Khamis, 30 September 2010

kerepek bawang.

sebab dah kempunan sangat nak makan kerepek bawang, ambik kau, tajuk pun dah letak kerepek bawang dah. hati-hati kepada siapa-siapa yang baca entry ini. entry ini bakal mengandungi perkataan kerepek bawang sebanyak-banyak kerepek bawang sebab cuti raya hari tu tak termakan pun kerepek bawang. sedih kan? malah sadis sungguh.

sejak kecik lagi, kalau pergi beraya rumah orang, nampak je kerepek bawang, memang tak nampak kuih lain dah. maka, kunyah lah aku kerepek bawang sampai tahap rimas sampai kena korek gigi dengan jari sebab kunyah kerepek bawang banyak sangat, sampaikan melekat dekat gigi. ohhh. tapi tetap tak jemu nak makan kerepek bawang lagi dan lagi dan lagiii. cuma jemu tang nak kena korek gigi je lah.

tadi pergi pantai timur nak beli test pad dah habis rupanya. bilamana nak buat assignment, baru teringat, ohhh test pad aku dah habis. maka, tadi lepas teman ana potong rambut, pergi lah aku ke pantai timur. teringat, ehh, dulu waktu bulan puasa kat sini ada jual kerepek bawang. ditambah pula cerita ana yang makan kerepek bawang sampai habis satu balang. lagi lah membuat aku terliurliur. agaknya kalau mati dalam keadaan kempuannan ni, mata terbukak sikit tak? haih. akan tetapi, dah tak ada rezeki gamaknya, kerepek bawang habisss. sedih okk.

ok, sekarang tengah sedih sebab tak sempat nak makan kerepek bawang. bukan sahaja tak dapat rasa, waima tak dapat lihat jugak.
T__T



ihsan daripada en google, dapatlah jugak tengok kerepek bawang.


eh, bulan syawal bulan baik ni, kan bagus kalau hadiahkan saya kerepek bawang ini, plisssss.


dan disebabkan tengah kempunan nak makan kerepek bawang, maka, entry ini akan jadi sticky post sampai la saat aku dapat makan kerepek bawang. T__T


hang tak kesian kaa kat cheq nak sangat makan kerepek bawang ni??...

quick update!









outstation.
outstation kata kauuu!!!


field trip.
semoga selamat pergi dan selamat pulang.
:)

Selasa, 28 September 2010





sampai bilakah harusku tunggu hingga tiba saatnya
kumengunyah kerepek bawang dengan penuh nikmat?

haih.


tiba-tiba rasa macam malu-malu kucing nak update. (bunyi macam ada orang kisah je kalau aku update ke tak. aihhh. bunyi macam merajuk je...)

tapi lately cuak macam kucing kehilangan anak lalu si ibu kucing itu bermiaw-miaw mencari si anak-anak. maksud kucing kehilangan anak ni bukan bererti busy sampai tak sempat nak makan ke minum ke.. tapi bermaksud cuaknya anak-anakku ke mana kamu menghilang, nanti bapakmu marah lalu mak mu ini juga yang kena marah. begitu lah ibaratnya kecuakan yang dialami. (tapi, kejap kejap. bapak kucing marah ke kalau anak-anak kucing hilang entah ke mana? ohhh.) tapi at least faham lah kan maksudnya, kan?
manusia sekarang kan sampai dah sanggup buang anak, sanggup berjenayah, yang mana harta dan wang ringgit adalah segala-galanya. kalau tidak, mana mungkin kiranya nyawa manusia itu hanyalah ibarat di hujung jari kaedahnya, kan? ya Allah, jauhkanlah aku daripada terjerumusnya ke dalam lembah yang bukan dalam redhaMu.. sesungguhnya aku memohon agar Kau berilah aku petunjukMu agar aku tidak terpesong dari jalanMu.. amiin.. :')

konon aku uarkan bahawa khamis lepas akan adanya test biometry, kuterima berita ke-cancel-an test itu lalu dipindahkan pada sabtu lepas. walaupun hanya dua hari cuma jaraknya, namun sangat-sangat buat aku lega sebab hoii siapa tak lega still ada masa nak last minute study kottt. cuba bayangkan kalau khamis tu test, memang lah terkial-kial aku nak jawab apa nii. kalaupun test sabtu pun terkial-kial kuasa dua, inikan pula kalau test hari khamis. cuba kau bayangkan aku bakal terkial-kial kuasa berapa. kalau betul aku kasi hadiah. cepat! cepat!
habis je test biometry, lega satu nafas. tinggal test ecology yang banyak yang amat nak kkena baca.

abaikan dulu pasal test ecology yang bakal berdepan pada esok hari. sekali sekala kena lah jugak rehatkan otak daripada anasir-anasir test ni. kan kan? tapi kalau dah beberapa kali beberapa kala tu aku tak dapat nak tolong lah. tolong bagi pelempang sedas dua tu boleh lah. bukan apa, kasi tolong sedar sikit. kau nak test hoiiii. (itulah sistem pendidikan yang mana banyak menekankan pasal isu peperiksaan semata. lalu lahirlah aku yang hanya biasanya belajar hanya untuk lulus peperiksaan. maka, mana kualiti keseluruhannya? maka dengan itu, janganlah disalahkan 100% kepada pelajar yang mana amat cemerlang akademiknya, tapi yang lain kureng semacam. ohh, nak kata aku cemerlangkah?- kalau aku cemerlang, dah ambik medik kott. itu lagi satu mentaliti, asal pandai je kena ambik medic, asal medic je budak pandai. adakah tidak lama lagi malaysia akan mengalami kebanjiran doktr-doktor sekalian?)

kelas hari ni bolehlah dikatakan menseronokkan sebab lepaslah nafas kedua setelah selesainya presentation untuk subjek etnik. orang giiigil macam aku bila kena cakap depan orang ramai ni memang lega dia lain macam sikit bila dah selesai presentation, walaupun dalam kerja berkumpulan. sebabnya, usaha untuk meminimakan kegigilan itu adalah sangat menggunakan tenga zahir dan batin supaya orang tak perasan aku gigil walaupun memang dah terang tangtang mic bergoyang-goyang akibat daripada kegigilan yang dialami. ohhh. betapa leganya dah habis presentation.
aku paling tak suka gigil-gigil bila bercakap depan orang ramai ni sebab banyak sebab;
1. susah kot nak cover suara gigil.
2. kang kalau ada secret admire terus dia dah tak admire aku kangg.
3. lutut yang gigil tak henti-henti tu susah kott nak suruh berhenti daripada terus gigil dan gigil, sampai lenguh nak cover.
4. idea dah banyak, tapi bila dah gigil terus ideaku ke mana kau menghilang?? yang banyaknya akan keluar emm.. emmm. emm. jadah??
4 sebab kat atas tu antara sebab-sebab je lah. sebab-sebab yang lain tak larat nak taip, sebab sampai sekarang ni pun tangan pun gigil lagi. lenguh kott.

tapi presentation hari ni, aku rasa ok lah sikit dari yang sebelum-sebelumnya sebab... jeng jeng jeng.

esok ada test ecology. doakan aku agar dapat jawab dengan baik. nota tak sempat nak rebus, jadi terpaksa lah baca semua. ohhh.
takpe takpe. malam esok ada jamuan hari raya untuk semua sains sumber asli.
lusa pergi field trip ke kem tanjung satu dan hutan belom yey!!

sudahlah. nak study.

ok bye.

Khamis, 23 September 2010

waktu sedang meng-study-kan diri, bila mana bosan sebab asyik mengadap buku, lalu bukak lah album tengok gambar raya. yang mana ada je lah.

dan time ni lah jugak tiba-tiba rasa homesick, mengganggu emosi dan fokus betul.
serius homesick. :(










and i miss her most. 


dah la kempunan nak makan kerepek bawang. 
ok dah.
macho kena jaga jugak. 

Rabu, 22 September 2010

susun semula.

setelah 2 minggu bercuti (err. 2 minggu 3 hari - 3 hari itu cuti umum sendiri) maka mula lah nak kena susun balik semua hal. itu baru 2 minggu dah kucar kacir. belum lagi masuk bulan cutinya. haih.

tadi baru je arrange balik pasal jualan topup. check punya check. banyak yang loss. mana entah pergi nya yang loss tu. sebab rugi atas kecuaian sendiri, maka, aku gantikan kerugian dengan duit sendiri. semoga diri ambil ikibar dan pengajaran, supaya kecuaian tidakk berulang lagi lepas ni. hutang orang yang tertangguh masih belum berkutip. mula dari bawah semula. aku sungguh sungguh lemah dalam pengurusan kewangan sendiri.

tiba-tiba rasa tak ada mood sebab memikirkan mana hilangnya duitt duittt duittt.

ok dah.
pagi-pagi tadi bersemangat bangun mandi cepat-cepat sebab sedar, dah lambat nak kejar bas kang tak larat sebab puasa. jadi, terkocoh-kocoh lah aku mandi cepat-cepat sampaikan rasa macam haiii mandi tak basah. sudah bersiap-siap, maka, tiba-tiba dapat mesej, lab pagi ni tak ada. macam mana nak gambarkan eh perasaan tu bila tengah siap-siap, kemudian tiba-tiba dapat tau kelas cancel. happy lah. walaupun ada nada kesalan sebab ishhh baik aku bangun lambat sikit. padahal tragedi hari ni lagi baik lah dari yang dulu.. kalau dulu, dah lari-lari nak naik bas dah pun, rupa-rupa nya kelas tak ada. apakah???

oh ya. lupa lah pulak. aku balik kolej hari isnin, ya. tambah lagi dua hari cuti umum sendiri. berbaloi-baloi ohh. kiranya, dapat lah aku mandi dengan tenang kat rumah selama dua hari. kat sini, bila dah start pukul 6 dan ke atas je, air dah tak ada. sampai lah pukul 12 tengah malam kang. maka, bilamana dah ambik wuduk untuk solat maghrib, terpaksa lah nak kena tahan kentut supaya boleh stay sampai isya'. kau ingat sedap perasaannya bilamana terpaksa bertungkus lumus nak tahan kentut? bila tengah duduk je, aku cepat-cepat bangun bila rasa nak kentut tu ada. rasa macam aduhaiiii kentut, kentut. terseksa jiwa raga. tapi bila dah azan, terus solat. lepas solat baru kentut dengan nikmatnyaaaa.

minggu ni masih ada kerja yang tertangguh, test pulak menanti dengan tidak sabar lagi untuk berdepan dengan wajahku yang tulus mulus ini. (??)
gaya macam macho gila tak cuak, padahal dah start menggelabah macam mana lah soalan nanti, susahkah payahkah?? ohhh.
dah lah. tiba-tiba insap, gua nak study.


pssst.
hari ni macam cuti weekend, kelas semua cancel.
bahagianyaaaaa.



Sabtu, 18 September 2010

raya.

bilamana tengok orang lain gigih meng-update gambar raya, belog juga tak kurang hebatnya bercerita mengenai raya. buat aku pun rasa macam errr aku tak raya kah? aku juga raya, dan meh sini aku cerita pasal raya yang boleh kata so-so je lah. boring tu boring jugak, tapi bilamana rasa nak menggila tu, terus jadi tak boring, tapi jadi  ohhh seronoknya raya...

kiranya sebab gambar pun tak banyak, ditambah pula gambar yang sedia ada pun dah tak cunnn, maka, terus jadi koleksi gambar raya sikitt sahaja. dan dan, gambar raya satu family ini tak terambil juga bilamana konon-konon semangat nak buat photo shoot dekat kedai gambar, tapi semangat hanya tinggal semangat gambar entah ke mana, kedai gambar juga entah ke mana. ishhh.

assignment sedang menanti, muka surat silibus juga masih banyak belum terbelek, kiranya alangkah moleknya kiranya aku buat sinopsis raya sahaja. (dah tau assignment melambak, tapi masih menggedik nak berblog. apakah?)

raya 1
seperti biasa, nasib sebagai anak perempuan yang cumanya seorang, maka tugas aku lah nak siapkan balang-balang, make sure pinggan mangkuk cawan gelas kat atas troli, lantai tersapu, buat air dan lain-lain alah sama je dengan tugas perempuan-perempuan rajin yang lain. tak jauh bezanya. cuma kalau ada pun beza sikit-sikit tu adalah. well, rajin terlatih macam aku ni... ishh, malas lah nak cakap. maluuuu... :P

raya pertama tak banyak gambar lah. ai ni pemalu bila tengah over cantik, langsung tak terambil gambar. pergi beraya rumah saudara-mara, tunggu tetamu datang, rehat-rehat. tapi yang memang komfem, makan tak henti-henti. masalahnya, asyik rasa lapar, macam mana nak berhenti makan?
duit raya tu boleh laaa. bila dah besar ni, tak banyak tempat yang aku dapat, tapi bila dapat tu boleh la cover rumah yang tak dapat tu. (bunyi macam beraya banyak rumah kan.)

baju raya first. 
ok, kantoi entry sebelum ni aku repeat pakai baju raya day 1.
baju raya aku cantik kan kan? aku super duper suka baju raya kali ni. santekkkk.

secara ringkasnya, itulah gayanya raya pertama saya. 
oh, juadah raya pertama hanya simple tapi super sedap, nasi kuning, ketupat palascicah daging. err.. 

raya 2
raya dua semakin memberi sinar bilamana raya ke-dua lah baru nak jumpa sepupu sepapat. all ini all, tak ada lah nak boring sangat. lagi best bila dapat ajak sepupu sepapat beraya ke rumah kawan. ishh, tak reti lah nak tulis. layan gambar je.

kat rumah nenek.


apahal entah kat atas hidung aku tu. 
ishhh.
pape pun, kami sebaya. ehhhh.



ibu, cantikanggunmenawan, farah, sabrina
aku mengembang. ya, aku tau. 



errrr~~


kadang-kadang hormon remaja ni terlebih-lebih sewaktu sesi bergambar.
errrr


pakciks and makciks, not included ayah. 





last but not least. 
nenek saya.

ya. nenek side ayah is chinese. tapi adopted by malay husband and wife. dan lagi bertambah special, nenek sebelah ibu pula india. oh, ayah kepada nenek aku pure india yang datang berhijrah ke malaysia lalu membentuk satu keluarga. dan dalam masa yang sama moyang aku pun ada family dekat india tapi malangnya tak berhubung. there're history behind the scene. ohh. entah-entah shah rukh khan kajol tu semua saudara jauh aku. sebab tu kadang-kadang orang kata kami seiras. ohhhh.
kiranya, aku ni dah satu malaysia habisss. 

raya 3 
raya ketiga tak berbuat apa-apa kecuali ke rumah saudara tolong-tolong untuk kenduri pada keesokan harinya. tak ada gambar lah pulakkkk. 

raya 4
bosan lah jugak. tapi sebab pergi kenduri dan beraya, terus bertukaaarrrrr. 

the pengantin.
ahhh. tension tengok gambar sendiri.
(kes tak dapat terima kenyataan ke apa??)
anyway, selamat pengantin baru, semoga kekal ke anak cucu. :)
dan petang tu terus rayaku bertukar ceria bilamana diana omar datang beraya tidur kat rumah. yey!

raya 5
dah kena bangun pagi-pagi sebab tujuan utamanya pergi tabung haji serah surat penolakan sebagai caln menunggu pergi haji tahun ni. sepatutnya hantar sebelum 1 ramadhan atau akan didenda sekiranya lambat. dapat tu dah lama, tapi nak hantar tu makan masa. malas nak tunggu lama-lama. sebab tak baca surat tu, aku tak tau pulak kalau kena denda bila lambat hantar. tapi boleh tak aku baru je baca time beratur nak hantar surat tu? memang cuak. tapi alhamdulillah syukur tak kena denda sebab pihak tabung haji belum setelkan pasal ticket booking. phew~
diana. fatin.
tengah tunggu giliran. 

dah setel semua, perut memang dah melapar tak ingat. hajat di hati nak pergi kfc, tapi terus call lisa nak pergi beraya ke rumah. jimat duit ohh. sampai rumah lisa, boleh lah makan nasik minyak. lalalala

diana. fatin. lisa.
jemput minum.



telefon antikkk. lalu, terjakun seketika.

jemput makan, jangan malu-malu.
bikin macam rumah sendiri.


ok dah, lepas rumah lisa, pergi rumah quiah pulak.


gambar tuan rumah tak ada sebab tuan rumah tak bertudung. 
muka dah berminyak boleh goreng telur kotttt.
errr~~.

lepas pergi rumah quiah, pergi rumah diana's someone special. ohhh. sangat sweet macam gula-gula getah. tapi tak ada gamabr sebab kena control ayu. mana tau jumpa jodoh. apakah??

raya 6 
tak pergi mana-mana. bermalas-malasan di rumah sahaja. 
diana, mu menggelaboh balik awal opp??

raya 7
raya ke-tujuh terpaling best kottttt. pagi bosan-bosan sahaja. lalu aku pun semacam menggatal. on FB, tengok jiran aku online, terus chat. 

aku : ngohhh.. bosan laaa....
kak ngah : ye arr.. bosan gop ea... tapi nok g mesra mall ea.. budok-budok ni ikut belake.. tapi dop tau muat ke dop..
aku : ye kee... (time ni macam ala.. malulah kalau still menggedik nak ikut..)
kak ngah : tapi mai la.. kita terok je gane-gane pom.. muat rasenye..
aku : ye ke.. nok ikut!!!!
kak ngah : siap arr.. tengah siap gop ea.. 
aku : ok ok. nok siap la ni. tunggu tau. (punya lah takut kena tinggal.)

tu lah. usah disorong bantal kepada orang yang mengantuk. akibatnya jadi macam aku lah. terus bersiap cepat-cepat sebabb takut kena tinggal. lawak kott. 
sampai mesra mall, terus pergi nak main boling. tapi penuh pulak, terpaksa tulis nama kat waiting list. lama kott nak kena tunggu, terus makan-makan. lepas tu, kononnya sudah berputus asa. singgah bermaghrib di surau. tapi rupanya semangat berboling masih berlum luntur. haha. comel sungguh. terus berpusu-pusu ke tempat boling nasib baik ada kosong, terus main. 
yang pergi lapan orang, tapi hanya empat yang main secara oficial memakai kasut boling dengan semartnya. lagi empat jadi player secara haram, iaitu ambil bola kemudian baling cepat-cepat sebab takut kantoi. mau pecah lantai lane woiii!! haha. serius lawak tapi sungguh comel. last-last, siapa yang kalah kena belanja aiskrim. haha. 

dalam kereta on the way ke mesra mall.
all time generation punya jiran.
dah hampir 14tahun okkk. yang budak lelaki tu adalah the new generation. 

jari aku tu apasal heh? 
bukan mencarut okk.









kak ngah. 
taken already. dah bertunang.

syaza. manja too. 

nah, sang berbaju hijau itu pembelanja aiskrim. means, pengkalah?? hahahaha

player lagi sorang kononnya pemalu. cehhh.

sebenarnya gambar adalah super banyak, tapi ini je yang termampu dan ada dalam tangan. yang lain belum ambil. nanti dah ada baru upload. tapi hari tu serius best memang hari gelak gelak gelak sampai pipi pun jadi gemuk.



rasanya setakat itu sahaja diari raya saya. 
sudah terwujud idea dalam akal ini. more picture will be uploaded soon. 
aku kurang gemar upload dekat fb. jadi, sinilah tempat aku mengupload gambar. huhu.


notasendiri : patut lah hati tak tenteram, rupanya berita kematian pakcik aku yang sampai.. alfatihah. moga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. 











Jumaat, 17 September 2010

kek dan roti.

maka, rakan-rakan sekalian bolehlah datang ke kedai saya kiranya ingin membeli pelbagai jenis kek dan roti yang semestinya lazat bukan sekali, malah berkali-kali.

sila, sila. 
tapi sekarang under renovation lagi. tapi takpe, makanan terjamin selamat. 


sebelum ni tengok kawan-kawan main penuh dekat wall, tak teringin pun nak ikut main sekali.
tapi macam mana ntah seru tu datang tiba-tiba suruh main main main. 
haa, kau.. sekarang dah tak beraya, kita layan game pulaaa. 

Khamis, 16 September 2010

raya tak kesudah.

cuti raya sudah hampir tiba ke penghujungnya. assignments masih belum tersentuh dan ulangkaji untuk test juga belum terusik. wall rakan-rakan seperjuangan kebanyakannya menggambarkan kecuakan masing-masing yang sudah senak. aku? tiada komen. perut masih muat lagi rasanya kalau mahu diisi dengan pelbagai juadah raya rumah terbuka. (lepas tu mula lah nak mengigau malam-malam ahhh aku tak nak gemuk tolong-tolong!)itu juga boleh diklasifikasikan sebagai menggelabah lebih lah kauuu.

dan ini, sebab perut pun sentiasa penuh, niat untuk belajar dan menyiapkan assignment juga mula pudar lagi kabur. haih. mata pula sentiasa mahu tertutup. ukuran pinggang usah dikira, eh kau pregnant ke apa? siapa tanya macam tu memang mengundang pelempang raya. perut je berat, tangan belum berat, masih mampu memberi tamparan berlapis-lapis.

ah, sudahlah. aku mahu bersiap-siap untuk beraya lagi. ok ini last. ini last. kemudian baru siapkan assignment dan belajar belajar belajar.(yeesss. lepas ni ada reason tak nak keluar bilik bila ada tetamu datang. - mintak bebelan padu ke apa?)

- assignment ekologi
- presentation etnik
- test ekologi
- test biometri

agak-agak nanti kalau rebus notes, kemudian minum air rebusan, boleh jawab soalan dengan jayanya tak??

ohh. mintak-mintak boleh. jadikanlah keajaiban. tolonglah!


baju raya.
yes, muka dah naikk. 
 muka aku pelik sikit. kalau naik, susah sikit nak nampak tang pipi,
tapi akan membesar kat bahagian dagu. ohhhh.

ahhh. apa aku kisah, makan tetap makan.
melantak selagi mampu.



selamat hari raya ke tujuh!

Isnin, 13 September 2010

theori raya yang auta.

cuti raya dah hampir tiba ke penghujungnya. maka, bermakna tak lama lagi test bakal menjelma. tarikh untuk menghantar assignment juga semakin singkat. risau sungguh. tapi tindakan satu pun tak ada lagi. masih tetap goyang kaki menonton televisyen. masih tetap muka manis gembira beraya ke rumah saudara mara dan rakan-rakan. masih gagah mengutip duit raya walaupun usia dah bermula angka nombor dua. rasa macam tua sungguh, tapi masih berjiwa muda remaja. ohhh. heyyy, rezeki jangan ditolak. orang dah bagi, kita kena ambil. kang tuan rumah terasa.

teringat zaman kecik-kecik dulu yang mana tak perlu lah nak fikir masalah semua bagai. tak perlu nak fikir bila lah anak raja nak datang meminang(akubukanloser). haha. dulu kala, setiap kali bila hampir menjelangnya raya, bilamana lagu raya seakan menggila di kedai-kedai baju, bilangan yang pergi surau untuk solat terawih makin berkurang, aku mula lah nak buat teori auta raya. bila dah besar macam sekarang, rasa macam ish mengarut gila aku waktu kecik-kecik dulu. comel gila. dulu-dulu, aku tak tau apa hantu raya tu semua. cuma bilamana aku dengar raya, terus buat andaian sendiri hantu raya hanya muncul bila hampir tibanya raya. haha. comel sungguh fatin syahirah. bilamana jiran-jiran dah start balik kampung, aku pun tak ada geng, maka budak-budak jadi mangsa. aku kawan ngan budak-budak yang jauh lagi muda dari aku.

maka, terkeluarlah cerita,

"hei, jangan main-main sangat waktu malam-malam dah dekat nak raya ni. hantu raya keluar ramai-ramai nanti kena sorok. waktu raya je ada, sebab tu nama dia hantu raya"

haha.

pengakuan si dara

"aku suka laki orang sebab aku dah banyak kena dengan lelaki yang belum kahwin dan selalu curang."

apakah?
adakah para dara yang lain juga menggunakan alasan yang sama bilamana bercinta dengan suami orang?
mungkin lah sebab lain sebab boleh supply duit, tapi still kott. laki orang.
kadang-kadang kita tak boleh nak sebelahkan mana-mana pihak bila mana hal ini berlaku. sebab pokok takkan bergoyang kalau tak adaq angin. maka, kalau salah sorang tak layan, takkan boleh berlaku episod cinta taktenang.
dah tu, kau laki orang, maka ingatlah anak bini di rumah. kalau tanggungjawab di rumah pun terabai, maka bagaimana pula dengan yang baru ini? yang kau bina bibit-bibit cinta yang buat kau angau sendiri.

apa-apa pun,
kawan, pilihlah lelaki bujang yang ada dulu.
tapi masih adakah lelaki bujang yang setia? sebagaimana masih adakah perempuan bujang yang setia (ini sure bagi laki lah. bukan untuk pengkid ya)



ish. sekarang asyik cakap pasal cinta. cinta nya pun tak hadir-hadir jugak.
nahhh, i;m not a loser.

untuk lelaki.

seseorang lelaki adalah dayus bilamana takut kantoi curang dengan bini mahupun girlfriend kau sendiri,
kemudian mahu sorok-sorok pulak jadahnya. paling tak boleh blaa, berani curang cakap mahu besar, tapi takut pada bini/girlfriend. apa kes bai??


tang takut kantoi tu, mungkin sebab kau playboy, tapi tang takut tu apa?
hey, kalau kau rasa tak bahagia, apa dah ada anak 5 baru nak kecoh tak bahagia dari awal lagi? dah anak 5
baiii. lelaki oh lelaki. geleng kepala.
tadi sangat mengantuk yang amat, tapi tiba-tiba sekarang tak boleh tidur. memang masalah. mungkin sebab tidur petang tadi. dah lama tak tidur petang kottt. tambah pulak tadi minum mocha, lagi lah tak boleh tidur. sudahnya, pusing kanan pusing kiri, still tak dapat tidur. perut mula buat hal. sabar wahai perut. tak habis-habis  nak gemukkan badan ai.

sekarang macam-macam yang berlaku kat negara kita kan?
banyak yang berlaku dalam kalangan manusia itu sendiri secara spesifiknya. usah pelik, manusia sememangnya macam-macam ragam. rambut sama hitam, hati lain-lain. dalam hati tiada siapa yang tahu melainkan Dia Allah yang satu. dan tak ketinggalan banyak yang berlaku dalam hidup aku sekarang. usah cerita pasal masalah, semua orang punya masalah. semua orang punya dugaan yang tersendiri. Allah tidak akan menduga hambaNya dengan dugaan yang tidak tertanggung oleh hamba-hambaNya. semoga hati ini terus sabar, semoga hati ini terus kuat dan utuh sehingga ke akhirnya bertem bahagia yang abadi yang sememangnya ternantikan. :')

usah kau pelik bilamana kau hanya menjadi bahan untuk orang kaya-kaya menunjuk-nunjuk kekayaan yang dimiliki.
usah kau hairan bilamana orang yang sudah kaya yang mana hartanya sudah tidak tahu ingin tercampakkan ke mana, makin kedekut jadinya. makin haloba sifatnya. sudahnya, yang kaya makin berada, yang miskin kian papa. (hey, insiden itu berlaku secara tidak tersengajakan, malah tidak terfikir dek akal pun untuk kau hebah-hebahkan ke serata tempat seperti memang sengaja untuk dirosakkan. apa kau fikir aku tak ada ekrja lain?)

sebagaimana kau tak mengerti aku. sebagaimana itulah juga aku tidak mengertikan kau.
maka dengan itu, lebih baik aku berdiam diri daripada bersuara kan?
sebagaimana kau rasa kau tidak gemarkan aku, cuba kau fikir, ada aku kisah? atau, ada aku juga gemarkan kau? sila bermimpi aku gemarkan kau ya.
entry ini sungguh general. tapi apakan daya, kesabaran aku seakan tercabar. tapi ini lebih baik daripada aku malukan kau, kan? ini lebih baik dari aku bersuara yang mana kau dan aku akan sama-sama sakit hati yang bisa menghitamkannya kan? percayalah, ini lebih baik.

dan apabila tibanya waktu begini, waktu berperasaan begini lebih tepatnya, aku seakan membenci diri aku sendiri. ingin aku lari jauh ke tempat yang mana tidak seorang pun yang mengenali aku. itu lebih baik daripada kau dikelilingi saudara yang seakan bukan saudara kan? itu juga lebih membahagiakan. kan?

ahh. tiba-tiba mengantuk.
ok bye.

Ahad, 12 September 2010

nikmatkah raya?

hari raya adalah hari yang mana kita orang Islam yang berpuasa meraikan kemenangan setelah sebulan menahan lapar dahaga, hawa nafsu segala. maka, baju raya semua akan beli dan juga makan pada hari raya boleh jadi sampai tak hingattt. ha, aku lah tu makan sampai tak hingat. dan sekarang dah cukup nak menggelabah sebab double chin dah mula lahir, perut sudah pandai membuncit serta boleh jadi berlipat bilamana kau duduk malas. ishhh. tiba-tiba rasa macam tak sabar nak balik uni sebab nak main basketball, dengan harapan boleh kurus dengan berjaya. kali ni harapnya jangan harapan tinggal harapan macam sebelum ni sudahh.

sebelum ni aku ada kata raya bosan kan. memang bosan pun. kalau tak kerana pakai baju raya baru yang sememangnya cantik dipadankan pula dengan tudung wallaaa cantik juga kasut yang cantik(eh, orang cantik pakai apa-apa pun cantik. lalala) itu lah yang baru dapat rasa raya. sebab hari raya hari yang super special.

tetapi!
masih special kah raya apabila kena fikir assignment yang berlambak dan banyak?
masih kekal special kah raya bilamana aku kena fikir dan study pasal test yang bakal kunjung tiba lepas raya nanti?


selamat hari raya ke-tiga!


manusia sekarang semakin advance dan kejam kan?. sifat tamak dan hasad dengki seakan utuh di dalam hati. nyawa manusia seakan berada di tangan sang manusia kejam. apa sudah lupa pada Allah yang mana ajal maut hanya di tanganNya?
alfatihah buat keluarga arwah.
Disaat kamu ingin melepaskan seseorang
ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya

Disaat kamu mulai tidak mencintainya
ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya

Disaat kamu mulai bosan dengannya
ingatlah selalu saat terindah bersamanya

Disaat kamu ingin menduakannya
bayangkan jika dia selalu setia

Saat kamu ingin membohonginya
ingatlah disaat dia jujur padamu

suka lah ayat kat atas ni. copy dekat sini.
:)

bosan

detik sekarang ni adalah bosan sampai tak bertahap.
plan tadi nak beraya lepas solat maghrib, tapi plam hanya tinggal plan.

baju raya untuk esok dah tak ada. terus rasa macam bosan gilaaa dah nak raya.



BOSAN LAH.


rasa macam nak ada tetttttttt.

Sabtu, 11 September 2010


Selamat hari raya ke dua! 


Jumaat, 10 September 2010

selamat hari raya.

rasanya belum terlambat lagi kot kalau aku nak ucap,

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
MAAF ZAHIR DAN BATIN,
ATAS SEGALA SILAP DAN SALAH YANG TELAH TERLANJUR BUATKAN. 
SAMA ADA SECARA SENGAJA MAHUPUN TAK SENGAJA. 
HARAP SEGALA KEKURANGAN DAN KESALAHAN OLEH JIWA YANG KERDIL INI TERMAAFKAN OLEH SEMUA YANG TERLIBAT. :')

raya korang macam mana?
apa juadah hari ni?
kat rumah ibu masak nasik kuning, ada ketupat palas. kuih raya for sure memang ada lah. kalau tak ada tu. memang lah. errr
tapi raya aku biasa-biasa saja. atau kalau nak lebih faham, bosan saje. cuma yang best nya bila pakai baju raya, dapat duit raya. selebihnya, tak ada.
selepas arwah nenek aku meninggal, dan kemudiannya ayah ada famili lain, maka raya berubah suasana. ibu anak tunggal, lagi tak best bila tak ada cousins side ibu. ada cousins side ayah saje. nasib baik cousins best. 

dah lah. 

Khamis, 9 September 2010

harapan tinggal harapan.

back to this entry. punya lah aku macam bersemangat habis nak kurangkan berat badan, dengan harapan boleh lah nak buang mana-mana lemak terkumpul. supaya esok, boleh lah raya dengan aman tanpa risau kain aku tercabutkah? (ni sebab badan naik mendadak lalu tak muat nak pakai kain. bayangkan dulu lah)
jadi, bila kau baca entry tu, punya lah dalam masa yang sama aku bersemangat waja nak turunkan berat badan. tapi apa hal entah, selera mencanak-canak, hari ni sahaja dah tambah 3 kali waktu berbuka walaupun hanya bihun goreng. tapi susah lah nak diet time kat rumah kan???

gambar kena seprais. tak boleh kasi tengok dulu. hehe.


dah lah, nak siap-siap kan rumah untuk esok orang nak datang beraya.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
MAAF ZAHIR DAN BATIN. 
andai ada tersilap kata, terkasar bahasa, terguris perasaan, harap dimaafi. 
semoga raya kali ini lebih bermakna bersama keluarga dan insan-insan tersayang.


siapa-siapa yang dah alang-alang duduk terengganu, sila lah datang beraya ke rumah.
:)


ish. setan dah terlepas.
tiba-tiba rasa macam nak feeling-feeling hott gitu.

hai stalker.
errrrr.

selamat hari raya.

Rabu, 8 September 2010

raya raya raya! tapi belum raya lagi.

kalau tengok sekarang, semua orang gigih nak ucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin dannn sebagainya.
aku pulak sekarang tengah gigih nak mencari barang lah kot. tapi yang penting, liquid eyeliner dah dapat. tak ada lah penting sangat, tapi bila dah baru first time nak pakai liquid eyeliner, terus jadi macam penting yang lain macam pentingnya.

dan...

ok dah, ibu panggil buat kuih raya. idea terbantut terusssss.

pengisytiharan raya.

nak doa lepas solat pun tak khusyuk sebab dan dan time aku nak berdoa tu lah tv nak buat pengumuman raya.
punya lah jantung aku berdebar-debar dupdapdupdap sebab takut esok raya. gila kau esok nak raya. mind set jumaat baru raya. dah tu, ada lagi barang-barang penting yang belum setel. tak sanggupppp nak raya.

tapi bila tadi dah umumkan jumaat baru raya,
terus rasa legaaaaa. sebab;
1. persiapan raya masih belum setel sepenuhnya.
2. setan-setan still dirantai dalam neraka, so tak payah lah nak rasa takut-takut hantu bagai. ok tak. so, bila setan still dirantai, selamatlah tak payah nak kena dengar bisikan syaitooon.


3. ini yang paling penting. kau tak sayang ke nak tinggal bulan ramadhan?



ibu ingat aku tak dengar lah konon pengumuman raya tadi. lepas tu cuba nak kencing aku kata esok raya. padahal aku dah dengar awal-awal ibu bersorak esok tak raya.

agak-agak?





agak-agak sekarang kalau berbuka control makan sikit-sikit je, 
berjaya tak rasanya? 
berat badan naik, takut nanti tak muat baju raya! 
ohhhhh. 


harap-harap raya hari jumaat,
esok sempat lagi kalau nak kurangkan lemak dalam badan. 
harapnya lah jugak, control makan berjaya. 


tadi dah beli kasut raya yey!


ramadhan..

lagi dua tiga hari lagi raya bakal tiba. orang lain semua dah berpusu-pusu wish selamat hari raya. tapi aku wish nanti sikit lah, masih dalam mood berpuasa katanya. mood raya belum tiba sepenuhnya lagi. tiba-tiba tak ada mood nak raya. ok, bulan puasa tak baik menipu. baju raya aku dah siap yey!

tadi punya bunyi mercun aku rasa paling kuat kot sampai tersentak-sentak waktu berbuka. hoii siapa yang main mercun tadi, apa korang ni tak menikmati makanan sebaik-baiknya ke? itu lah dah namanya hidup senang kan, makanan pun kau rasa ala bila-bila pun boleh dapat, langsung tak menikmati makanan eh (marah ni).

bila cakap pasal mercun ni, teringat waktu kecik-kecik dulu, waktu arwah nenek masih ada hayatnya. kau jangan main-main, kecik-kecik lagi aku dah pergi terawih, sekali dengan jiran aku pun ikut. tapi, punyalah orang lain ni semangat nak raya, hari pertama puasa pun dah berdentam dentum bunyi mercun. sampai kan nak solah pun tak khuyuk, asyik dengar bunyi mercun. nasib baik tak ada orang melatah waktu solat, kang tak pasal-pasal solat terbatal. tapi rindu lah zaman kecik-kecik dulu. bila dengar bunyi mercun je, terus tak senang duduk. jiran aku pun sama. lepas tu, terus plan eh, nanti kita terawih 4 rakaat je k? lepas tu kita balik tau. dah tu, waktu tu mastermind terhebat ada, plan tak pernah tak berjaya. lagi bernasib baik, budak-budak comel macam kami biasanya kena duduk saf belakang, orang-orang berusia kena duduk depan. kami dah bersiap sedia duduk dekat dengan pintu surau, nanti senang nak keluar. dah 4 rakaat, terus balik, join main mercun jugak. tanglng pun sama. siap ada version kitorang sendiri. wah, rindu!
nenek aku, balik-balik dah bising sebab cucunya hilang serta merta, pergi sama-sama tapi balik asing-asing. al-fatihah untuk arwah nenek aku. rindu. :')

paling best, tang tanglung kami yang unik. aku tak tau dari mana asal usul tanglung ni, dan siapa yang reka pun aku tak tau. yang aku tau, buat je bila orang dah ajar. aku pun tak tau lah kalau orang lain pun tau jugak. tapi, menarik. sebab tanglung ni bukan sahaja terang, tak terbakar, malah bleh jugak buat main masak-masak. serius i tell sama u.

ok, pernah dengar tanglung tin tak?
cuba bayangakan tin milo, lepas tu kau tebuk lubang-lubang kecik banyak-banyak kat belakang tin tu. penutup tin tu wajib buang memang tak pakai pun. lubang-lubang tu kau kena tebuk guna paku dan tukul. boleh buat corak cantik-cantik kat bahagian lubang-lubang nye. dan dawai jugak perlu, kau pasang lah nanti macam mana nak pegang tin dah panas. jadi, sangkut sahaja kayu kat dawai tu, lepas tu dah boleh buat torch light.
siang-siang hari, kami geng-geng  jiran tetangga gigih buat tanglung masing-masing. dan sebelum puasa pun dah mula gigih cari tin agak-agak besar sikit. malam-malam lepas terawih, gigih pulak nak habis cepat-cepat sebab nak buat rondaan malam guna tanglung masing-masing. oh, very rindu those moments. kemudian, siang-siang agak-agak bosan lambat lagi ke nak tunggu wakt berbuka, kami geng-geng barbie girl perempuan sahaja akan main masak-masak guna tanglung tu sebagai kuali konon-konon. senang je, kau terbalikkan tanglung tin tu, jangan lupa nyalakan lilin dalam tin yang diterbalikkan, dan guna lilin sebagai minyak, seterusnya masak lah daun-daun sampai garing. haha. comel dan pintar kan?



pesananringkas : lately, rindu sungguh zaman kecik-kecik muda mudi dulu kala.

rindu nya suasana dalam masjidil haram bila tengok orang terawih ramai-ramai kat dalam tv.. mintak-mintak murah rezeki, nanti dapat pergi lagi. aminn... :')

Selasa, 7 September 2010

siri bertopik.

pejam celik pejam celik kita sudah berada di penghujung ramadhan..

selepas entry yang menyerupa hatiku bercelaru, lepas tu tak ada mood semacam nak update, terus rasa malas yang berpajangan. rasa macam nak buat apa-apa pun ishhh malas nya. kenapa ye makin dekat nak habis puasa ni makin menjadi-jadi pulak malasnya. ishh.
sebenarnya, banyak je nak update untuk dijadikan kenang-kenangan kat blog ni supaya nanti tua-tua kot-kot lah aku terlupa, bila baca blog ni boleh lah senyum sorang-sorang. paling tidak pun bersama anak cucu cicit. ohhhh.

topik 1 :
(last day berbuka bersama rakan-rakan di bulan puasa. jumlah kami yang mengekori adalah seramai 11 orang.). kak zee ajak berbuka kat rumah dia. lokasinya, kat pengkalan kubur kalau tak salah aku. tapi dari kota bharu ambik masa hampir 1 jam jugak lah. dan apa yang menarik, journey nak sampai ke rumah kak zee tu, kau akan rasa macam eh aku still kat kelantan lagi atau dah sampai siam? sebab, bila kau dah sampai kat satu tempat ni, dan di mana kau akan nampak signboard tulis nama siam je. dan kau akan nampak uishh patung besarnyaaa. dan andai kau peminat cerita nur kasih, boleh la ikut kak zee balik rumah dia sebab bila dah dekat nak sampai ke rumah dia ada sawah padi terbentang luas kehijauan ohh indahnyaa. dah rasa macam aku pulak yang jadi nur dalam cerita nur kasih tu. oh tak beragak. tapi ni yang terpaling menarik sebab rumah kak zee dan thailand hanya dipisahkan oleh sungai yang menyerupai longkang besar sahaja. menarik kan?

tapi moment yang paling best adalah waktu perjalanan pulang dari rumah kak zee dan menuju ke wakaf che yeh. konon-konon nak exercise lepas makan bertambah. aku yang drive waktu tu. dan sufi jadi co-driver. kami pencinta alam sekitar, cintakan yang natural, taknak menipiskan lagi lapisan ozon maka kami tak pakai air-cond, tapi kami bukak tingkap(padahal memang tak boleh nak pakai air-cond, nanti kereta tiba-tiba mati enjin). tengah syok-syok kami feeling tengah on the way nak balik kampung dengan penumpang 5 orang 1 kereta, tiba-tiba ada satu merpati dua sejoli naik moto potong. paling tak boleh pergi bila awek nye saje je nak pandang bangga kat kitorang sebab dia ada boyfriend boleh peluk, kami dalam kereta tak ada lelaki, apatah lagi boyfriend. maka setiap kali motor boyfriendnya memotong, dikuatkan lagi pelukan terhadap byfriendnya itu.

rasa menyampah harus ada, maka mulut sufi laju je bersuara. dah alang-alang kepala dihendapkan ke luar, bersuara lah terus. kang berdosa bila cakap-cakap belakang.
dan tiba-tiba terdengar, "ai. naik motor aje ke???"

hoh!

topik 2 :
balik dari rumah kak zee pun dah lewat malam. nasib baik ramai-ramai. tapi aku ngan anna macam lah tak sedar diri. esok nak balik, tapi barang satu pun tak packing lagi, balik pun dah lewat, assignment yang perlu dihantar belum siap dan bas pulak pukul9.30 pagi. bila dah sedar macam tu, terus plan weh kita jangan tidur tau malam ni. stay up, esok dalam bas baru tidur puas-puas. plan dah cantik, diorang yang menurut serta berbuka kat rumah kak zee pun semua macam ok jom kita pergi sahur sama-sama for the last time dalam bulan ramdhan ni jommm. aku yang konon-konon tak nak tidur terus menyahut okk aku tak tido malam ni.
dan mereka menjawab sahutan, ok fatin esok kau kejut tau.
okkk!
jam berlalu, sampai pukul4.45pagi. aku kejut, sorang jawab macam mamai-mamai, terus rasa macam give up nak kejut yang lain jugak. aku pun apa lagi, eh, tido jugak lah. terus pesan dekat roommate,'akak, nanti dah subuh kejut saya eh'
tapi entah macam mana, subuh ke mana, bas ke mana. tiba-tiba anna datang sergah kat bilik. dah pukul8.20!! bas pukul9.30 wey!! astaghfirullah.. subuh gajah habis time tu.
bersiap punya lah cepat, siap lari-lari pergi bus stop. nasib baik bus stop dekat. kalau jauh? tolong jangan bayangkan.


beberapa tapak nak sampai ke bus stop, bas dah nak jalan. aku ngan anna terus buat drama kejar bas dari belakang sambil barang penuh di sebelah tangan, dan lagi 1 tangan melambai-lambai ke arah bas sambil jerit, kejap! kejap!

aku : ana! kau pergi lari kat kaunter cepat! suruh dia call pakcik bas mintak tunguu kita!

anna lari-lari sementara aku jaga barang dan call siapa-siapa mintak tolong hantarkan stesen bas ke-2.

anna : weh. bas tu bas k.l lah. bas kuantan belum sampai. bla bla bla. aku dah serik nak naik bas ngan kau lagi dah.

hancur luluh hatiku ini. ana, aku tak sengaja tertidur. memang lah salah aku, tapi aku sendiri memang tak terjangka yang aku akan tertido sampai tak sedar macam tu sekali. jangan serik naik bas ngan aku eh?



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

tiba-tiba rasa macam dah tamat, sebab rasa kekok semacam nak menulis.


iklan raya kat tv3 dah kena tarik ye?

Ahad, 5 September 2010

bukan senang, nak senang,
dan bukan susah nak susah.



terima kasih, kak zara. sebab saya sendri pun dah terlupa dengan kata-kata ni bila tiap kali saya dengah down, bilamana dugaan yang diterima tak tertanggung dek hati. 


pesananringkas : sebenarnya banyak je nak update. tapi hati sendiri pun semacam kucar-kacir. penuh konflik.




basyyya!!!


Khamis, 2 September 2010

sometimes,

kadang-kadang, kita akan dipertemukan dengan orang yang salah dahulu, 
sebelum kita dipertemukan dengan orang yang betul, kan?

supaya,
kita akan ambil iktibar dan pengajaran agar,
perkara yang telah lepas tidak akan berulang pada masa  hadapan.
kan?

nokia punya gambar kenapa tak cun eh? 
(tak dapat terima kenyataan ke apa?)