Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Isnin, 30 Mei 2011

macam. yang memang comel.

hari ni jadual kerja bahagian store, thus boleh lah balik awal walaupun awalnya kena pergi awal. bertolak dari rumah dalam pukul6.45 pagi-punch card pukul7pagi balik pukul 3 petang. bukankah menyeronokkan? errr. takpe lah satu hari dalam satu minggu. tapi at least dapat balik awal, ok what. then boleh pergi cubit-cubit pipi budak nih,.

ini adalah teknik. 
letak baby di depan muka anda, buat macam muncung sikit, lalu boleh lah cover lemak bertaburan di muka. :P

tensi tengok muka sendiri macam !@#$%  T_____T


tapi lagi kesian tengok baby nih macam kesian je aku dukung macam kaku macam sakit je dia macam tak selesa je. 
ok, keyword hari ini adalah macam. 
:P larikssss. 

pssst : bukankah baby ini comel? tapi yang mendukungnya itu adalah lagi extra comel. hhaaaahhhhhhhhh. :P




Khamis, 26 Mei 2011

comel

ikuti perbualan di bawah dan jawab soalan yangg tersenarai. :P
sebenarnya pasal perbualan waktu adik  nak guna lappy aku, kitorang memang selalu berebut pun sebab lappy haku gatai ada gane counter strike siapa suruhhhh. T_T

tiba-tiba time dia tengah tunggu turn nak guna, he asked;

adik : eh, mu kenal dok sape yang nama 'awek paka' kat facebook?
aku : haa? sape? mane kenal. dok tau. 
adik : ada member aku kate muka mu macam muka dia. 
aku : ye dok? meh sini aku nok cari kat ane.
adik : karang-karang ah, aku nok guna sekejap. tapi member aku kate muka sebijik sama nok nok time ye wat muncung macam mu wat gok tu. 
aku : haa? mane? aku nok tengokkk.
adik : bagi aku guna luu. 
aku : eh, doh ye comey dok budok tu?
adik : comey ah. putih, bla bla bla. 
aku : ye?? DOH MU NOK KATE AKU COMEY AH NI?
adik : dok eh. dok lasung. =.='

haha. gotcha. kadang-kadang kita perlu putar belit ayat sikit je untuk dapatkan kebenaran. i wonder why kenapa adik aku taknak mengaku akan kebenaran itu. wakakakaka  :P

ok lah nak tido baru balik dari keje mengantuks harap-harap mata mahu lelap.

cakk! :P


pssst : selamat malam dunia. 

first night.

tonight ada lah first night keje shift malam. nak kata eksaited tu tak ada lah sangat sebab time datang tu dah ngantuk sikit-sikit. told ya, my biological clock baby pun kalah. sebab tu aku pun lagi comel dari baby. *tangan ke dada, mata ke atas*  :P

tadi semangat suruh adik hantar lappy datang stesen, lepas siap keje semua baru boleh on. sekali, tak ada password. tanya partner, akak lupa. lalu terkebil-kebil melihat lappy on sendiri dalam masa yang sama mengantuk yang hamat. nak tengok movie, tapi dah bosan. cane?
tadi nak tanya lah guard yang also cashier, tapi dia tengah tido lalu tak sampai hati nak kejut. lalu haku pun tido sambil partner layan movie.

dan tiba-tiba tadi terasa nak pergi toilet, balik-balik toilet tengok sang guard+cashier itu terjaga, lalu terus tanya password apa eh? lalu sekarang boleh lah hupdate se ayat dua. *tapi rasanya sekarang dah terlebih. errrr.

baiklah rasanya sekarang haku kena kembali bertugas. lalu aku rasa cukuplah buat masa ini dahulu.

dan sekarang, cubalah kira berapa banyak perkataan lalu yang ada dalam entry ini. :P

Rabu, 25 Mei 2011

kanser dan rawatan al-hidayah bersama ustaz lukman dan ashraff muslim

bila tengok entry agak-baru-jugak-la kat beautifulnara pasal ashraff muslim, hati jadik angau sendiri. pehhh. idok ler. gua tau pun dia tunang orang. :P

kalau tengok dalam gambar, ishh lain rupanya ashraff ni bila kita tengok depan-depan. hengseng itu sudah semestinya. tapi kalau jumpa depan-depan putih melepak kot. tak tau la kalau time tu lampu terang sangat ke apa, tapi stilll melepak habis.

it was a week ago, bilamana aku bawak ibu pergi pusat perubatan al-hidayah (darussyifa') kat kuala terengganu. aku tak tengok nasik lemak kopi o yang dekat tv9 tu, tapi ibu selalu tengok channel tu, thus dari situ tau yang dorang datang terengganu once in few months kot, ke once in a month. tak sure lah pulak, tapi yang si ashraff muslim dengan bakal apak mertua dia ni pegi ke negeri lain jugak lah kalau tak silap aku; melaka, sabah or sarawak, and also singapore.

sebab kalau dalam area pantai timur ni, dorang datang terengganu je, maka ramai gilaa orang okk. limit untuk pesakit yang nak undergo treatment dengan dorang adalah hanya 200 orang. tapi, nak tunggu tu punya laahhhh. kalau nak book appointment, u have to call at least 2/3 hari sebelum hari yang nak pergi jumpa dorang ni. nanti dalam call tu, dorang akan kasi kau no giliran, datang lah pukul berapa, so that nanti kau tak adalah tertunggu-tunggu sangat, boleh arrange masa sendiri, etc.

time tu, ibu dapat no 139. kitorang pergi waktu zohor, tapi waktu tu baru angka giliran no 50++. lama lagi okk nak kena tunggu. lagi-lagi nak rawat sakit masing-masing tu kadang-kadang bukannya sekejap, depends on sakit apa. kalau macam sakit biasa je, ok lagi, check-check, kasi ayat al-quran apa yang perlu diamalkan, sesi tanya-tanya sikit, ok dah. tapi kalau sakit yang libatkan iblis syaitan ni, tu yang kadang-kadang ambik masa sikit. kitorang tak nak lah tunggu dulu, so kitorang pergi tempat lain dulu, lepas solat isyak, pergi sana balik. itu pun baru no 90++. takpe, tunggu dulu, last-last sebab ada yang balik dulu, mintak no lepas tu dapat no 108. kiranya awal lahh. time tu haku macam neves lah jugak nanti nak jumpa ashraff muslim ni. cane?

last-last sampai turn kitorang, ashraff yang rawat ibu. ustaz luqman tu tengah rawat pesakit lain. time tu gua control jek. tak ada lahh nampak jakun ke hape sebab jumpa artis kannn. (kalau jumpa artis biasa tu gua tak efek pun, sebab dia ni macam bagus kann, itu yang neves lain tu. :P) tapi time tu dia pun letih agak nya, seriussss okkk.

ashraff : ye puan, puan sakit apa?
ibu : cancer...
ashraff : kat mana tu?
ibu : breast cancer..
ashraff : stage berapa? dah pergi hospital? dah operate?
ibu : stage 2.. tapi tak pergi hospital pun..
ashraff : ha? tak pergi hospital? kalau tak pergi hospital macam mana boleh tau? (time ni suara dia pun macam dah serius.)
ibu : pergi chec dengan homeopathy... time tu stage dua lah..
ashraff : takpe, kita chech dulu. puan dalam hati selawat, sebuat lailaahaillallah ye..

dia pun macam scan lah, u know, yang dalam perubatan islam. cara diorang lah kiranya.
few minutes later,

ashraff : puan bukan stage 2, puan. dah stage 3 ni. puan check hari tu bila?
ibu : emm.. dalam bulan 3 hari tu.
ashraff : menurut apa yang saya check ni, cell puan, yang aggressive punya. dan bermain dengan masa ni. jadi, puan boleh jugak pergi hospital dulu supaya boleh kurangkan sakitnya. saya bukan nak takutkan puan, tapi kalau nak diikutkan, cell tu dah merebak ke kelenjar.
ibu : taknak pergi hospital.. bla bla bla ( u know when people refused to see the doctors lagi-lagi bila dorang banyak dengar cerita itu ini pasal yang takut-takut)
ashraff : ok, takpe. kalau puan taknak pergi hospital. puan boleh teruskan dengan rawatan ni, tapi puan kena yakin lah dan takes time sikit lah. sebab kita hanya guna ayat-ayat al-quran.
ibu : *angguk
ashraff : untuk next appointment, kita akan datang sini lagi bulan 10 pulak. jadi, kalau puan tak kisah, puan boleh datang gombak sana lah. insyaAllah kita boleh tolong.

tak lama lepas tu, dia ada kasi ayat al-quran apa yang kena amalkan. u no need to bring pen and notebook untuk salin itu semua sebab dorang akan bagi on a piece of paper yang macam appointment card skali. lepas tu, pasal bayaran pulak, hanya perlu bayar rm50 sahaja, tak kira lah penyakit apa pun. tapi tak tau lah kat tempat lain macam mana. tapi yang aku pergi tu macam tu lah. and also, jangan lupa bawak air mineral, lagi banyak lagi bagus, untuk air penawar.

dah nak balik, tetiba si ashraff ni senyum pulak. pehh, meltinggg. :P

so, untuk ibu, dia ada kasi surah;
1. al-mukminum ayat 91-100, dibaca selepas solat subuh.

2. huud ayat 60-80, dibaca selepas solat maghrib.

to whom yang care, terharu bila dah lama tak bukak formspring, tiba-tiba bila bukak ada anon tanya pasal ibu. :') thanks.

kalau tengok physically, ibu macam tak sakit apa pun. macam sihat. kalau kau jumpa sekali, tengok nampak macam tak ada sakit apa pun. that's why kot some people macam tak percaya. tapi sakit ni, makin kita diikutkan rasa sakit tu, makin menjadi, thus kita kena lawan mentally. the breast yang tempat sakit pun, which affected both sides, left and right, alhamdulillah tak ada pecah bernanah ke apa. cuma membengkak. tapi itu lah kadang-kadang yang kita takut sebab tak nampak apa yang berlaku kan. but then, bila tiba masa dia, the breast akan jadik panas and akan jadik ruam biru-biru. kalau sebelum ni sebelum yang pergi ustaz ni, sampai kulit pun macam ada bintik-bintik merah and also biru-biru.

*gambar adalah tidak boleh disiarkan ye. hehh*

so we back to the topic. rawatan mana-mana pun, apa-apa cara pun, apa-apa sakit pun, kita kena ikhtiar. bukankah setiap penyakit ada penawarnya? :)

macam ada sorang makcik ni. tunggu turn skali dengan kitorang lah kan. dah 2 tahun teruskan dengan rawatan ni. ada tumor dalam rahim. 2 years ago, doc dah nak operate dah pun, tapi u know oldies yang memang kita tau kebanyakannya refuse to see doctors macam mana, terus lari dari hospital. bukanlah lari yang macam kau nak masuk olimpik tu, orang dah sakit tak boleh nak bangun, macam mana nak lari kaedahnya. means, mintak discharge lah sebab tak nak operate. then, anak dia bawak pergi jumpa ustaz ni, sampai sekarang, alhamdulillah, tumor tu dah makin mengecil. kuasa Allah, tiada siapa yang mampu menghalang daripada terus berlaku. asalkan kita yakin, kita terus berusaha, ada hasilnya. ye tak?

yang pasal hospital, yes my mum never been to hospital for the cancer check up ke apa. even aku dah cakap this and that. tapi still refused to. dan sekarang, besides than pergi rawatan hidayah ni, ibu jugak try cara homeopathy, try makan b17 and jumpa sorang haji ni yang sebelum ni dah banyak tolong pesakit cancer. macam mana eh nak cakap, guna ubat jugak, cara dia pun lebih kurang homeopathy jugak lah kot. i'm pretty sure, dan tak tau macam mana nak explain. hehe.
dan alhamdulillah, sekarang dah nampak makin sihat dah boleh buat kerja sikit-sikit, baking cakes and all that. tapi tak ada lah sampai kerja yang berat-berat sangat.
dan yang pasti jugak, makan minum jugak kena jaga. i'd asked people in medic punya bidang, most of them kata tak ada pantang and all that. tapi sometimes, kita pun kena jaga-jaga, kalau dah rasa badan tak selesa bila makan itu, cuba try kurangkan. aku tak boleh nak cakap lebih-lebih sebab i'm the one yang suffer untuk tanggung sakit tu, and aku tak study pasal ni. so, apa yang kita tengok, pengalaman orang lain yang kita dengar and tengok tu lah kita kena ambik tau. so that, at least kita boleh berjaga-jaga.



time ni dah pukul11 lebih. tapi still ramai orang. 
*gambar kat luar je lah yang mampu ambik. nak ambik gambar ashraff tu mmang tak dapat lah sebab kamera fon haku ni pun kepoh macam tuan dia nak bunyi tettt time snap gambar even dah silent kan pun. kalau slow takpe, ini takkk. nak kuat jugakkk.*

so, for next appointment, we gonna be in gombak lah pulak. setelah beberapa cubaan untuk buat appointment, last-last baru dapat. itu pun time 9th june kalau tak silap. ok lah daripada tak dapat langsung, sebab orang ramai okk yang nak undergo the treatment tu. 

semoga kekal berjodoh hingga ke akhir usia. :)
credit pic: beautifulnara


psssst : malam ni first time masuk kerja shift malam 12 jam. masuk keje pukul8mlm ni, balik pukul8 pagi esok. cuak ada, eksaited pun ada. wish me luck btw. :)

pssst pssst : i could say, after all the tests given by Allah till today, ibu is soooo strong. banyak dugaan, banyak ujian, she never give up. :'). lev u.

Selasa, 24 Mei 2011

at least.

i'm about to update since few days ago, tapi itu lah penat-penat sampai rumah fikir cuma hendak tido. zzzzzzzzz. life lately agak bosan, which bosan bukan sebab bosan kerja. i start to love what i am doing right now. the job, even orang kadang-kadang orang pandang rendah, lagi-lagi bila jumpa orang yang hidung tinggi tak boleh nak rendah-rendahkan, lagi lahh kau akan rasa dipandang rendahkan.

tapi the feel yang kau rasa kau hidup susah, buat kau rasa makin hendak hidup.
rasa susah yang kau tanggung, buat kau akan lebih menghayati dan menghargai erti hidup.
rasa susah yang kau lalui, buat kau akan lebih mudah untuk harungi kesusahan pada masa hadapan.
practice makes perfect. remember? :P

abaikann pasal tu, life sekarang adalah boring bilamana poket kering. bila poket kering, kau nak beli apa pun, fikir dua tiga kali. dan kerana poket kering ini, aku harap tiada jakunnya yang aku akan rasa once bila dapat first gaji atas usaha titik peluh sendiri. hiks.


get the content?


pssst : ___________________________.

Khamis, 19 Mei 2011

more.

why is it the more i avoid, the more it comes nearer?
the more i try to run, the nearer it chases me.
why?


it's not my fault anyway, tapi others yang terlibat. siapa suruh?
tapi sekarang macam mana gua nak lari lagi? sebab i just can't.



psssst : tajuk entry sekarang adalah seperti, asalkan ada word tu dalam entry, letak je kat title. hikss. :P

pssst psssst : can i have some space please? don't u think being single without a special-boyfriend is ________. just saying that i'm not ready for now. i just don't need boyfie, i just need a soleh husband. errrrr

Isnin, 16 Mei 2011

kes.

lately punya lah mim alip las nak update sampai tajuk pun satu perkataan je. bukan malas sebenarnya, tapi macam mana nak cakap eh.
balik rumah, dah ngantuk, lepas tu tido. ni kira ok lah sebab tak tido lagi, kalau tak, jadual tido sekarang adalah sama macam baby. kadang-kadang baby pun kalah. itu ok lagi, kadang-kadang aku pun lagi comel dari baby. ok fine. tipu je.

tapi tak kisah lah, main point dia,

nak update, tapi tak ter-update, lepas tu bosan tengok blog sendiri. *kantoi baca belog sendiri :P* <---- well, kalau bukan kita yang baca maka siapa lagi? kaedah dia sama je dengan prinsip, kalau bukan diri sendiri yang puji sendiri, dah tu siapa lagi? hiks

i wanna story mory more, tapi bila tekan kat new post, lepas tu tiba-tiba blank. lepas tu tekan close tab. lepas tu blur, lepas tu boring, lepas tu tido, lepas tu tengah malam terjaga sendiri sebab tido awal. dan sila rotate kepada kejadian yang sama. macam water cycle?

sekarang ni pun dah memang ngantuk, tapi paksa diri do something sementara tunggu baju keje siap dibasuh. ater, kalau tak, esok gua nak pakai baju apa? baju yang aku pakai cuci toilet tadi? idok lerrrr.

ok nampaknya mata sudah tidak dapat ditahan, mesin pula makin galak spin, dah nak siap nampak gayanya.

ok bye.


pssst : tak sabar malam lusa bos belanja main badminton yey!

dah lama tak snap gambar sendiri lepas tu rasa kekok. errr.

Khamis, 12 Mei 2011

short.

short sebab ye aku memang dalam kategori short. (sedar diri pun kannn  :P)
tapi bukan itu yang aku nak cakap, bukan kelemahan diri yang jugak kekuatan pada diri sendiri yang ingin ditonjolkan. kelemahan sebab yeah aku rendang, i knew it, memang gua sedar diri punnn. tapi kuat sebab gua sedar gua comel. aaaaaaaaaaaaaaaabaikan. :P

i wanna update more. tapi mood tak ada. lets just say, today is my bad day.
aku nak cerita, tapi whenever aku nak cerita, aku kena remember balik pasal kejadian hari ni which i really wanna forget.
aku nak cerita pasal banyak perkara yang lately bermain dalam fikiran,
aku nak kongsi pasal banyak stories,
tapi bilamana aku nak update, bila itu lah tiba-tiba jadi blur, tiba-tiba jadi malas.

aku sebenarnya mengantuk. tapi kat rumah sorang-sorang buat aku terpaksa tahan ngantuk. training jadi cashier rupanya bukanlah sesenang yang disangka. which bukan senang nak handle orang yang punya pelbagai kerenah, bukan mudah nak handle things yang kau tak sangka kau akan belajar semua tu, which are really meaningful. even menduga, tapi bukankah sangat bermakna?

baiklah, aku rasa aku tak nak cerita panjang-panjang sebab takut dipengaruhi oleh perasaan gua yang sedang bercampur baur.


pssst : esok start keje 12jam. mintak-mintak everything will be ok. mintak-mintak jangan ada shortage pasal flow duit. amiin. :)

pssst pssst : tension bila tadi timbang berat, dan memang seperti  yang dijangka, dan macam biasa, berat naik secara positif. haihhh.

Selasa, 10 Mei 2011

makan

aku perasan, since bila entah, lepas sukar hari tu kalau tak silap. laparrr je keje. itu belum masuk makan je keje lagi. tension tu memang lah tension bila tiap kali lalu depan cermin ke, tengok cermin ke, tertekan bila tengok diri sendiri.

tapi tiap kali selera makan membuak-buak, setiap kali itu lah i kept saying to myself, hormon tak stabil nii. tak pe nanti lepas period kurus balik. tapi masalahnyaaa, sebelum period aku makan banyak, waktu period aku makan double banyak, lepas period asyik lapar tak sampai hati nak seksa diri sendiri lalu makan seperti sebelum period, kaedahnya, macam mana gua nak kurus balik?

tapi masalahnya, kalau dalam sebulan tu gua rasa lapar macam nak period tu 30 hari dalam sebulan, agak-agak lah nak sedapkan hati sendiri pun, takkan lah gua period 4 minggu dalam sebulan kottttttttttt.

lagi-lagi bila dah start keje ni, rasa lapar tu bukan takat manjangg je, tapi double triple manjang. nasib baik lah gua keje dengan orang dan lagi bertambah nasib baiknya adalah gua sekarang adalah tengah pokai, kalau tak aku antara penyumbang terbesar jualan makanan itew (ok ini kalau dalam poket 1 hari rm100 hanya untuk belanja makan :P). poket kering habis sampaikan untuk aku nak beli makanan punn, gua kena fikir dua tiga kali lalu sanggup ikat perut. cuma bila murah rezeki, ada barang return atas sebab barang makanan tu hampir tamat tempoh thus supplier tinggalkan makanan tu tapi just ambik plastik pembungkus tu, lalu kami lah yang menghabiskan cheezels itu semuaa. rezeki orang kata jangan ditolak beb.
apakan daya, kat tempat keje gua tak makan, balik rumah terus menggagau cari makanan, tak kira, be it siang ke malam, sekarang, melantak tetap melantak. lapar tak boleh dibiar. tak gitu?

and also, kerja gua setakat hari ni, ok laa. that day, pengalaman best gila i tell u. 2 hari berturut-turut untuk promosikan minyak baru. primax 95 extra. i have to admit, aku bukan pengguna minyak petronas pun, due to some reasons. antara reason dia, kualiti minyak tu sendiri. aku tak tau lah betul ke tidak pasal kualiti minyak petronas yang ada tu tak seelok kualiti minyak shell ke, bp ke, esso ke. pernah sekali tu, ekzos kereta yang aku guna sekarang rosak. then hantar lah pergi bengkel. at one point uncle tu cakap, kalau u nak ekzos and enjin u tahan, u pakai minyak shell or esso. sebab petronas tak berapa elok. betul ke eh?
tapi tak kisah lah betul ke tidak, keje tetap keje, aku kena promot minyak tu and did some surveys dan jugak ambik maklumat peribadi untuk lucky draw kepada sesiapa yang layak. siapa yang layak? yang layak adalah to those yang isi minyak rm30 and above. dan untuk capai target aku kena cari customer supaya cukupkan 200 orang dalam masa 2 hari tak mudah sangat kot tekak pedih gilaa i tell u. tapi pengalaman dia, best. macam-macam jenis dan lagak orang yang aku boleh jumpa. ada yang sombong, ada yang sporting, ada yang gatal, ada yang excited bila dengar je contest.

haa, cerita pasal excited, ada customers yang mulanya isi rm10/20 je sampai sanggup isi lagi sampai cukup rm30. aku time tu toksah cakap la, lagi lahh excited sebab lagi sikit nak capai target. ngeh ngeh.
pengalaman lain setakat ni kat stesen minyak, kau akan boleh tengok ada budak asyik tenung bontot customer lain sebab mengancam sangat, couple yang salingg tipu menipu. etc. itu kita kata gelagat. hiks.

dan dalam banyak-banyak hari, hari ni yang paling letih sebab hari ni start traning kat cashier. gua ingatkan senang je duk dalam cashier, just kira-kira duit kaching kaching, namun rupanya bukan semudah yang disangka. dan walaupun sebelum ni badan sangat letih sebab cuci toilet, mop apron, whatsoever, namun sedarlah bahawa menggunakan tenaga otak dicampurkan pula tenaga badan adalah lagi letih. aku harap hari ni je yang macam penat dan lambat buat keje, dan banyak buat silap. hope, tomorrow will be better. amiinn. :')



pssst : i really dun get it bila bos selalu gurau-gurau kata aku ada banyak skendal. tau lah bos boleh tengok kitorang keje thru cctv, even kalau bos ada nampak saya senyum-senyum ke, bukan sebab saya nak ngorat, bos. saya cuma nak tarik customer je. lariksssssssss. (tapi betul-betul tah faham lahhhh. haih)

pssst pssst : betul-betul craving for pizzas. see, selera dah mai dahhh. :P

ok bai, esok keje pagi kena bangun awal sebab esok nak pergi keje naik beskal, dengan harapan peha boleh mengecik dan boleh kurus secara keseluruhannya. 


Jumaat, 6 Mei 2011

syukran.

tadaaaa!! (tetiba tadaaa tak tentu pasal. :P)

it's fun actually buat part time kat stesen minyak. bagi aku yang tengah pokai ni lah. yeah, mungkin the salary tak ada lah like yang orang lain idamkan. but u know, the experience tu boleh tahan penting, boleh tahan best. bagi aku laa. ada yang best, ada yang tak best. adat lah. bila fikir-fikir balik, tak ada lah malu sangat pun keje kat stesen minyak, cuma tu lah, kadang-kadang aku rasa jadi malu bila the customer tu yang pandang macam hinaa je. errr.

tapi sepanjang minggu pertama ni, setakat ni aku dah rasa macam minggu orientasi time sekolah-sekolah dulu. kena buat itu ini. tapi tak kisah pun, sebab kalau duduk rumah saje-saje pun bosan jugak, dari duk melanguk camtu je, better do something kan? kalau nak harapkan blogging ni, i dun really blog for money, kecuali yang aku jual contact lens tu la. tak ada lah nak tunggu duit nuffnang je, koser pulak akuu. lagi-lagi bila kawan aku ada pertikaikan hasil duit tu kita tak tau halal ke haram. kita tak tau macam mana sistem dia, status halal haram dia. tapi itu lah, still letak lagi banner nuffnang nye. :P


Day 1 
sampai-sampai dah la lambat 4 minit, lepas tu pulak terus kena cuci toilet. i dun really mind pun kena cuci toilet. tapi aku kisah la jugak sikit-sikit bila tang kena masuk toilet laki. bau dia menyengatt. opss. at least ok apa, bila lagi nak masuk toilet laki ye tak? :P
kiranya for this week, aku kena buat keje kat semua bahagian even though aku mintak nak keje bahagian cashier. kau hingat senang nak masuk cashier terus?? nehi nehi. cuci toilet, cuci longkang, mop bahagian luar kedai (pantry), mop surau, mop toilet so that toilet always look bersih. stesen minyak yang tempat aku keje tu sangat-sangat pentingkan 3 perkara; toilet bersih, surau bersih, dan pantry bersih. mula-mula punya penat, usah dikata. aku yang susah nak berpeluh ni pun, tetiba peluh mencurah-curah. tak selesa tu usah dikata. peluh kann. tapi lama-lama ok je, bila kau dapat team yang boleh join, yang buat lawak bla bla bla.
tapi paling best hhari tu adalah time dipping(kot?), which is, kau measure berapa balance minyak dalam tangki. macam mana eh nak cakap, kalau korang perasan kan, kalau pergi stesen minyak, ada kat jalan yang depan tu ada macam lubang-lubang tangki najis. ada tak? actually, tu bukan tangki najis, tapi tangki minyak. seronok! masukkan data for receiving barang-barang jualan dalam kedai tu macam biasa lah, scan guna PDT, tapi still, bila aku tak pernah buat benda tu semua, aku jadi jakun. ngeee.

sepatutnya, that day, aku kena jaga bahagian pam jugak, belajar. tapi sayangnya, kasutku bukan berwarna hitam. maka, tidak dibenarkan keluar. aaaaaaa. di situ amat mementingkan uniform okkk. that was my first mistake lah, then the second one would be buat waffle tapi tak jadik sebab waffle melekat kat sarang dia. and what do u expect from orang gelabah macam aku would do kalau benda macam tu jadik? gelabahhhh laa. apa lagiii. :P

pasal customer, u'll see macam-macam gelagat, macam-macam kerenah. ada yang berlagak, ada yang baiik, ada yang terlalu ramah. lalalala.

so, that was how my 1st day been going through. overall, ok la. quite best. pergi pukul 8 pagi, balik pukul 5 petang. malam tu tido, bangun pagi sakit-sakit badan. badan ai manja macam baby. almaklumlaaa. :P

alhamdulillah.


Day 2
jadual kerja aku sekarang, selang seli. kalau hari ni aku kerja shift pagi, esok nya pulak akan keje shift petang pulak. kiranya 2nd day aku keje, aku keje shift petang lah. start pukul 2.30 petang, balik pukul 10.30 malam. tapi kenapa eh aku rasa keje shift pagi lagi rasa macam sekejap to compare keje shift petang? zzzzzzzzzzzzz.
dan hari kedua ni, aku start jaga bahagian pam. kaedah macam layan diri, tapi bila ada orang jaga kat pam, lagi-lagi time waktu kemuncak, ada orang jaga pam tolong isikan minyak adalah lagi cepat.
kalau diikutkan, untuk isi minyak kereta tak ada masalah bagi aku, sebab dah terbiasa kan bila kita isi minyak kereta sendiri. cuma akan jadi masalah bila kena isi full tank lah. dan masalah terbesar adalah bila kena isi minyak motor. the biggest problem lah tu. satu,sebab tak biasa. dua, memang tak tau nak agak lagi-lagi bila minyak tu tetiba nak terkeluar.
so, aku beranikan lah diri isi jugak minyak motor, kata sahut cabaran bos yang aku boleh je buat keje. sampai la, at one point ni, ada sorang pakcik ni. dia naik motor yang macam RXZ tu. tapi kau tau lah kan, kalau isi minyak motor macam tu, tak payah turun dari seat pun takpe. and pakcik ni memang tak turun pun. and aku pun angkat nozzle, tapi aku tak tau yang tnagki motor dia tu besar tak macam motor-motor biasa. aku tak ada lah masukkan nozzle tu ke dalam sangat, just sikit je lah. dan tiba-tiba minyak tu terkeluar, lalu terkena jaket dia yang mahal itu. aku time tu memang cuak gila, aku cakap sorry banyak banyak kali. and also saya mintak maaf sangat-sangat. pakcik tu marah, tapi tak ada lah sampai maki-maki aku. dia just diam, dan cakap it's ok dan dalam masa yang sama muka bengang. apa kau rasa kalau kau duduk kat tempat aku?

well, that's what we called experience. and we learn from mistakes. aku harap lepas ni tak ada lagi berlaku macam tu. :(

tapi selain kejadian tu, aku boleh kata happy je time keje. setakat ni laa. maybe baru lagi, so semangat tu still berkobar-kobar. tapi harapnya tak lah.

alhamdulillah.


Day 3
hari ni, pagi-pagi dah start gelabah, sebab aku lupa yang sepatutnya aku masuk keje pukul8 pagi. tapi macam mana entah aku boleh ingat hari ni masuk pukul 7.30 pagi. aku ni punya lah gabra takut lambat lagi 7.25 aku gerak dari rumah. perjalanan nak sampai sana ambik masa 5-6 minit  jugak naik kereta, dan sampai-sampai je sana, aku terus lari laju-laju pergi punch card, lalu frust bila tengok masa tercatat pukul7.31 pagi, lewat seminit. time tu aku tak tau lagi aku lambat. then tiba-tiba kak nurul kata, awalnya hari niii. i bet dia perli ke apa, lepas tu tiba-tiba teringat, ha ah la kakkkkkkkk. saya hari ni sepatutnya kerja pukul 8. tapi ok lah kan, better than kalau aku lewat sampai. ye tak?

alhamdulillah.


sekarang, aku dah mula faham
betapa kita perlu bersusah payah to earn money.
betapa kita perlu berusaha untuk dapatkan sesuatu.
betapa kita perlu hormat orang lain.
betapa kita tidak patut untuk menyombong, membongkak membangga diri.
betapa pengalaman itu sangat berharga.
betapa kesusahan yang dilalui itu sangat manis di penghujungnya.
betapa kita yang muda ni memang patut guna sepenuhnya masa untuk mencari rezeki.


"bekerjalah kamu seolah kamu akan hidup seribu tahun lagi, dan beribadatlah kamu seolah kamu akan mati pada esok hari"


psssst : makin keje aku sangkakan akan jadi makin kurus, tapi malangnya lapar sepanjang masa. aaaaaaaaaaaaa how? how?

psssst pssst : tension bila seluar dah bertambah 2 saiz. 

freshlook honey

Khamis, 5 Mei 2011

day 1.

rasanya, dalam banyak-banyak perkara, hari pertama u do something yang banyak bagi kenangan kot. sebab hari pertama, ada kerja yang kau tak pernah buat, lepas tu belajar dan buat. feeling waktu day 1 adalah tak sama dengan hari-hari seterusnya. pendapat aku laa. pendapat orang lain, aku tak tau. 

dan dan cerita pasal pendapat sendiri about day 1 sebab nak cerita pasal pengalaman first day start keje. (told ya, pendahuluan gua sangat teruk okk. dulu buat karangan masa yang paling banyak diambil adalah masa untuk create pendahuluan. T_T)


i wanna update more, tapi penat.i mean mata yang penat. esok keje shift pagi, harap boleh cerita pengalaman yang aku lalui setakat ni.

ok bai.


psssssst : kesian budak-budak selalu kena marah time tusyen pagi tadi.

Rabu, 4 Mei 2011

contact lens fever.

fever ke?
gimik ni kadang-kadang perlu untuk tarik minat orang untuk melihat.

ok, kita letak contoh. letak? kita lihat contoh.
cuba kau tengok kalau ada orang update entry baru, lepas tu tajuk bla bla bla (18sx). tak ke berduyun yang klik. dasarrrr. (tetiba emo) :P

kita berbalik kepada pelan asal, pasal this contact lens thingy, aku dah update baru pasal contact lens, pasal penghantaran macam mana, cara nak bayar macam mana. so, untuk tahu lebih lanjut, sila tekan sini.

terima kasih.
terima kasih sebab lihat.

dan terima kasih tak terhingga kepada customer yang membeli. :)  ---> kalau ada nak komen pape ke, tak puas hati ke, boleh hantar komen ikhlas anda ke email saya. :)

terima kasih, terima kasih.



pssst : today's first day, banyak yang belajar perkara baru. :)

Selasa, 3 Mei 2011

hidup.

perjalanan hari-hari sepanjang cuti sukar diceritakan. bukan sebab hidup ini terlalu complicated ibarat nak larutkan minyak dengan air memang sangat rumit lalu memang takkan terlarut sebab minyak akan sentiasa berpecah dengan air. errr.
tapi adalah disebabkann hari-hari pun benda yang sama, sampai diri sendiri naik bosan. asyik makan yang akan diakhiri dengan tido, tido yang akan diakhiri dengan makan lalu bosan dah tak tau nak makan apa, sungguhpun perut selalu mengetuk pintu perut. macam mana kaedahnya perut mengetuk pintu sendiri? sila abaikan.

maka, hari ni juga hari berjalan seperti biasa. cuma agak lain macam setelah menghantar borang permohonan kerja semalam. dalam fikiran, mungkin bos akan call panggil kerja. well, u know me. pagi-pagi dah ajar budak-budak datang belajar, tambah lagi ada budak yyang tak nak dengar kata sikit, lalu fatin yang sopan santun ini bertukar wajah, wajah yang seperti garang lalu tinggg terlupa bos akan call. (kenapa time lupa kena tinggg.?)
sedang diri tengah marah ajar budak-budak cari word dalam dictionary dan marah jugak budak sedang menulis abc, tiba-tiba bos call.

datang interview pukul 10. 


diringkaskan je lah. jam dah tunjuk pukul 9.45, tapi gua belum mandii lagi. apa pun belum. cuma marah pagi-pagi itu je dah. aku garang okk. :P cuma depan mak-mak je aku sopan. errr. ok tak. sentiasa sopan je. lalala~
this is first time ever aku kerja dengan orang, dan jugak buat pertama kalinya aku pergi interview macam ni even orang nak kata ala, kerja stesen je pun. tapi itu lah, prinsip aku, tak kisah belajar tinggi mana, tapi apa-apa pun kena mula dari bawah. sebab pengalaman tu penting, sekarang bukan senang macam dulu nak dapat kerja even kau grad pointer tinggi gila kot. well, u know, orang pandai ramai kot sekarangg. lagipun, dari kau duduk melanguk je kat rumah tak buat pape, tak dapat income pape, baik keje, ye tak? tak kisah lah, tapi kaedahnya tak kisah lah kerja apa pun, kalau dah namanya ni first time aku nak kerja dengan orang lain, gugup dia lain macam. alah, aku ni apa pun nak gugup. lain macam tak lain macam tu belakang kira, kalau dah namanya gugup, nak lain yang macam mana lagi? :P

time interview, memula neves gilaa. cakap gagap-gagap. tapi lama-lama tak lama lepas tu dah ok, dah boleh act macam normal. dah boleh handle the interview. bos gua best okk. siap speaking dah macam interview nak keje betul-betul dah. bos dulu kerja dengan kementerian pelajaran, he was one the panels yang kena interview cikgu-cikgu for sekolah bestari waktu sekolah bestari baru dalam printis. bos muda lagi kot. both husband and wife baik. kiranya dorang betul-betul nak tolong.
lepas introduce diri sendiri, bos tanya,

tak malu ke nak keje kat stesen minyak??


i was like. err, ok je. tak kisah pun, at least pengalaman tu penting, nak kata malu tu, kita kena overcome sendiri lah. sebab dulu time semester 2 punya cuti, aku keje jual air jambu tepi jalan kat budak-budak sekolah. kalau nak kata malu, time tu memang agak malu, sebab first time. lagipun, jaga gerai pun sorang-sorang. so, sekarang macam dah tak malu sangat kot. well, kita tengok lah esok macam mana. errr :P

lama okk kena interview tadi. bukan lah interview sangat, tapi more kepada denar pengalaman bos gua. dulu time cuti-cuti semester dia pun keje stesen minyak, time belajar dekat uk pun dia buat part time. dia kata kita pelajar uni ni sepatutnya tak payah malu. lagipun dia tengok sekarang ni pelajar-pelajar uni tak reti nak adapt, tak reti nak buat keje-keje macam ni. tak pasal-pasal aku kena cabar, dia nak tengok sama ada aku boleh keje ke tak. aku sahut cabaran tu. we'll see nanti macam mana. ganbate!

bos kata lagi, sekarang budak-budak pandai dah ramai sangat. so, pengalaman tu yang penting. sekarang, bila part nak cari kerja, pengalaman lagi berharga dari pointer yang kau dapat. bos kata. aku tak tau la betul ke tak. tapi itu lah, aku rasa depends pada skill yang ada kot. emm. banyak lagi sebenarnya yang dia cerita. tapi some kena keep it, some boleh share due to sensitivity of the topic lah. haha. tapi basically, overall of the discussion lah senang cerita, segan pulak nak kata interview, kang orang kata keje tak semenggah pun, tapi cakap macam nak gah. aaaaa. sentap!
sama lah macam keadaannya bila i told my friend pasal aku ada applied nak keje kat stesen minyak. lepas tu terus dia tanya, 'stesen minyak?' ---> with kind of mimik yang kau pun rasa macam..... errr, faham-faham sendiri lah ye. well, at least aku boleh belajar macam mana nak survive even dalam keadaan terumbang-ambing lah jugak sekarang. that time ada lah jugak rasa down sikit, tapi lama-lama tak kisah dah.

at least, aku boleh belajar macam mana nak hidup bila waktu tu aku tengah susah ( i am really susah okk sekarang, tak ada duit belanja langsung. malu lah nak mintakkkk banyak kali ), dan aku boleh belajar untuk bermula dari bawah. mana tau one day, ada rezeki aku. amiinn... ;)

errr, ok lah nak kena tido awal. esok nak kena bangun awal.

ya, sudah bertambah berisi sekarang. segalanya ketat. 
diharap, apabila bekerja nanti dapatlah turunkan berat badan sikit. haih.

dah macam mak budak. tapi kesian betul baby ni.
aku belajar macam mana nak pegang budak umur 3 bulan ke bawah. 
takut je nak pegang. time ni baby tengah lembik kan. takut je kalau jadi pape kangg. 
ok, rasanya sekarang dah boleh kawin. larikkkkks. 


psssst : muka haku muka macam hade boifreng ke?? tanak lah ada boifreng, nak kawin terus. LARIKKKKSS. :P

psssst pssst : jangan sesekali tanya pasal gaji bila employer tanya any question? aku dah kena tadi okk. mana aku tau tak leh tanya. sebab they all pun tak tau kerja kita macam mana. so, tak manis untuk kita tanya pasal basic berapa. belajar dari kesilapan. =.='

Isnin, 2 Mei 2011

confused.



how i hope i can run from this situation. 

ps: gambar adalah tiada kaitan ye. :)

biarlah YM berbicara

dah lama okk tak baca novel. tapi tak ada lah sampai setahun, mungkin dalam 2,3,4, 5 bulan macam tu lah. tapi sebab sekarang pun rasa macam bosanggg gila, online dah bosang, tengok tv pun dah bosang, dengar lagu pun kadang-kadang bosang, kadang-kadang tidak. nak keluar pergi jalan-jalan, kat luar panas. kalau tang panas lepas tu masuk kedai ada aircond, tak pun lepak kat mall ke, kira consider lagi. tapi sekarang, poket gua kering, gua memang pokai habis, dah tu, macam mana gua nak keluar pergi jalan-jalan? kalau bayar barang, minyak kereta, pakai air liur ke, pakai daun ke, tak pe lah jugak. tapi sekarang, mana gua nak gagau duit?? grrr. 

dan kesudahannya, pinjam novel adalah antara langkah yang bijak, walaupun tak berapa nak bijak. 
bijak sebab boleh hilangkan boring. tak bijak sebab kerja lain semua tak jalan, nak habiskan novel cepat-cepat punya pasal. 


padahal novel ni dah lama published kot, kalau tak silap dah 2 tahun lepas, tak pun tahun lepas. kalau tak silap lah. 

komen aku, jalan cerita dia ok lah. aku suka penggunaan bahasa dia. sempoi dan ada lah lawak-lawak, dan cerita ni tak ada nangis-nangis. tapi tak tau lah kalau aku yang susah nak nangis cerita ni. kiranya yang aku boleh baca. sebab ada jugak novel yang aku tak boleh nak baca sebab cara penyampaian dia tu tak berapa nak masuk dengan aku. well, different people have different opinions, right?. :)
cerita novel ni, kita boleh agak jalan cerita dia macam mana. orang kata, cliche. hehe
1. perempuan tu anak angkat tapi lama-lama dapat tau yang family betul dia ada tinggalkan company untuk dia. tak pun, ada pengarah ni percayakan dia lalu bagi company tu untuk dia. 
2. heroin cerita jadi tomboy sebab trauma dengan lelaki. 
3. heroin orang susah, tapi jatuh hati dengan orang kaya. rasa rendah diri, sedaya upaya elakkan diri daripada hero tapi last-last kawin jugak. 
4. hero ada affair dengan orang lain. 

bla bla bla. 

ada suggestion tak novel apa lagi yang best? harap aku boleh cari lah tapii. sebab kalau aku nak beli tuu.... errrrr. 

ok lah nak tido, bye. 




psssst : belum masuk sebulan lagi pun, tapi dah bosangggggggggg. esok semua borang permohonan kerja mesti hantar, fatin!