaku sekarang, memang menjengkelkan. sebab nasib kita yang diperjudikan. dorang makan gaji je. gaji buta ke, tak ke, itu belakang kira. yang penting dapat hidup senang. macam entry lepas lah. sekarang ni, apa pun yang dijalankan, kepentingan diri tetap diutamakan. syabbbaaas beti. 

ahhh. terpanjang pulak mukadimah nya. 

i am planning for the best because i don't want it to be the worst. 


hero kalah dulu. 

ok dah nak tidur. zzzzzzzzz


mentaliti yang kononnya gah.

lepas maghrib tadi terus tidur, bangun pun dah pukul10 lebih. dah tu pulak, bangun je, terus minum nescafe. mana nak boleh tidurnya sekarang ni. hadaplah blog ni sampai mengantuk.

aku tak faham okk dengan sesetengah golongan ni, nak-nak pemimpin berjawatan tinggi pulak tu. tapi tak kiralah siapa-siapa pun, aku tak faham jenis pemikiran, mentaliti dorang yang serupa lupa bahawa setiap orang tu ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

kenapa heh ada jugak yang berfikiran setiap orang yang belajar dalam bidang sains la yang tinggi darjatnya, yang geliga otaknya, yang tinggi IQ nya. dengan alasan, orang yang belajar dalam bidang sains ni susah pembelajarannya, sukar penyelesaiannya. dah tu kalau setakat pandai atas kertas je tak guna jugak wehh.
bagi aku, kalau setakat kau pandai waktu belajar je, tapi tak boleh nak survive in the next stage of your life, macam tak guna jugak kalau kau nak banding-bandingkan dengan orang yang tak belajar dalam bidang sains.
hakikatnya, setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. ada kepakaran masing-masing yang seiring dengan minatnya yang tersendiri.
contoh keadaannya, cuba kalau kau tercampakkan masuk untuk bidang lain, katanya, kau pandai, budak sains, otak geliga. cuba kau try masuk jurusan akaun, jurusan seni, atau sebagainya, kau boleh handle? kau boleh perform,. mesti lah boleh kot. orang macam kau katanya pandai kaaannnnn....

apa gunanya, kalau kau belajar dalam bidang sains, tapi membangga diri, mendabik dada, moral dalam diri tak payah nak cakap kau bayangkan sendiri sehingga mengundang cacian orang lain. perkataan yang disebut itu doa, bukan?

mari kita sama-sama lihat.. gelagat manusia sekarang.. apa yang berlaku kini, setiap yang diusahakan untuk mendapatkannya, adalah untuk kepentingan sendiri semata-mana.. kita tengok suasana politik, kita tengok suasana masyarakat. sampaikan dah tak tau kenyataan mana yang betul..

itu belum masuk golongan yang pandai membodek.. sifat adil dalam diri tu memang dah dibuang jauh-jauh..
dunia oh dunia...


aku sedih bila mana terkenangkan keadaan yang mana pada peringkat universiti pun dah diajar rasuah dalam kepimpinan.. cuba kau bayangkan bagaimana keadaannya generasi kepimpinan negara pada masa akan datang. sekarang pun perkara rasuah ibarat minum air, masa depan?

suatu ketika dahulu part 1.

tadi bukak fail, lebih kurang macam kotak yang macam orang simpan surat-surat semua. tapi aku simpan dalam fail. cuma fail tu bukan semuanya surat lah. ada gambar, ada surat. pendek kata, barang-barang harta benda jenis kertas ni, yang aku sayang lah, aku simpan dalam fail tu je lah.

tengah belek-belek fail, ada pulak surat zaman dulu-dulu. zaman yang mana aku ada bestfriends yang ala-ala macam dalam cerita mat saleh teenagers punya. ceh.

dari darjah satu sampai darjah empat, aku sekolah cina. beeessttt ok. abang aku pun ada sekolah yang sama, tapi aku rasa aku je yang buli abang aku. tapi waktu tu, sekejap je la aku satu sekolah ngan abang aku sebab waktu aku darjah satu pun, dia dah darjah 3. sekejap ke? tiba-tiba rasa macam lama pulak. dalam kelas aku waktu tu, semua murid yang melayu, tak ada pun lelaki, semua perempuan. tak ada chance okk nak menggatal semua. nak menggatal ngan seniors pun, rasa macam serba salah lah pulak seba dorang tak hensem. oppss. macam santek sangat lah pulak. so, kaedahnya, aura-aura perasaan sendiri menggatal ngan budak cina pun ada lah sikit. ala setakat main lari-lari kejar-kejar macam cerita hindustan. nak buat macam mana dah horomon dah terlebih time tu. kihkihkih. kalau tak kerana cikgu-cikgu waktu sekolah cina dulu, aku rasa aku lagi lambat dalam maths. aku takkan lupa pernah jadi kat aku dulu. waktu tu darjah dua. stail sekolah aku dulu-dulu, setiap kali dapat kertas ujian, kena bagi mak ayah tandatangan, lepas tu kertas ujian setiap subjek yang dah ditandatangan tu kena hantar kat cikgu balik dengan kaedahnya, mak ayah akan tau prestasi anak-anak dorang. report card still kena tandatangan, ya.
waktu tu aku igat lagi. cikgu tu, cikgu wong. cikgu panggil nama aku. sebut markah depan kelas okk. tak ada makna nak sorok markah bila orang tanya. waktu aku dapat 92 markah. ingatkan dah selamat. cikgu chek setiap muka surat. komen cikgu, 'bagus, tapi tak buat bentuk lazim.' kononnya dulu, aku nak bajet terer lah sangat, main kira dalam otak terus isi jawapan je. sekali cikgu suruh keluarkan tangan, aku kena rotan. pedihhhhh ok. rotan bukan main-main punya rotan je. kuat macam kau rasa macam tak patut kau kena rotan sedangkan kau dah dapat markah tinggi. tapi balik rumah, aku cakap bangga-bangga ngan ibu ayah, seronok je suruh ayah sainkan. apa kau gila nak cerita aku kena rotan? mau aku kena balik ngan dorangg. budak-budak sekarang manja kan? sikit-sikit nak report. kalau kena macam kes aku, macam mana lah agaknya.

ada lagi. kat sekolah cina jugak. waktu tu, cikgu akan panggil sorang-sorang ngadap cikgu dan menghafal sifir. of kos la hafal dalam bahasa cina. waktu tu sifir 4. cikgu tu nama cikgu low ke ow. yang tu aku dah lupa sebab macam anti sikit ngan cikgu tu garang semacammmm. aku yakin okk aku hafal betul. sampai part 8 darab 4 berjawapan 32, boleh pulak dia dengar aku cakap 36 (dalam bahasa cina). aku melawaan okk time tu aku cakap 32 bukan 36. padahal budak cina sebelah aku tu dengar je aku cakap 32, tapi takutkan cikgu punya pasal, dia cakap aku cakap salah. sudahnya, aku kena rotan dan kena ulang lagi sekali. untuk kali yang kedua jugak, still sangkut part 8 darab 4 equals to 32 jugak. even aku dah lawan macam tadi jugak, still cikgu tu tak nak mengalah, kesudahannya, aku kena rotan lagi dan esoknya aku kena ngadap cikgu tu dengan sifir yang sama lagi. iskk.

tak cukup dengan tu, still dengan cikgu yang sama. kaedah kelas matematik sekolah aku dulu, budak-budak akan dibahagikan kepada 4 kumpulan. kemudian, nanti ramai-ramai duduk bawah, atas tikar, dalam kumpulan masing-masing. lepas tu, sorang dari setiap kumpulan akan keluar mewakili kumpulan masing-masing untuk kuiz matematik tulis kat papan hitam. cikgu kat belakang. dengan keadaan yang bersedia, cikgu akan keluarkan soalan. contohnya macam ni;

tapi ini contoh soalan je lah. aku dah lupa soalan dia macam mana waktu tu. lebih kurang macam ni. dalam pertandingan ni, siapa paling cepat dan betul, akan dapat markah untuk group masing-masing. aku macam biasalah, konfiden terlajak, konon nak siap cepat lah sebab sebelum ni pun jarang salah, pastu asyik dapat markah penuh dah tentu sentiasa menjadi harapan group. eceh. tapi hidup ni ibarat roda, hidup bukan sentiasa di atas. siap paling cepat tu aku lah, tapi nak buat macam mana, dah excited semacam, sekali jawapan nombor sa salah. satu nombor je pun. tapi cikgu ni tak beragak tau. dia rotan aku kat tangan baik punya, 3 kali-rotan tebal-sekuat hati dia. 3 kali kau. contohnya macam ni lah;



waktu tu sebab dah sakit sangat sampai aku nangis tak keluar rehaattt okk. tapi waktu tu aku sayang gila classmates aku. dorang jaga aku waktu rehat sampai dorang pun tak rehat sama. cina pun sama tau. melayu kelas aku pun tak sampai 6 orang kot. dorang jaga aku macam aku ni demam siap basahkan sapu tangan dorang letak kat dahi. nasib baik sapu tangan baru tak guna lagii. very the sweet moment. waktu ni aku darjah 4. aku rasa kan, cikgu tu anti ngan budak melayu yang agak-agak lebih menonjol dari budak cina lah. sebab even budak cina yang lebih teruk dari aku pun, tak kena sampai macam tu sekali tau. pernah budak melayu kelas aku ni pun, kena yang sama macam aku gak. tapi lebh teruk lah. dia sampai meraung dalam kelas panggil mak dia waktu kena rotan tu okkk. dasat sungguh. tapi memang tak ada makpak jumpa cikgu nak serang saman semua bagai okk. 

itu baru untuk subjek matematik. belum subjek lain lagi. fuhh. tapi, walaupun cikgu singa semacam, aku still happy sekolah sana. masuk je darjah 5, ibu tukarkan aku masuk sekolah kebangsaan biasa. environment sangat berbeza. aku nak catch up apa yang cikgu ajar pun punya lah lambat semacam. dah tu, sebelum ni sains ngan maths, kajian tempatan aku belajar dalam bahasa cina, tapi alih-alih kena tukar bahasa. ( berlagak semacam. nasib aku melayu.) tapi serius, aku tak ada lah happy kat sekolah tu berbanding sekolah lama. apa kan daya, ibu paksa pindah untuk kebaikan jugak katanya. ye lah, dapatlah jugak masuk mrsm waktu form1. tu pun nasib baik meniru waktu upsr. kahkahkah. cuma kat sekolah kebangsaan waktu tu, aku rasa bebas dari sebarang rotan lah. paling teruk aku kena pun, kena cubit kat perut waktu english sebab lupa bawak buku (ke aku saje tinggal sebab tak siap eh?). itu cerita dulu lah.

banyak lagi sebenarnya. sekarang ni rindduuuuuuu gilaaa ok zaman nakal-nakal sekolah dulu. 
eh, panjang pulak. nanti sambung part 2. (ewah, siap ada part tuuuu)



pesananringkasuntukwan : wan, tiba-tiba aku rasa aku sayang lebih kat kau pasal teeettttttttttttt. kahkahkah. bila ingat je, rasa nak tergelak.



ahhh. rindu nak pakai uniform sekolah.



lepas ni adik-adik boleh buat tutorial matematik ambik soalan kat atas, ye. hihihi

Sabtu, 17 Julai 2010

kelas minggu pertama. entry campur darab.

kegiatan yang tak sihat seperti mana malas untuk melakukan segala aktiviti hendaklah dijauhi ya kawan-kawan.
(apa punya intro, padahal nak cover diri sendiri. kuikuikui)

pejam celik pejam celik homesick, rupanya dah seminggu aku tinggalkan rumahku syurgaku. (padahal nak tunggu minggu ni berlalu pun, rasa macam umangaih lamanya nak tunggu weekend ni nak pergi pc fair) kaedahnya begitu ya kawan-kawan, sebab keinginan nak bukak buku tu semacam yilek tak ada. maka, sebab kemalasan yang ada tu, aku rasa heh nak buat apa ni. last-last cari sumber nak jalankan plan. jeng jeng jeng.

bermulanya semester baru yang selalunya seiring dengan azam baru yang sememangnya mahu lebih baik keadaannya berbanding semester-semester lepas. paling koman pun, kalau aku lah, kalau tak nak naik pointer pun tak apa, asalkan maintain tapi tak nak turun.

masuk semester baru ni (macam bosan ok asyik sebut semester baru bla bla bla. sebenarnya dah tak tau nak guna ayat apa. hikhikhik) perasaannya semacam tak ada, perasaan semacam keadaannya jiwa nya hampir tiada. macam mana eh nak cakap.. bahasa mudahnya rasa macam tak ada mood nak teruskan life kat sini, tapi apa boleh buat, hidup mesti diteruskan. tak kalau ada suatu peristiwa yang kau kena lalui yang mana kadang-kadang (biasanya) apa yang berlaku lain berbanding dengan apa yang tersampaikan. dan kemudian, bilamana aku termasukkan dalam kalangan itu, maka aku rasa lebih baik memilih diam yang mana kalau kau terangkan keadaannya pada paksi yang benar pun, belum tentu orang akan menerima, malah akan lebih menghina barangkali? sebabnya, orang-orang ini, kita-kita ini, kebiasaannya, akan menerima lalu menelan apa yang didengarnya dahulu tanpa usul periksa, tanpa mendengar daripada kedua-dua belah pihak. itu mentaliti sebenarnya.

tiba-tiba tak tau nak cakap apa. sebenarnya, banyak lagi nak cakap, tapi tiba-tiba rasa nak terkentut. anna kata, kalau nak kentut kena duduk diam-diam sebab nanti kantoi. (tipu)


layan gambar je lah apa yang berlaku dalam minggu ni.

bitch beach cleaning

nak jugaak. hahaha

perasmian world environment day.

kelas ecology sumber asli. 

pc fairrrrr.

ok dah. sekarang kat library. pengawas perpustakaan kata, dalam library kena baca buku. zaaasss.




Selasa, 13 Julai 2010

hai, nama saya hatin.


hari tu sebelum cuti aku hantar lah selimut dan alas katil aku ni pergi dobi. malas nak bawak balik rumah, barang banyak sangat. kalau tinggal dobi, naik cuti boleh ambik semula. kiranya, nanti tak adalah aku nak bawak balik kolej barang banyak sangat. even hari tu pun aku rasa macam dah tak nak balik rumah barang-barangnya, inikan pula kalau aku awak balik bendalah segala tu. laaaaagi macam kolejku rumahku, padahal kolejku rumahtumpanganku.

1malam tanpa selimut, baru aku terhegeh-hegeh nak ambik kat dobi. sebabnya, tak syok tidur kalau tak peluk selimut, tak berselimut. bila berselimut, perrghhh nikmaat je tidur walaupun kadang-kadang panas tak terkata pada malamnya..
ambik-ambik selimut kat dobi, macam biasalah, semestinya akan tertampal kertas nama kita kat plastik tu, kang kalau tertukar, macam mana..

aku rasa waktu tulis nama isi borang masa mula-mula hantar dulu, aku eja nama aku betul je, fatin syahirah, tapi dapat-dapat, tengok dia tulis macam ni;




yang aku peliknya, macam mana ntah orang tu boleh tulis nama aku hatin. 
dan macam orang sengau dah bunyinya --> anna yang cakap.

konklusinya, anna membunyikan sebutan nama aku, hatin syahihah. 


sekian. 


Isnin, 12 Julai 2010

langkah baru.

setelah sekian lama cuti sem kat rumah, siap keje bagai, macam biasalah tak selalu nya kita dapat hidup bersenang lenang di rumah yang mana makan minum tempat tidur semua FREE. nak makan apa, kau cakap je, terus laju je ibu buat. bukankah indah saat-saat itu..

tapi tak dinafikan jugak, kalau dah tiba masanya kau kena tadah telinga dengar stesen ibu.fm yang mana DJ radionya bercakap laju dan bersuara lantang, maka kau akan rasa tak sabar-sabar nak balik kolej. tapi perasaan tu sekejap je lah. kang lama sikit kau buat-buat merajuk ke, senyap ke, lama-lama perasaan kau yang rasa terkinja-kinja nak balik kolej cepat-cepat tu secara automatik akan hilang dengan sendiri nya lalu akan bertukar menjadi perasaan taknak balik kolej langsung. benda tu normal sebenarnya. ceh, padahal nak cakap pasal aku lah. dalam kereta pun baru naik kereta je padahal, dah leleh dah. tu belum kira tolak tambah bahagi darab air mata yang meleleh bila dah sampai sini. haih.

kenapa entah, rasa macam tak ada feeling semacam nak balik sini semester ni. baru je start semester baru, air tak ada buat hal. aku nak pegi kelas pun ala-ala macam nak mandi tak nak mandi. tapi aku mandi lah walaupun hanya dengan air paip yang keluar hanya halus macam jari kelingking cuma. cuma mandi tu rasa macam tak puas lah. tak apa. itu semua dugaan. bila lagi nak rasa perit macam ni kalau bukan waktu belajar ni kan kan kan?

sampai je kolej, terus rasa macam nak balik rumah semulaaaaa!!!

tapi last-last kena jugak terima hakikat yang aku kena belajar betul-betul.
rindu ibu tu jangan kata lah macam mana walaupun kat rumah selalunya kena pasang siaran radio ibu.fm je sepanjang masa. tapi bila berjauhan, kau akan rasa betapa rindu tu memang tak ada ubat kat klinik ke farmasi ke.. itu spesel nya perasaan ni. eceh.

bermulanya semester baru, bak kata macam tajuk entry, langkah baru, banyak yang nak kena fikir okkkkk. fikir itu, fikir ini. macam-macam lagi. tapi harapannya (macam biasalah, semester baru kena ada harapan baru.   *terus muka lagak professor* ceh)
aku akan jadi lebih

berusaha
berfikir
sabar
jangan mudah tertipu
rajin
kurus cantik. eh.

banyak plan sebenarnya, cuma nak pastikan plan tu semua berjalan atau tak, itu yang menjadi masalahnya. dengan doa dan harapan, segalanya dapat berjalan dengan lancar.. insyaAllah..

ya Allah, Kau permudahkanlah segala urusanku.. tolonglah hambaMu ini.. sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui dan sebaik-baik perancang.. amiinn...  :')

presenting u fatin yang dah makin bertambah isinya. 
biasalah, duduk kat rumah, kerja yang paling utama adalah sebagai penternah lepak berjaya.





dan lepas ni dah kena 


ikat perut okk supaya jadi lebih

slim macam ni. kang takut tak muat baju raya yang dah tempah.. 
ekeke.

tak tak. kena ikat perut sebab duit tak banyak dan makanan mahal cekik darah ke apa. mentang-mentang student bertambah, harga makanan pun bertambah. cekik daraaah. kejam okk.

tapi matlamat utama lepas ni dah kena..

ni baru betul. kena belajar lagi betul-betul.


ok dah tu je.

(penutup ok dah tu je macam nak kena baling kasut. maafkan aku, aku puasa.. ekekek)


pesananringkas : siapa-siapa nak beli topup, boleh hubungi saya. beli lah dengan saya.  peace!  :). semestinya jangan lupa bagi nombor dan yang paling penting, jangan lupa bayar. :P



Selasa, 6 Julai 2010

cuba try ni.. subhanallah..

pergi sini, dan try..
subhanallah, kau-kau yang melihat dan try sendiri, pasti teruja.
betapa hebatnya ciptaan Allah. :')

mimpi semalam.

teringat-ingat mimpi semalam. cuak lah jugak.
menakutkan. lepas mimpi macam sambung-sambung pulak ke alam realiti. siapa tak cuak wey. mimpi semalam macam kena tiup ngan asap, wajah orang yang tiup asap tu memang macam jahat habis lah. (aku kenal orang tu. orang yang aku tak tau apa yang dia nak sakit hati ngan dengki sangat ngan aku yang papa keadana ni. since aku kecik lagi. tapi bukanlah dengan aku sorang, dengan satu family aku. tapi dalam adik-beradik aku, aku lah yang dia paling menyampah, sebab aku ni jauh lagi cantik dari anak dia itu sudah pasti. eh. tapi macam biasalah, tak semua aku nak kena cerita dalam bendalah blog ni. :D. kias-kias cukup sudaaa.)

ok, sambung balik dari mimpi semalam. lepas dia tiup asap kemenyan tak silap aku, yang lain-lain aku lupa dah apa yang berlaku selepas tu. yang pasti dia tiup dari arah kaki aku. tup tup dah pagi, bangun-bangun badan aku sakit-sakit dan kaki aku sakit denyut-denyut. macam takhalal tak? grrrr. mimpi oh mimpi. nasib baik mimpi hanya mainan tidur.


semacam rasa dah lama tak pekena megi. sluuurrrppp. eh yang bunyi sluurp tu mamee. :P





love. :)

Isnin, 5 Julai 2010

tudung busuk

hari tu, jumpa makcik aku, tiba-tiba makcik aku tegur.

mokni : eh, mokni tengok acik selalu je pakai tudung ni.. ingatkan naili (baby dia) je yang ada bantal busuk, acik pun ada tudung busuk eh..
aku : mesti la.. ni tudung feveret, hokey.. dah lama tau tudung ni, dari dajah6..
mokni : uisshh.. lamanya..

since darjah 6, hokey. tengok, very the tahan lah tudung ni. sekarang aku 20tahun, ha.. cuba kau kira berapa lama dah aku pakai tudung tu.. aku anggap tudung ni tahan lama lah sebab aku suka pakai tudung ni, so, aku akan banyak kali, ulang-ulang.. kalau kau tengok kat tempat letak pin kat tudung aku ni, macam dah lunyai dah.. tapi, selagi aku rasa aku boleh pakai, aku akan pakai sampai memang betul-betul tak boleh pakai dah.. muahahahahaha.



ini je yang mampu untuk aku cari setakat yang rajin.
hehehe.


sekian sahaja laporan tudung busuk saya. :P

malaysia hari ini.

salam,

baru balik dari kolumpo nun mensetelkan perkara yang bakal terselesaikan, yang mana hal tersebut yang mungkin barangkali mematangkan fikiran, membuat kita lebih berfikir tentang baik buruknya sesuatu perkara yang bakal kita buat, yang mana membuat kita lebih berhati-hati dengan hati budi manusia yang dilemparkan kepada sesama manusia. maksud aku di sini, manusia itu memang zahirnya, fizikalnya yang memiliki rambut mungkin sama hitam, berkaki dan bertangan dua, tapi, keadaannya memang berbeza dalam hal hati budinya.. dalam hal dalaman yang tersimpan yang tersembunyi dalam hatinya yang mana hanya Allah yang tahu niat dan apa yang terpendam. kerana sesungguhNya Allah Maha Mengetahui..

lately, aku suka tengok keadaan sekeliling (macam lah sebelum tak tengok). bila tengok je, mak aih, banyak nya kerosakan yang berlaku dalam bangsa sendiri. dan betapa beruntungnya orang-orang yang bukan bertaraf warganegara sehingga dapat buat duit sendiri, dapat ada wang simpanan sendiri datang ke negara kita. agaknya itu lah yang dinamakan hujan emas di negeri orang sebab boleh buat duit kat tempat orang lain, walaupun datang hanya sehelai sepinggang dan tiada saudara mara. tapi bilamana terindukan keluarga, tempat sendiri, agaknya sebab tu lah dinamakan hujan batu di negeri sendiri. pandai-pandai je. (lariiikkksss. jangan lempang aku..) :P
tapi tu lah.. bila tengok rakyat negara sendiri pun sesetengahnya susah nak cari makan, tapi tengok bangsa lain macam senang-senang je dapat cari makan, macam kagum lah. (abaikan yang cari makan ikut cara yang salah, kita tumpukan pada yang betul sajo)

konklusinya, antara sebabnya kenapa boleh jadi macam tu, sebabnya adalah zon selesa yang dinikmati, tak pernah hidup susah.. sebabnya, bilamana kita pernah hidup susah atau merasai kesusahab, secara automatiknya, kita akan berusaha sedaya upaya untuk hidup ke arah yang lebih baik.. tu lah, bak kata pepatah, bukan senang nak senang, dan bukan susah nak susah.

aku tak nak cakap banyak, takut karma, kena pulak diri sendiri.
sesungguhnya, ini adalah sebagai peringatan untuk diri aku sendiri supaya aku sentiasa beringat, dan sentiasa berusaha untuk kehidupan yang lebih baik dalam keredhaan Allah..  :')

eh, ni semua sebab lagu mentera beradu yang aku dengar semalam, terus rasa nak bebel pasal ni. haih.

Masih belum sempurna..

Gerakkan Hati... Hati gerakkan...
Pandanglah aku.. aku lah dia..

kulitku tebal.. ku kebal.. ingatku kebal..
hanya berbual makan angin kembung perut mual...
resah dan tidak senang.. hidup tak pernah lenang..
ku schizo paranoia takut pecah tembelang

pecah tembelang... peta dah hilang...
bangau dah pulang... suara sumbang..

lidahku kaku tak selicin kuku
teman baikku buku
bini ku pena.. tak pernah lena
aku suka mengintai pantang ditenung
berakhir pertelingkahan dalaman
pasti belum

ikut gerak hati.. pena melayang
dilihat dua layang pandang
tak lah sekarang
takat meradang
tanya.. abang gedang, apa barang?
badan macam badang
main macam belakang parang

kuhunuskan keris musuh ada pistol
tradisi kekalkan adaptasi harus betul
tujuh baris keramat tujuh garis penamat
baik berpada biar jahat asal selamat

ramai saudaraku yang baik telah dipijak

awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu

yo ijazah terbaik datangnya dari jalanan
dari pengalaman bercakap dan bersalaman
konflik motivasi cuba medatasi
positif dan benci jadi inspirasi pagi

peduli itu interpretasi basi pekakkan sebelah
halang biar keduanya muka cantik
soalan bodoh yang ditanya jadi melodinya
lebih hina dari zina

lu bikin dosa ku bikin prosa
testosterone testarosa
citacita sosa kl kl kosa nostra
jalan berliku ku harung roller coaster
gah sentosa tiada penyesalan
luas pandangan jauh dah berjalan
tak sempurna masih ada kejanggalan
gagal merancang, merancang kegagalan

kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
turun bukit pucat dengar tiga miaww
kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
tolak pintu gua tiga kerat tenaga
kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
menang dengan otak tak mesti dengan pedang

sebelum jadi bangkai ikan koi renang renang
pura pura salah jawapan untuk naik berang
panggil lima kawan atau biar pergi laju
risaukan pekara remeh kita tak akan maju
muka sama hijau hati siapa tahu
merah dah menyala pasti mati siapa mahu
gagap tiga kali bercakap benar saja
bulan terang ramai yang keluar buat kerja

panjat pokok buluh cari tukun air terjun
naik sampai nampak dah terpegun turun
tiga ular ikut lompat atau paut
kalau lari mati jika jerut maut

puisi hati mu... hati mu puisi
palu hati ku palu hatiku

kulit tak besalin walau saling ganti baju
pandang sini pandang sini
ku berbahasa baku kata kata nahu
himpun jadi satu
mantera beradu dengan irama dan lagu

akhirnya sempurna.... 

aku suka, ok lagu ni.. waktu lagu ni mula-mula klua radio, semangat suruh wan rekod lagu ni dalam mp4 dia. aku ni tak mampu nak beli mp4 bagai. so, stiap kali lepak bilik wan, mp4 wan akan menjadi mp4 ku.. dan ulanglah lagu tu banyak kali sampai tertido.  :D


ini  baru celik mata sikit, pandang dunia sikit je baru, dah nampak macam-macam. kalau bukak banyak, aku tak tau lah nampak apa pulak. erkkk??

notasendiri : rasa macam kagum bila ada orang bagitau orang cina dan indon ni dalam golongan yang bertamadun, sebab walau ke mana pun tercampakkan, boleh hidup je. cuba kau tengok, kat mana-mana pun dorang ada. tapi bagi aku, tu majoriti kot. rakat kita pun ada jugak. tapi belum ramai dan masih belum mencecah dorang punya bilangan. sebab tu kalau kau je kat mana-mana negara, dah kembang vontot sampai koyak rabak dah spender. sebab apa? sebab bilangan dalam bangsa sendiri tu sikit sajo. sebab tu membangga habis, bukan mahu membimbing dan ajak bangsa sendiri join kejayaan kau skali. eh.


opsss.