Sabtu, 29 Januari 2011

keyakinan yang tinggi.

kenapa entah dengan aku lately, dalam sehari kalau tak ada ciri-ciri yang memalukan diri sendiri memang tak sah. sindrom apa ntah, rasa macam errrr.

malu satu :

aku : ibu, ibu, apa bau taik kucing ni. ishh
ibu : mana? mana? aah laa.. mungkin sebab ibu dah bukak pintu belakang awal-awal, kucing dah masuk kot.. habis la..


beberapa minit kemudian,


aku : ibu, apa ni bau taik kucing makin kuat..
ibu : memang betul lah bau taik kucing ni.. adik, cuba bau taik kucing kat mana ni?
adik : amende la.. mana ada bau taik kucing, bau ikan masin ada lah. bau taik kucing ngan ikan masin pun tak boleh nak beza ke?


ok fineeee.*sentap terus*
tapi tahap malu dia tak ada lah bertahap sangat sebab dengan family sendiri. tapi kalau kejadian ni berlaku dengan orang lain, lagi-lagi dengan orang yang aku tak kenal, memang aku tak tau lah mana nak letak muka. orang mungkin lah akan kata, belajar sampai umur boleh jadi mak pun, still tak reti masak ke hape sampai tak reti nak bezakan bau. hehhh.

malu dua :

minggu terakhir sebelum bermulanya mid sem memang penat sungguh. penat yang nak tidur lebih pun tak tenang. siapkan assignment last minit kataaa. tambah lagi, ada satu hari tu kelas non-stop dari pukul8 pagi sampai pukul 10 malam. rehat cuma waktu lunch hour dan maghrib hour. *tiba-tiba feeling budak medic sebab rasa macam hectic semacam. errrr* letih guna otak dengan letih guna tenaga fizikal ni tak sama. bagi aku laa. sebab kalau letih guna fizikal ni boleh tolerate lagi, tapi kalau dah letih guna otak ni, rasa macam nak tolerate tu kena tidur dulu. haha. (apakah maksudnya?)

sebab dah letih, kalau tidur memang tak ada masalah susah nak tidur ke apa. letak kepala atas bantal sekejap, terus tertidur. atau bila-bila masa sahaja peta dunia boleh terbentuk. lagi-lagi lepas luka kat tepi mulut yang still tak rata, lagi lah keupayaan untuk membentuk peta dunia semakin tinggi. dan sebab letih jugak, tidur pun ganas semacam walaupun masih ada unsur sopan di situ.

nasib baik hari khamis tak ada lecture, terus beli tiket balik khamis pagi pukul9.30. biasanya waktu tu baru lepas mandi. tapi sebab pagi tu nak kena hantar assignment, waktu mandi diawalkan. waktu bangun pagi apatah lagi. tapi tak pe dalam bas boleh qada tidur. dah macam terbiasa, setiap kali esoknya nak berjalan jauh naik bas, aku akan stay sampai lewat malam, boleh tidur dalam bas, dengan harapan celik mata banguun tidur je, terus sampai ke destinasi. tapi biasanya harapan tinggal harapan sebab selalu terjaga dari tidur.

khamis lepas, sebaik sahaja naik bas, dapat seat, beberapa minit lepas tu dah boleh terlelap. tiba-tiba ada orang kejutkan, bukak mata, oh, rupanya baru sampai stesen kedua. tiba-tiba orang tu tanya,(dan orang tu budak uni aku)

orang : fatin, fatin.. seat awak nombor berapa? seat awak nombor 16 ke?
aku : tak,. seat saya nombor 11..
orang : tapi seat ni no 16..
aku : oh ye ke... ( malu lah jugak sebab semua orang pandang lepas tu sengih-sengih.)

tidur dalam bas ni memang tak akan lelap kan? asyik terjaga. aku pelik sebab pernah satu malam ni naik bas, ada budak ni boleh tidur mati. orang dah kejutkan dia dengan macam-macam cara, tapi stillll tak bangun-bangun jugak. sampai ada orang ingatkan dia dah meninggal. haha.
dalam pada asyik terjaga, aku selalu terperasan posisi tidur aku agak mencabar kesopanan. patutlah ana kata aku tidur nampak lawak time dalam bas. demm. adakah ini bermakna jodoh dalam bas mungkin tiada?
dan sebab pagi tu aku penat semacam sampai dalam waktu yang sekejap je dah boleh lelap, aku harap dalam perjalanan khamis lepas aku tak sempat nak buat peta dunia. tolonglah, walaupun aku tau harapan tu mungkin hanya tinggal harapan.


ayat standard bila malu : takpe, lepas ni tak jumpa dah pun. :P

pssst : nampaknya sekarang perut dah berani membuncit. haishhhhhhhhh.

Khamis, 27 Januari 2011

home sweet home.

dan setelah mengharungi minggu yang men-terujakan, buat assignment last minit, maka tidur pun jadi lambat, tapi kena bangun awal, terus insaf sekejap, konon tak nak buat kerja last minit lagi. tapi apakan daya, langit tak selalunya cerah, mendung bukan selamanya. faham-fahm lah sendiri sebab aku pun tak tau apa motif dan kaitan peribahasa tu.

bila dekat uni, orang tanya, 'tinggal mana?', dan aku pun jawab tinggal ganu, dorang pun akan cakap, ohh, dekat je...

dan sekarang aku rasa nak tidur lah, penat naik bas dari uni sampai rumah. dekat je. 6 jam je. enam jam.
kesian vontot dan pinggang penat duduk lama-lama.

zzzzzzzz.



psst : penghantaran contact lens akan ditunda sehingga minggu hadapan. and and, more lenses to come! :)

Isnin, 24 Januari 2011

air oh air.

pagi-pagi dah mengundang kesabaran.
sabar tu memang besar aspek dia. tak kisah lah terpaksa tahan berak di kala tak ada air, itu pun dikira sabar dah. sabar yang memang ikhlas dari hati dan sabar yang tak rela lalu kau pun bermaki-makian dalam hati. itu pun dah dikira sabar asalkan tak mengundang tindakan agresif. yang penting, sabar tu sebahagian daripada iman.

ok, kita ambik contoh.
kau dah seminggu tak buang air besar. lepas tu, tiba-tiba ada satu masa ni, kau nak membuang sangat-sangat dah. tapi boleh la tahan sikit lagi. tapi tiba-tiba kau dah gembira dah ni yeahhh boleh nak tettt, dengan muka teruja kau pun pergi lah toilet. tup tup tak ada air. bengang tu tetap bengang, terus terbantut. lama-lama boleh jadik sembelit jugak kang. dalam hati kau kata, sabar.. sabar. (dalam hati, kau je yang tau macam mana)

kita ke contoh seterusnya pulak.
kau dah lama ushar sorang awek ni. awek cun muka ala-ala fatin syahirah. ehhh.
dah lama kau usha awek tu. tapi tak dapat-dapat. kau pun gandakan usaha, dan dalam hati kata sabar... sabar... (dah dasar laki gatal, kan. nak ayat awek punya pasal sanggup sabar. tapi itu mungkin sebelum dapat la. dah berjaya usha kang, terus perangai macam tetttt. errrrr.)


sebenarnya ringkas je, aku nak kata kat uni aku ni tak ada air. dari semalam sebelum tidur pun dah tak ada air. nasib baik tak ada rasa nak membuang air besar. ingatkan bangun pagi, ada lah air. even air pili bomba pun jadik lah. tapi aku tak rasa nasib menyebelahi hari ni. bangun pagi, air dah tak ada. air pili bomba pun tak ada. tak tau nak describe macam mana. kena lah sabar. tapi pagi ni bagus sikit lah. sebab tak ada nak maki-maki.

aku tak tau sama ada kelantan memang mempunyai masalah air, atau uni aku ni je yang ada masalah air yang dari awal sem ni memang macam tettttt.


pssst : contoh tak ada kaitan pun dengan apa yang disampaikan. hehh.

Sabtu, 22 Januari 2011

lidah buaya atau kulit kayu manis?

pejam celik pejam celik pajeam celik, dah seminggu 3 hari kejadian tu berlaku. dan sekarang, luka dah kering, cuma tinggal kepingan tertanggal. dan sekarang adalah gigih untuk tau macam mana nak hilangkan parut segala. agak cuak lah sebenarnya nak tunggu sampai luka dan parut boleh betul-betul hilang ke tak,dan sebagainya. itu belum masuk kes kadag-kadang jadi down sebab tiba-tiba self-esteem jatuh merundum bila tengok orang pandang lain macam. tapi pengalaman tu hanya waktu muka bertampal dan waktu luka tu tiba-tiba membuncit macam taik lalat dan nampak macam geli-geli sikit. itu part yang paling down. lain-lain waktu, rasa macam biasa je. terus rasa macam spotlight, orang pandang-pandang. kalau tak, sebelum ni memang tak dipandang lah kan. (macam loser habis dah haku rasa. :P)

tak kisah lah walau apa pun terjadi, setiap yang berlaku tu, pasti ada hikmah. setiap keburukan yang berlaku tu, pasti ada kebaikan yang kita tak tau kan. untuk dalam kes aku ni, salah satu nya, aku kena lebih berhati-hati. kot ye pun bersemangat sangat, tapi stillll kena berhati-hati. ini nasib baik kena sikit, lama-lama nampak macam taik lalat je. takpun macam jerawat sikit je. kalau hari tu muka terseret kat court tu macam mana. tak ke haru. so, pengajarannya kat sini. utamakan keselamatan.
kebaikan lain, aku jadi makin yakin kot. kot je lah. ada lagi yang lain-lain, cuma sekarang ni rasa macam tak bleh nak fikir sangat. mungkin mengantuk, mungkin malas. konklusinya malas. sekarang asyik malas malas malas malas, lepas tu makan makan makan makan. dan bila gemuk terus rasa macam nak meroyan.

dan disebabkan jatuh hari tu, banyak lah duit berhabis. semata-mata cari jalan untuk pastikan parut tak melekat di muka. beli suplemen, makan pun nak yang mahal-mahal je, pastikan makanan tu tak ada kicap, bla bla seperti biasa lah pantang-pantang supaya luka tak melarat bla bla bla.
dulu, time memula jatuh, aku ter-menangis atas dua sebab.

sebab;
1. sakit.
2. terfikir luka kat muka, takut luka besar dan parut besar tak hilang.

jadi sekarang, ada tak siapa-siapa tau, antara kulit kayu manis dan lidah buaya, yang mana satu boleh hilangkan parut??

buat masa sekarang, so far, aku apply dua-dua. tapi at different time lah. dan dua-dua waktu pakai pedihhh. memang normal ye?


pssst : dah lama ohh nak potong rambut. tapi snetiasa ada halangan. jom klik sini, cuma bayar RM30 JEE untuk POTONG, BASUH DAN BLOW rambut oleh hairsylist!!

Rabu, 19 Januari 2011

bila masuk toilet

tinggal kat asrama adakalanya best. mungkin best sebab ada ramai kawan. dan mungkin jugak sebab kita pun boleh belajar hidup sendiri. manage hidup sendiri. bangun tidur lambat pun tak apa, tak perlu dengar bebelan padu, atau mana-mana stesen radio ibu.fm. ehhh.
tapi tak best jugak. nak-nak bila tak ada masalah air, masalah elektrik, masalah bosan asyik terperap, masalah taktau nak buat apa, masalah keluar nak pergi library tapi tak ternampak ehemehem. errrr.

tapi serius sekarang rasa macam tak sabar gila nak balik.
1. sebab birthday kali ni kat rumah. dah lama gilaa okkk birthday bukan kat rumah. memanglah tak ada nak celebrate beria macam waktu kecik-kecik dulu. tapi yang penting tu adalah feeling. ceh.

2. kat sini aku rasa macam dah lama gila tak mandi betul-betul. maksud aku, mandi dengan selesa tanpa bawak baldi dan gayong. tadah air dulu baru mandi. mandi pun tak boleh lama-lama. fine lah kan, aku pun bukan jenis yang mandi lamaaaa gilaaaa sampai orang kat luar ketuk-ketuk pintu banyak-banyak kali lalu bertanya, 'lama lagi ke?', tapi stillllll, nak jugak mandi lama-lama kadang-kadang. nak jugak mandi yang rasa memang betul-betul mandi.

dari form 1 tinggal kat asrama, sampai sekarang punnn still tinggal kat asrama. aku perasan satu fenomena ni yang memang setiap asrama yang aku singgah, kat toilet dia, aku perasan satu benda alah ni. tak tau la kalau kau ada perasan macam kes aku ke tak.

kesnya;

1. taik idung calit kat dinding.
aku tak tau kenapa orang suka calit taik idung kat dinding toilet. padahal kat dalam toilet tu dah sah-sah ada air segala. apa salahnya kalau kau basuh je tangan tu. tapi mungkin lah kalau waktu tu kau taknak tangan basah ke apa. ye, aku faham jeeeeee.

2. pad
setakat ni aku masih bernasib baik sebab belum terserempak dengan pad yang belum berbasuh, kalau nak compare dengan kawan-kawanaku yang pernah jumpa dengan roti-kering-yang-masih-berjem-strawberi. tapi itu lah, satu hari ni, aku jadi pelik bila mana plastik ngan kertas pelekat pad tu boleh ada dalam kotak flush. dan lagi pelik flush toilet tu memang bukan tandas duduk punya lah, tapi tandas cangkung punya. itu mungkin sebab kes dah malas sangat ataupun geli nak buang dalam tong pad ke apa, padahal just tekan dengan kaki je. darah kau jugak punnnnnnn.

3. saki baki taik.
masalah ni memang sukar dibendung lagi kot. nak-nak time tak ada air, lagiiiiii lah kau kena berhati-hati nak masuk toilet. which means, time nak tengok toilet tu, dah kena ready fizikal mental tahan napas segala. supaya nanti kalau kau tengok calitan coklat dekat toilet, still boleh dibendung segala rasa yang bakal hadir. tapi aku pernah terpelik lah, dulu time sekolah,aku pelik bila nampak taik kat atas lantai toilet. padahal time tu tak ada masalah air. air flow laju baik punyaaa kau nak mandi satu jam pun tak payah risau air slow ke apa. aku rasa sebab tu kot spm aku tak gempak cam orang lain, sebab selalu nampak najis yang boleh buat aku lupa ilmu yang dah belajar sikit-sikit. (pehhh. agak-agak alasan berguna tak??)


setakat ni aku tinggal kat asrama since sekolah dulu kala, 3 kes tu je lah yang aku selalu perasan. kes lain still pending kot. mungkin bakal perasan atau tak akan perasan langsung.

kalau dulu time sekolah-sekolah still boleh diterima akal lah kot kalau bab-bab tak berapa nak sesuci debu macam tu. tapi kalau sekarang, yang memang komfem-komfem masing-masing duk berdua berdating bersama, dah boleh jadik mak orang pun.

ada satu ni memang aku tak faham bila tong yang sepatutnya buang pad sahaja dah jadi tong sampah untuk buang segala sampah. hari tu aku nak buang pad pun tak lepas sebab tong tu dah penuh dengan kertas dan sisa makanan. jadahnye ada tong sampah hitam kat luar.

lagi satu aku tak faham bila tong sampah ada banyak dah, dah dekat dengan toilet dah pun, tapi plastik makanan beli dekat pasar malam boleh buang kat atas sinki macam tu jee.

dah lah.

ni, kau perasan apa kat toilet asrama kau?

atuk awak meninggal ke?

dalam setiap minggu, hari selasa ari yang bolehlah aku nak kata letih sikit sebab kelas dari pagi sampai petang non-stop. kalau ada gap pun, 1 jam watktu lunch hour. mungkin jadi bertambah letih sebab kelas bukan dekat kampus yang sama. kena pergi ulang alik tempat lain jugak. rasa macam phewww tak sempat nak makan yaww. kiranya, boleh lah diet sikit waktu hari selasa. pheww.

dan hari selasa jugak hari yang bermula dengan kelas yang boleh menimbulkan rasa bersalah dalam jiwa. subjek yang boleh kata just mendengar-tapi-malas-nak-fikir-pun-perasan-boleh-score, ditambah lagi dengan pagi-pagi yang mengantuk, pendek kata tak fokus sangat lah. tapi serius semalam memang mengantuk.

tengah mengantuk, tiba-tiba ada call masuk. jiran dekat rumah call;

jiran : acik, dengar kata tokki meninggal. ye ke?
aku : haaaa????? bila? tak tau pun. ibu tak bagitau pun. (memang sah-sah la mengantuk hilang sekejap)
jiran : dah call ibu tadi. tapi tak dapat. bla bla bla. (waktu ni memang terkejut yang memang terkedu pun ada.)
aku : bla bla bla.

terus mintak keluar kelas call ibu. tapi alhamdulillah, tersilap berita. mungkin sama nama kot, tersilap orang.

tapi serius lepas je call yang ala-ala mengejutkan tu, mata terus macam O.0 , dan-dan time tu segar bugar. tapi sayang, kesegaran tu hanya sekejap, kaedahnya tak sampai 5 minit. ngantuk balik. zzz.

sekarang pun tengah ngantuk ni. (tiba-tiba rasa macam kuat tidur gilaaa)
nampak nya keluar dinner nanti kena cari air cap badak. demam lah pulakkkkk.


sabar, sakit penghapus dosa. :)


pssst : kepada yang tengah tunggu aku reply email ke. aku dah reply ye. cuba try check spambox korang. :)

Ahad, 16 Januari 2011

setiap yang berlaku tu sememangnya ada hikmah terselindung di sebaliknya. tak kisah lah sama ada dugaan tu datang dari segi apa skali pun, pasti ada hikmah yang kita tak tau. atau mungkin akan kebaikan yang kita akan dapat.
kita tak tau. tapi Allah tau. :)

isk. baiklah. straight to the point. entry ni mungkin bertujuan untuk sedapkan hati sendiri dan mungkin jugak untuk cakap pada diri sendiri. sabar sabar sabar.
kalau ada yang terbaca dan follow up cerita pasal luka kat muka ni, mungkin boleh agak lah kot sebab apa aku down malam ni. ish. tengok, nak tulis apa pun tak tau sebab memang down. nak buat slide untuk presentation pun tak ada idea mati kutu sebab down down down.

luka dah nak baik. tapi kenapa eh luka yang bawah dagu ni jadi timbul yang macam taik lalat phua chu kang. dapat bayangkan tak macam mana? cuma bayangkan sikit warna taik lalat tu warna merah darah yang kering. lepas tu, dah kering. lepas tu keluar pergi makan, beli barang, library.
semua orang nak pandang.
fine lah kalau orang nak pandang aku. sebab bila lagi orang nak pandang kalau bukan waktu ni.

tapi perlu ke;

situasi 1.
beli barang dekat pantai timur. beratur bayar dekat cashier. time bayar, orang yang jaga cashier tu nak tanya apa entah. dah lupa, tapi bukan pandang mata. tapi terus pandang ke taik lalat palsu sambil tanya. down.

situasi 2.
pergi library. konon nak buat discussion untuk slide presentation nanti. dah dapat tempat, tiba-tiba ada group junior datang, dalam 4 orang macam tu lah. duduk sebelah aku yang memang kebetulan ada tempat kosong, muat lah untuk 4 orang tu duduk diskus jugak. dah duduk, tiba-tiba empat-empat pandang aku. ok lah, dengan lebih tepat, pandang taik lalat palsu lagi. pandang yang macam pelik dan macam lama lah jugak kaedahnya macam nak tilik satu-satu kat muka aku ni haaaa. dem. down lagi.

situasi 3.
situasi 4.
situasi 5.


ahhh. tak payah lah nak cerita lagi. copy paste je situasi 1 dan situasi 2 tadi. cuma copy paste banyak sikit perkataan DOWN tadi.




ishhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.
dah la tadi kat library ada ehemehem.












































DOWN.



dah la rasa macam tak sedap hati.

andainya bisa.

andainya masa itu boleh diputar,
kiranya waktu bukan hanya one way direction sahaja yang mana boleh di-u-turn jugak..


hurmmm........

Sabtu, 15 Januari 2011

tahi lalat manis.

waktu hari pembukaan. 
ada banyak gambar, tapi tak ada lah banyak sangat sebab jadi maskot. 
kalau ada gambar pun, tak ada yang nampak muka. just nampak topeng. 
sebab tu orang lain pakai baju hijau, aku tiba-tiba pakai baju warna lain. 
ish. tiba-tiba feeling sailormoon lompat macam tu. errr.
dan waktu ni, memang sure punya lah muka still tulus mulus.



dan untuk tontonan ibu tercinta semestinya,

luka sekarang sudah pun semakin sembuh. ada lah nampak macam tahi lalat manis. :P
cuma still nampak bengkak. tapi sikiiiiitttt je lagi pun. 

psssst : tak sabar nak makan yang sedap sedap sedap sedap! bosan bila tiap-tiap hari kena makan bubur. tak kenyang okkkk.

Jumaat, 14 Januari 2011

dan kini usah dirisaukan sangat, 
maka dengan ini tiap-tiap hari saya akan letak progression yang berjalan mengenai luka di wajah tulus mulus ai. 
setelah 4 hari;
saya kini sudah boleh senyum.
saya kini sudah boleh gelak sikit-sikit.
saya kini sudah boleh cakap kuat sikit.
saya kini sudah boleh berlari melompat. 
saya kini sudah boleh bersukan semula. errrrrr.


cuma senyuman ai nampak pelik lah sikit. 
dan yang pasti, dengan adanya kapas dan plaster,
tiba-tiba aku rasa aku dapat spotlight. sebab keluar ke mana-mana je, semua orang pandang, dan mesti nak tanya. sampai ada satu tahap, aku nak je pergi dekat orang-orang yang pandang tu, dan cakap, 'saya jatuh nii...'


pssst : pagi-pagi pun dah indah, kan? hihihihih.

Khamis, 13 Januari 2011

keadaan terkini.

seems that keadaan sebenar pun dah kantoi dengan ibu, dan aku pun selalu nak tanya macam mana nak hilangkan parut semua bagai, macam mana nak sembuhkan luka bagai. dan sekarang, eloklah saya terangkan keadaan sebenar.

saya injured sewaktu bermain basketball tempoh hari. bila dihitung kira, hari ini merupakan hari ketiga luka hinggap di muka saya.
perkembangan hari ni, darah pun kelihatannya sudah berhenti mengalir. mungkin sebab saya selalu tuam ais, dan kurang bercakap seketika, darah sudah tak berani keluar. dan hari ni pun, saya sudah cuba-cuba letak lendir lidah buaya di atas luka tersebut, maka pada hemat saya, makin cepatlah luka tersebut kering. cepat lah kering cepatlah kering.

cuma apa yang saya terkilan hari ni, dek kerana terlalu ingin cepat sembuh sembuh sembuh, maka setiap kali lepas ambik wuduk je, saya sapu krim yang doktor bagi ke atas luka tu. patutlah rasa macam pedih semacam, rupanya arahan dekat krim tu kata, 'sapu 2 kali sehari'!!!

hoiii. serius cuak serius cuak.
agak-agak ada efek luka tak??? kot-kot akan tinggalkan parut lagi ke? atau bagaimana?
ishh. aaknya mungkin tu lah akibatnya aku tipu ibu kottt.
pagi tadi kol, still takut-takut nak bagitau, tanya ibu pasal lidah buaya.
tapi just cakap kawan yang luka.
tadi maghrib, terpaksa call lagi sekali sebab rasa bersalah. dan seperti yang dijangka, ter-bagitau keadaan sebenar.

dan untuk melihat keadaan sebenar yang berlaku,

boleh ke entry ini,
dan disebabkan ianya adalah protected entry, maka sila lah masukkan password ini apabila anda dikehendaki untuk memberi password.

password : bestrong.

sewaktu hari kejadian, tunggu untuk ke bilik kecemasan.


mintak pendapat!

mintak tolong sangat-sangat.
ada tak siapa-siapa tahu pasal lendir lidah buaya yang boleh hilangkan parut tu?
actually lendir tu boleh hilangkan parut atau cepatkan luka untuk sembuh, ye?
jadi, bila waktu yang sesuai untuk letak lendir tu pada tempat luka tu?

atau,

kalau ada siapa-siapa yang tau pasal boleh hilangkan parut atau cepatkan luka sembuh terutama dekat bahagian muka ke... boleh sangat share-share kat sini
memang sangat-sangat memerlukan tips-tips yang ada.

terima kasih.
terima kasih.
terima kasih.

:')

Rabu, 12 Januari 2011

i wish i could..



i wish i could smile lebar-lebar.
i wish i could talk banyak-banyak.
i wish i could laugh besar-besar.
i wish i could scream kuat-kuat. 
i wish i could eat banyak-banyak.
i wish i could brush my teeth macam biasa i did. 
i wish i could run laju-laju.
i wish i could stare at ehemehem lama-lama. (opsss)
i wish i could do face expressions banyak-banyak.


i wish masa boleh bergerak dengan lebih laju. 
penantian itu satu penyeksaan, bukan? 


pssst : terima kasih semua!  :')


the memory.





psst : this entry is protected due to some reasons. for those interested to know, just email me for the password. :')

follow your instinct.

kadang-kadang, akan tiba suatu masa yang kau akan rasa tak sedap hati or something,
ikut nalurii hati sendiri.

Selasa, 11 Januari 2011

thank u Allah for the good start of 2011.
:')


thank u.
thank u.
thank u.

alhamdulillah..

Isnin, 10 Januari 2011

masin mulut.

masin mulut adalah bukan sebab makan garam terlebih atau makan ikan masin ter-overload. tapi maksud kat sini, cakap pasal something, terus jadik. gara-gara terlalu makan garam lah, mungkin. (eh, tadi kata bukan sebab makan garam.)

pada awalnya hajat di hati taknak bagitau ibu pasal aku join basketball. sebab pada dasarnya, aku memang dah disekat daripada join sukan yang melibatkan lari-lari ni since form 5 lagi. sebab waktu tu memang banyak kali injured, banyak kali jatuh. badan sakit-sakit. cuti pun kadang-kadang nak dekat sebulan. pantang daripada minum ais pun hampir setahun aku tahan nafsu minum ais. tapi bila fikir-fikir balik, dulu kalah olahraga peringkat negeri, terus sabitkan alasan join olahraga diam-diam tak bagitau ibu. jadi, semalam ibu pun call on the spot time kat padang, nak tak nak, kena bagitau lah. alasan yang digunakan sebab tak cukup orang. padahal dah memang tergedik-gedik nak main basketball.

ibu kata, "mainlah.. kang hilang nak cantik-cantik, jalan jadi terhincut-hincut" (cantik ke??) :P

tadi main, tak sampai half time, injured pinggang time lompat nak rebut bola. munkin sebab warm up tak complete kot. terpaksa keluar court sebab sakit badan sendiri yang dah memang tak tertanggung.
dulu pernah nak atlet olahraga (angan-angan kena tinggi). time darjah 6 dulu, yang memang gemuk dan pendek tapi taktau boleh lari wakil sekolah acara pecut, try lah pergi pemilihan untuk ke sekolah bukit jalil. patutlah tak dapat. mungkin sebab;

1. badan gemuk gedempol tak lepas physical tests.
2. kot-kot nanti injured sana sini, badan sakit-sakit. tapi mungkin tak jugak sebab nanti kalau dah profesional, mesti dah tau step step yang betul.
3. badan gemuk.
4. tinggi tak cukup.
5. kesudahannya, bila ada test untuk lompat paling tinggi boleh cecah, paling tinggi pun paras pintu je. sebab tak larat nak angkat badan dan tinggi tak cukup.


kiranya dulu aku kurus sikit, mungkin sekarang aku lagi femes dari khairul fahmi korang tu. wakakakakakaka. (joking! :P)

hari ini dan semalam.

tiba-tiba teringat berita perdana tv 1 dulu-dulu, ada segmen hari ni dan semalam. (ye ke eh? aku pun ingat-ingat lupa. :P)
baru first game main semalam, hari ni dah demam. demam yang rasa macam nak rehattt je. demam yang asyik peninggg je. yang tak tension pun jadi tension. aku jenis yang jarang demam. dan tak perasan diri sendiri demam sebab rasa macam sihat sepanjang masa, kecuali untuk sakit-sakit lain tu, kadang-kadang tak boleh nak elak lah. tak tau kenapa demam, adakah sebab terlalu penat kejar bola satu court dari awal game, atau terkejut pasal satu kejadian ni. jeng jeng jeng. 

tapi sejujurnya, lepas je lawan denga team semalam, aku rasa release gila. cuak untuk lawan team lain still ada, tapi team semalam tu bagi big pressure pada diri aku. tak tau lah pada team members yang lain. mungkin sebab kejadian yang berlaku semester lepas yang buat aku rasa macam pressure habis. time tu, tekanan bukan main hebat. dengan fitnah yang tersampaikan, aku nak kata apa lagi. kalau bersuara salah. last-last, aku ambik langkah mudah. diam. semoga setiap yang tersampaikan akan hadiahkan pahala untuk aku dan lain-lain yang terlibat. time tu jugak, aku bukan saje pressure atas diri sendiri, tapi kat kawan-kawan jugak. tak pasal-pasal dorang yang tak bersalah pun terkena sama tempias aku gara-gara berkawan dengan aku. ishh. tiba-tiba sedih. :'(
tapi tu lah, lama-lama orang boleh menilai sendiri. lepas semalam, kalau dorang still ingat lagi apa yang berlaku dulu, dan berfikir sama, mungkin dorang yang melihat boleh nilai sendiri. kan?

dah la, nak rehat. banyak nak post sebenarnya. tapi keadaan tak begitu mengizinkan. errr.

saya hepi team saya menang semalam. yey! *tiba-tiba*



pssst : harap-harap hari ni akan jadi lebih baik dari hari semalam.. :')




Ahad, 9 Januari 2011

be mine.

semalam kaki injured. dan semalam team pingpong aku menang bersih. juara beb! juara!  :P
petang ni first game basketball.
dan bila datangnya hal yang berkaitan hal basketball, nervous dan excited dia tak sama to compare with game lain. cuba bayankan, semalam sebelum tido classmate aku mesej, lepas baca mesej, dan dan time tu jugak cuak sampai nak tidur pun tak boleh. ishhh.

nak tulis panjang-panjang lagi, tapi tu lah. tak sempat ni.



pssst : harap-harap dia tak ada petang ni, nanti aku tak boleh fokus. haha (ish. obvious sangat ke???  :P )

pssst pssst : tajuk tak ada kena mengena langsung. ehhh

Jumaat, 7 Januari 2011



sebab lagu omputih, kan. tajuk pun tiba-tiba terus tertukar jadi bahasa mat saleh.
so very the comel kan kan kan??

harap-harap the bapak of my children nanti tau la even basics main basketball pun supaya nanti dia boleh ajar our children main basketball. opsss.

haha

Khamis, 6 Januari 2011

apa perlu buat bila sakit mata (bengkak dan seumpamanya) ?

ini adalah kesinambungan daripada entry ini.
first thing first, tak lain dan tak bukan bilamana dah perasan mata sakit ke, bengkak ke, tak payah la pakai contact lens ke, titik ubat ke apa dulu. mula-mula sekali, JUMPA DOKTOR.

bila sakit mata, kondisi dia adalah;
tak selesa.
sakit nak berkelip.
boleh jadi pedih.
gatal-gatal ke.

kalau dah macam tu,macam mana nanti kau nak ushar orang?? (joking! :P)

dalam banyak-banyak organ, mata adalah salah satu daripada organ-organ tersebut yang merupakan antara organ paling penting. kalau kau kuat mana pun, sampai mana bertahan untuk tahan sakit mata tu? pergi jumpa doktor. at least kita tau apa sebab musababnya jadi macam tu dan untuk kali yang seterusnya, kita boleh elak dari sebab-sebab yang jadi punca tu supaya tak bengkak mata lagi. dan jugak, kalau kena lagi, kita tau macam mana nak handle. kan?

berdasarkan entry sebelum ni, aku pun malas nak berteka teki dngan diri sendiri kenapa boleh jadi sakit mata dan sebagainya. ambik langkah selamat, aku pergi klinik. seringkasnya doktor kata aku bukan terkena infections pada contact lens. dan dalam kes aku dia tak panggil infections, dia panggil allergic kepada certain reactions. tapi tak tau allergic kepada apa. (fuhh, selamat bukan sebab contact lens kan..) mungkin makanan ke apa lah. doktor kasi ubat allergic dan tahan sakit.
dan aku tanya lah jugak pasal apa yang aku google tadi, doktor kata, ada jugak berkaitan dengan suhu badan, cuma kebanyakannya sebab allergic lah.

yang pelik, setakat ni aku cuma tau yang aku alah dengan daging. bila makan daging, nanti gatal-gatal. makanan lain, mungkin boleh explore lepas ni. (aiseyyy. kurang lagi nikmat makannnn... :(  )

dan tak lupa, terima kasih sangat-sangat kepada alynn notnot for her comment. terima kasih. :')

"hello.

i asked a doctor about this, and she said that its because of infection. it can happen to anyone, not just because of wearing contact lenses.

let me explain it to you. kulit kita (mcm kat tangan) ada liang2 kan. liang tu kalau tersumbat, and ada bakteria infect kat bahagian tu, sbb tu jadi bengkak. sbb kulit kat eyelid pun sama ada liang jgk. 

sorry, im a microbiologist to be so mcm minat nak explain dkt u.

nasihat i, go see a doctor, and nnt akan dpt ubat sapu, and ubat telan.

but kalau doctor tu kata sebab lain, maybe jgk ade complication kat mana2. i used to have a swollen eyelid, sbb kena sengat lebah. doctor ckp im allergic to bee stings.

jaga diri! :)"


cuma yang penting, ingat akan ini;
"bersabarlah dalam menghadapi sakit, sesungguhnya penyakit itu penghapus dosa."


ppsssttt : hari ni hujan sepanjang hari. kat kampus air dah naik. sekarang kita hanya perlu tunggu saatnya banjir. baju kotor pulak dah bertimbun tak berbasuh, air tak ada. nasib baik still boleh basuh yang kecik-kecik. errrrrr.

sakit mata.

ada tak siapa-siapa yang pernah sakit mata bukan yang mata merah-merah kalau kau tenung mata dia kau pun berjangkit sama tu..(alhamdulillah aku tak pernah kena sakit mata macam tu).

tapi sakit mata yang bengkak kat bahagian eye-lid je. pernah tak pernah tak??

kalau nak kata infection contact lens, selama ni tak pernah kena pun. mata pulak tak merah tak apa. cuma bengkak kat eyelid dan rasa sakit sikit waktu nak berkelip.

nak kata ketumbit, tak ada pulak aku skodeng orang mandi. errr.

kiranya masalah mata aku sekarang ni berat jugak lah, sebab dia gilir-gilir tang bengkak ni. hari tu, kiri, lepas tu kanan, lepas tu ni kiri balik. pelik tak pelik tak???
tadi try google pasal eyelid bengkak ni. jumpa blog ni. mula-mula dia pun ingat dia kena infections pakai contact lens jugak. tapi rupanya sebab suhu badan panas. hmm.

nanti nak pergi klinik lah.
agak-agak nanti doc cakap apa eh??

psst : sejuk gilaa dari pagi hujan hujan hujan.

pssst pssst : aci tak kalau hari ni nak keluar pakai shades? :P

Rabu, 5 Januari 2011

blog review oleh Riwayat Hariku.

first time join blog review ni. teruja dia rasa lain macam sikit. macam teruja bila terserempak dengan orang yang kita admire. ehhhh. jeng jeng jeng.

setelah berdebar-sebar dari hari ke hari menunggu giliran. akhirnya sampai jugak turn aku. best-best.

antara komen yang telah diberikan untuk belog yang ________ ini, (sila isi tempat kosong :P. hanya menerima pujian. haha);

1. Blog yang menarik dari segi entry. Sop suka dengan entry yang menggunakan ayat dan penceritaan sendiri. Berdasarkan SEO, originality adalah sangat penting. Namun begitu, tajuk-tajuk yang digunakan perlu mesra SEO. Maksudnya? Jangan terlalu ringkas dan kurang makna. Sebaiknya cuba guna ayat-ayat/keyword yang mungkin orang cari. Contoh tajuk: Perlu berusaha untuk berjaya. Boleh dipertingkatkan kepada " Tips berusaha untuk berjaya/ Bagaimana untuk berjaya/ kenapa perlu berusaha untuk berjaya?"


tang SEO ni memang aku tak pernah faham pun sebenarnya. well, orang yang memang tak tau pasal gajet, dan yang berkaitan dengan tu semua memang fail dalam bab-bab macam nih. tapi, tu lah. sebenarnya memang ada niat nak belajar, tapi bilamana malas pun lagi menang dari rajin, kaedahnya niat hanya tinggal niat lah. konon macam mengharap yang esok pagi bangun-bangun bukak lappy dah terer secara otometik. pehhh. 


2. Pemilihan template yang sesuai. Warna yang ceria dan selesa untuk dilawati. Beberapa widget yang dapat membantu meningkatkan page view mungkin boleh dimasukkan seperti related post, shoutbox, link exchange, dan lain-lain. 


ini pun sama. sama dengan alasan di atas. (see, punya lah the pemalas sampai taknak carik alasan lain. haha.) hendak seribu daya, taknak seribu alasan. 




berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak Riwayat Hariku sebab sudi review belog ni. :')
dan terima kasih atas segala komen yag telah diberikan. insyaAllah, saya akan praktikkan dan perbaiki mana-mana yang perlu. segala-mala tunjuk ajar sangatlah diharapkan. terima kasih, terima kasih, terima kasih. :')




boleh tengok sini untuk tengok sepenuhnya. 




pssst : tekan sini jugak kot-kot berminat nak beli contact lensssss! 

errrrrr.

to tell or not to tell. 
haishhh.






  

Selasa, 4 Januari 2011

melayu yang bagaimana?

karam singh walia hina melayu? nak tengok video dia? cari lah. dekat you-tube ada. aku tak tau macam mana nak gambarkan perasaan sewaktu tengok video tu. sedih ada, takut ada.

kita melenting bilamana melayu dihina.
kita marah bilamana melayu diperkotak-katikkan.
kita menggelupur bilamana melayu dicaci.
kita panassss bilamana melayu dimaki, dilempar kata-kata kesat.

terutama yang dilemparkan, yang diluahkan oleh bangsa yang bukan melayu.
tapi makian yang dilemparkan oleh melayu sendiri, melenting tak??

tapi kita lihat balik pada puncanya. sekarang, kita lihat senario yang berlaku.
melayu, tidak boleh lihat melayu itu sediri senang.
melayu, lebih suka melihat melayu sendiri susah.

Perasaan Hasad Dengki yang penuh di dada. sesetengah melayu, bilamana dengki itu berlesuasa di dalam jiwa, maka tak senang duduk lah diri. lepas tu, jaja pulak cerita bukan-bukan kepada bangsa lain sebab tak puas hati dengan bangsa sendiri. dan akhirnya, melayu digelakkan. senang kan?
jadi, punca nya siapa? melayu jugak. kan?
kalau ye pun cerita yang dijaja tu betul, kenapa tak diperbetulkan saje keadaan tu? kenapa nak lebih memburukkan lagi keadaan?

aku bukan nak memperlekehkan bangsa aku sendiri. tapi tu lah, kita pun kena tengok pada realiti jugak. siapa tak marah kalau dihina. tapi handle lah dengan cara baik, cara yang boleh buat orang tukar impression negatif terhadap kita, bangsa kita, kepada lebih positif. bukan dengan cara jerit-jerit macam tu. tak ke lebih nampak.... errr. sila sambung ayat sendiri.


pssst : mengapa harus dipentingkan adat bangsa berbanding agama yang menjamin hari akhirat kelak?

Isnin, 3 Januari 2011

suke nyew!

 kalau ada yang perasan, sekarang aku dah ada header baru yey!!
setelah sekian lama mencari eader sendiri, pehh. header sendiri kata kau. terus feeling macam brand sendiri. haha.

tangan kayu macam aku, memang susah. tak berseni senang kata. buat ni nampak cacat, buat tu nampak tak kemas, buat itu ini nampak macam ada something kurang. nasib baik comel. errr.

kalau dulu, header pun buat guna paint je. tak ada photoshop kataa..
cari-cari tak jumpa, cari-cari tak jumpa, last-last malas nak cari. terus berserah. (padahal memang malas. :P)
dan sebab guna paint, dan diri sendiri pun tak kreatif, maka terhasihllah header yang sebegini comel yang gambar crop pun, berbentuk petak sebab tak ada gunting nak potong ikut line;

ting!


dan pada suatu hari, muncullah seorang yang bergelar seseorang telah menjadi mangsa keadaan sebab waktu tu aku sedang mencari seseorang nak mintak tolong buatkan header. lepas tu pilihan kedua, buat je contest buat header untuk blog ni. tapi nampak macam errrr. entah langsung tak jadi bila seorang yang bergelar seseorang ni bersetuju untuk buatkan header baru i yaww. dan terhasil lah ini;









ting! ting! ting! 
omel kan? omel kan? (refer tu gambar aku. bahahahahaha)

so lepas ni, kot-kot ada yang nak carikan header baru, nak ada photographer untuk shoot gambar kawin ke, boleh klik sini, tanya sendiri empunya badan.

thanks a lot ridhuan! :)

kot-kot ada yang nak cari jodoh try ke, boleh la tekan jugak. single lagi tuu. errr. (tetiba rasa macam agen pencari jodoh tapi jodoh sendiri pun on the way. ehhhh)


pssst : pagi-pagi dah tak ada air. kalau harapkan wifi je elok, tapi air dengan letrik cam hampeh, tak guna jugak. ibarat sama jugak macam, setakat ada cinta je, tapi tiada wang ringgit, kesetiaan etc, tak guna jugak. (i'm not being materialistic, tapi be realistic la sekarang.)



Sabtu, 1 Januari 2011

tahun baru

tiba-tiba aku rasa macam tak tau nak tulis apa dalam entry tahun baru. sebab, tahun hijrah ada ke aku wish?
memang lah wish tu hanya sekadar ucapan, tapi stilll jauh dalam hati aku ni, rasa bersalah sebab rasa lebih meraikan kalendar masihi berbanding kalendar hijrah. ok, call me nerdy. yes, i am.

dulu nak update entry pasal tahun baru hijrah, tapi tak ter-update sebab nak online tapi kalau lah siput tu boleh merangkak dan kita boleh buat lumba lari dengan line celcom broadband ni, memang sah-sah siput boleh menang walaupun time tu aku kat kl (memang time tu aku kat kl. sibuk berjalan lagi satu). jadi kaedahnya aku ambik penyelesaian mudah, dan the only solution pun hanyalah, jangan online.

malas nak tulis panjang sebab penat baru balik dari perasmian sukan fakulti. mula hari ni sampai 20 jan.
harapan aku, jangan lah ada berlaku peristiwa macam sukan semester lepas.

dan harapan macam biasa, semoga hari-hari yang bakal mendatang adalah lebih baik dari hari-hari yang sebelumnya. :')