Sabtu, 27 Ogos 2011

hati hati



kerana manusia itu sifatnya rambut sama hitam, namun hati lain-lain.
dan kerana itu kita perlu berhati-hati.


psssst : sebenarnya banyak yang nak update, tapi kekangan masa membataskan.

pssst pssst : pantasnya masa berlalu, ramadhan hampir meninggalkan kita. sedih. :'(

Rabu, 17 Ogos 2011

pandai

dulu, one of the hot-est topic time sekolah rendah selain daripada wow atlet sekolah yang laki tu hengseng lah, yada yada, dan tidak lupa pandai juga menjadi topik. topik yang macam mana?

1. sila hantukkan kepala anda dengan kepala rakan yang pandai
yang ni aku rasa memang tak logik gilaaa. time rasa ni time dah besar cun anggun ni la sebab time dulu innocent lagi. orang kata kalau dah terhantuk kepala kena hantuk sekali lagi sebab nanti otak tertukar, lepas tu kalau orang yang tak berapa nak pandai macam haku ni terhantuk dengan orang yang pandai, kira macam beruntunggg sangat lah sebab konon nanti boleh jadi pandai macam orang tu. tapi dah tentu orang yang pandai tu nak hantukkan balik kepala dia dengan kepala aku ni sebab, helllooo siapa yang nak jadi tak berapa nak pandai?? oleh sebab itu, bila budak pandai ni terhantuk dengan budak yang dorang rasa macam dorang lagi pandai dari budak tu, hape lagi lepas tu hantuk sekali lagi so that otak yang tertukar itu pergi balik ke tuan empunya. boleh?? aduhai, itu kita panggil innocent. haha.tapi dah tu, dah asyik hantuk hantuk kepala, bebal jugak kanggg. entah siapa lah yang start buat ideologi macam tuh, ideologi yang membuatkan orang yang desperate dan innocent dan gemuk tapi comel boleh lari laju sikit macam haku ni untuk terpengaruh. aaaaaaaaa.
 ni waktu darjah 6. seriusss gemsss gila. 
everytime aku tengok balik gambar ni pun rasa macam nak picit tang daguu tuuu.
orang kalu buat minyak dagu tuh mau dapat minyak banyak gilaa sebab lemak kat situ pehh boleh kaya.
sebab tu la dulu tak ada  orang nak. (bunyik macam sekarang ada orang nak. padahalllllll. =.=')
pathetic sungguh.


2. tanda-tanda orang pandai
ini antara yang paling hot. antara tanda-tanda orang pandai yang selalu jadi topik perbualan adalah;
a. mata hitam besar.
b. rambut tebal
c. dahi luas
tak boleh blahhh okkkk tanda-tanda tu. lepas tu mula lah, aku ni duk meroyan tengok aku ada tak ciri-ciri orang pandai yang tersenarai. cari pulak tak agak-agak, everytime bulan puasa, baca surat khabar tak pernah nak missed. tak pernah missed tengok page ucapan hari raya salam perantauan tu je tapi. sebab nya bukan nak tengok ucapan dorang sangat pun, tapi sedaya upaya telek muka masing-masing yang berlajar kat oversea nun tengok dorang mata hitam besar ke tak, dahi luas ke tak. lepas tu haku terhegeh-hegeh pergi tengok cermin tengok ada ciri yang sama ke tak. kalau tak ada, lepas tu frust sorang-sorang. macam desperate gilaa nak jadik pandai, tapi malas belajar. zzzzzz.

malu sendiri okkk bila teringat zaman sekolah rendah dulu. macam hape-hape entah. nasib upsr dapat 5A. itu pun orang kata rezekiii.



aaaaaaaaa, dah lewat nak kena cuci toilet!
ok bye!

pssst : semoga usaha kita diberkatiNya. :)

Selasa, 16 Ogos 2011

janji

 
 
 
"Berdosa hukumnya bagi seseorang yang dah berjanji untuk berkahwin dengan seseorang yang lain...tapi tak tunaikan janji tu. Sebab manusia ni hidup dengan HARAPAN and bergantung pada janji.... "

Isnin, 15 Ogos 2011

hargai.

dan sepatutnya aku menghargai setiap apa yang ada,
setiap moment yang berlalu yang mana membawa seribu erti dan kenangan,
yang mana setiap moment yang berlalu itu bisa membuka fikiran dan mematangkan jiwa, menunjukkan setiap yang berlaku itu tersembunyi hikmah yang pasti ditemukan kebahagiaan pada lewat waktu.

tetapi mengapa hati seakan degil dan tidak mengerti,
bahawa sabar dan tenang itu kelak akan lebih membahagiakan jiwa?



psssst : nak upadate banyak sangat cerita itu ini, tapi masa seakan terkekang dek keletihan yang melampau saban hari. semoga semuanya baik-baik saja. :)

psssst psssst : lewat atau cepat, kebahagiaan itu pasti datang. usah sedih, Allah tetap ada. :')

Ahad, 14 Ogos 2011

rokok




"harga rokok : RM10 (sekotak) x sehari
jumlah tahunan : RM 3650
tempoh Merokok : RM 3650 x 5 tahun = RM 18250

maka.. orang-orang yang merokok WAJIB MENUNAIKAN HAJI DAN UMRAH kerana lebihan harta mereka yang selama ini disia-siakan dan dibakar."



Sabtu, 13 Ogos 2011

hati sakit sakit hati

maka untuk orang yang buta untuk godek-godek laptop yang mana hanya tahu menggunakan dan mungkin juga merosakkan adalah sangat menyakitkan hati bilamana lepas format laptop maka banyak benda nak kena install.

I HATE U VIRUSSSSSSSSSSSS.

Rabu, 10 Ogos 2011

promosi sempena ramadhan dan hari raya.

teringat tahun lepas, time matrix, bila masuk bulan puasa je, aku dengan wan masing-masing nak pastikan parut jerawat hilang supaya nanti tampil cantik menarik bila tiba hari raya. oh well, siapa yang tak nak nampak cantik, kan? lagi-lagi time hari raya. usah dikenang bayang pasal hari raya. raya lambat lagi, fokus ramadhan dulu supaya ramadhan kali ni menjadi ramadhan yang lebih baik dari sebelum-sebelum nya. :)

maka, bersempena bulan mulia, bulan ramadhan which kita akan jumpa sekali setahun sahaja, yang mana dalam bulan ni je kita akan berterawih, dalam bulan ni je ada bazar ramadhan, dalam bulan ni antara paling obvious nya kita sama-sama ambil peluang untuk lebih dekat dengan Allah dengan memperbanyakkan amalan, dalam bulan ni je dengan obvious jugak duit banyak dikeluarkan dari akaun bank lantas dibelanjakan beli baju cantiks. fuh banyak nak kena list satu-satu.

dan tidak lupa, dalam bulan ini jugak akan ada promosi pembelian contact lens. maka, boleh lah pilih secara banyak? mengikut kemampuan dan keinginan masing-masing.

1. by hand.
to those yang tinggal dalam area paka, dungun, kerteh or mana-mana yang rasa nak ambil by hand contact lens yang korang order, dipersilakan. which harga adalah tidak termasuk pos,
yang mana bagi;
Freshlook dan freshkon - RM 40 sepasang. 
Bionics                            - RM 38 sepasang
Blincon                            - RM 43 dan RM 55 sepasang

2. pembelian lebih dari sepasang
kepada siapa-siapa yang buat pembelian 2 pasang dan ke atas, diskaun sehingga 15% disediakan!

thus, kalau nak order, order yang ingin dibuat dalam bulan ini hendaklah dibuat 5hari sebelum tempoh korang nak terima lens korang tu. ok?

dan macam biasa, sertakan nama, alamat, no telefon, power berapa, warna dan brand yang korang nak.

selamat membeli! :)






Sabtu, 6 Ogos 2011

mimpi

dan yang hanya termampu hanyalah mengharapkan semua yang perit pahit itu sekadar secebis mimpi cuma,
bilamana bangkit dari pembaringan mati yang cuma sebentar itu,
segalanya kembali normal.

tapi semua itu sekadar harapan dan mimpi anak kecil bukan?


ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui, Engkau Maha Mendengar, Engkau Maha Memberi.



pssst : kadang-kadang Allah bagi ujian dalam kesenangan dan kadang-kadang dalam kesusahan. semoga hati terus kuat. :')