Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Jumaat, 30 September 2011

resah

rasa nak buat entry ni sebagai sticky post. agak-agak nak baca entry baru, cer scroll bawah sikit. itupun kalau ada. :P

Dan kebelakangan ini hati kian resah dipagut dosa lalu yang semakin menghimpit diri
betapa hati semakin gusar memikirkan
bagaimana kiranya keadaan matiku nanti
bagaimana kiranya keadaanku dihisab kelak
bagaimana kiranya hati ini rapuh untuk menuju ke arah kebaikan?

ya ALLAH,tolong lindungi aku

Ahad, 25 September 2011

rimas.

dan sesungguhnya saya sekarang rasa macam serba tak kena. rimas dengan keadaan itu yang sememangnya merimaskan. usah didesak akan perkara yang sememangnya takkan menjadi nyata, usah ditanya perkara yang berkaitan akan perkara itu kerana perkara itu sememangnya sudah lupus dibawa angin. mudah dan tidak payah. ya, itu hikmah.

kadang, susah jugak bila berkias tapi orang tak paham-paham. sebab tu lagi prefer cara mat saleh kot. senang terus terang. tapi kang dikata tak beradab. tapi takpe lah, sebab blog ni pun public, kena la jaga jugak aib orang, kan?



pssst : ya, saya fatin syahirah. ada apa-apa yang boleh saya bantu?

Selasa, 20 September 2011

cerita

ada suatu cerita,
yang adakalanya mudah untuk diceritakan,
adakalanya pula lebih baik didiamkan saja tanpa disuarakan,
lalu memberikan ketenangan yang tiada disangka yang bisa menyinarkan bahagia yang mungkin lewat tiba.

ada suatu cerita,
yang mana adakalanya pahit untuk ditelan,
adakalanya pula manis yang tiada tandingannya dengan gula,
lalu kita bisa berfikir akan baik buruk setiap yang berlaku,
lalu dijadikan pedoman dan kenangan agar yang buruk itu takkan pernah berulang dan yang manis itu kekal dalam kenangan.

ada suatu cerita,
yang mana dalam cerita itu,
kita dapat mengenal karakter-karakter yang wujud,
kita dapat membezakan setiap wujudnya manusia itu yang mana pada zahirnya sama sahaja,
kau ada hidung, aku juga punya
dia punya mata, aku juga ada,
dia ada mulut, aku juga punya
namun dia punya hati tiada pernah siapa pun tahu apa yang tersirat di dalamnya
samakah hatinya yang aku juga punya?
dia bohong, dia tipu,
tapi sedarkah aku yang aku ini sedang diperdaya?

ada suatu cerita,
yang kadarnya kita hanya mampu berdoa dan berusaha untuk sentiasa punyakan kejayaan,
yang kadarnya kita hanya mampu berharap agar setiap langkah yang tersusun itu punya kebaikan yang tersembunyi,
sampai bila aku mahu bersembunyi di sebalik ruang gelap yang suram itu?


kita semakin dewasa, seharusnya ada development untuk diri sendiri *tetiba*

dan semoga setiap duka yang berlaku, dijadikan pengajaran, menguatkan semangat yang tersedia. :)

pssst : lusa hampir tiba. tapi satu apa pun belum packing. zzzzzzz

Ahad, 18 September 2011

tidur

antara perkara yang paling aku tidak gemar, atau lebih kepada perkara yang dibenci (?), adalah tak boleh tidur. bertukar tempat tidur, mungkin? dalam tempoh yang hampir masuk 2 minggu ni, bila dihitung kira, baru 1 malam yang betul-betul aku boleh tidur nyenyak tanpa terjaga. atau kalau nak lebih mudah faham, sleep like a baby. (hah, tak habis-habis dengan baby kau. :P)

tapi, serius. selebihnya hari-hari lain, adalah tidur yang boleh dikatakan tidur-tidur ayam sahaja. dah lah susah nak tidur, lepas tu bila dah sedap tidur tiba-tiba terjaga. kalau bila dah terjaga tapi boleh sambung tidur tu, lain lah. kira tak ada lah masalahnya. tapi kalau kekdahnya dah terjaga tapi tak boleh nak tidur dah, itu bukan sahaja masalah tapi juga menekankan jiwa. tertekan? yes, exactly.

spesis penakut macam haku, bila dah terjaga, tengok pulak keadaan sekeliling semua orang dah tidur, lepas tu keadaan gelap, tak lain dan tak bukan adalah fikiran melayang-layang tanpa arah tuju. dan semestinya kebanyakannya berkisarkan pasal h.a.n.t.u. ish, setan je semua tuh. tapi but hey, kadang bukan tu saja, kadang perkara yang tak sepatutnya fikir pun kadang terfikir. sungguh !@#$%%^. tapi itu lah, bak kata ibu, dah terjaga tengah-tengah malam tu, jangan dipersiakan waktu begitu sahaja. grab the chance to get closer to Allah. yeah, i'm not good either, tapi apa salahnya kita try berubah ke arah kebaikan. takkan selamanya nak stay dalam keadaan yang macam tu, umur kita bukan makin muda, ye tak?

You will never know the true value of the moment, until it becomes a memory.
 
 
 
 
psssst : is trying hard.

Jumaat, 16 September 2011

balik

hari ini hari jumaat. hari jumaat banyak kedai yang tutup. hari jumaat buat saya tercari-cari mana kedai yang buka. err, i mean kedai makan. kerana saya lapar.

semalam.

semalam banyak peristiwa yang berlaku. peristiwa yang meninggalkan seribu kenangan. ok tak, seribu tu banyak sangat. kira kurangkan sikit la, seratus kenangan. tapi dalam banyak-banyak yang paling ingat, kami bertujuh naik kereta pakcik RELA tumpang pergi ke masjid. kereta, bukan MPV. 2 orang duduk seat depan, dan selebihnya duduk seat belakang. aku yang duduk seat depan berdua terimbau kembali saat saat waktu kecik dulu. tapi sekarang pun kecik lagi apa? :P
tapi itu belum lah sedih sangat. yang sedihnya, kereta pakcik tu, naik sorang, bunyi krekk, naik orang ke dua bunyi lagi, yang ketiga dan seterusnya? imagine sendiri. lagi, pintu kat seat depan tak boleh nak tutup. cuma guna penyangkut. sedih sebab terpaksa susahkan pakcik tu. aku ni tang orang tua, cepat sedih sikit. hati ni, makin lama, makin manja pulaks kekdahnya. HAHA

dan sekarang hari ini semula, aku cirit pulak. tolong lahhhh. makanan tak ada, harapkan makanan yang ada dalam perut sekarang je sebagai alas untuk tidak merasa lapar. kalau yang dalam perut sekarang ni terbuang, apa lagi yang tinggal? (eh ada ke teori macam ni? :P)


ini berenam+satu tukang tangkap gambar.

sudah lah.
sekarang saya mahu ke toilet lagi.

psssst : nak balik rumah. :(

Khamis, 15 September 2011

dear lappy,

dear lappy kesayangan, (memang lah kesayangan kalau dah kekdahnya ada satu ni je lappy, cuba kalau banyak? err)
sesungguhnya kenapa dengan kau hari ini?
aku try on je, tak lama lepas tu, off sendiri.
aku try on je, sempat guna sekejap, tak lama lepas tu lagi, off sendiri.
kenapa?
kau tau kan aku sekarang ni kurang $$$, tapi kenapa masih nak buat hal bikin haku pening pening memikirkan masalah kau. aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. (bunyi macam selama ni $$$ bertimbun. :P)

dear lappy,
walaupun kau pernah jatuh sekali, pernah terhantuk dengan almari,
tapi itu bukan bermakna aku tidak sayangkan kau,
tapi itu sekadar atas kelalaian aku sendiri yang mana bagus juga, antibody kau akan jadi makin kuat. kan?
but please, jangan cuba menguatkan antibody kau sendiri dengan off dengan sendiri nya tanpa shut down terlebih dahulu. itu boleh mengundang sakit jantung, tahu?

dear lappy,
khidmat kau masih diperlukan saat ini, dan juga untuk jangka masa panjang,
mungkin juga sampai aku beranak pinak pun, kau masih diperlukan khidmat.
walaupun pada waktu akan datang itu, banyak lappy yang lagi canggih akan muncul.
tapi ah kau, macam tak kenal aku. aku buta gadget, takkan dah lupa?

dear lappy,
aku tau kau pundah jenuh nak ikuti celoteh aku,
baiklah ini yang last,
takkan kau sampai hati nak tengok tuan kau yang cantik ini bersedih kalau kau rosak? #larikkkkkkk



kenapa eh kalau dah on laptop, lepas tu guna sekejap, tapi tiba-tiba lappy turn off sendiri? btw, lappy ni tak guna bateri, guna direct letrik terus.

sekarang ni memang kaedahnya susah nak tido dan kenapa dalam gambar ini haku nampak kurus???
 muka je lah tapiii. :P


psssst : homesick. dan bertambah homesick bilamana tido malam selalu terganggu. hadoi, cepatlah adapt wahai badan dengan tempat tido baru ini.

Selasa, 13 September 2011

cantik terkenal

online dah jadi macam memang rutin wajib dalam sehari-hari. rutin as in apa-apa pun nak online. kalau tak ada coverage nak online tiba-tiba, tak ada lah sampai menggila. tapi ada lah rasa bosan tu sikit-sikit. sikit je tapii. walaupun padahal dah bosan ni online je, tapi tak tau kenapa still online jugak. sampaikan kalau belog lain dah baca pun, main tekan je. bosan kataa. dengan email segala, padahal dah clearkan dah mana-mana yang patut, lepas tu tak lama kemudian still jugak bukak walaupun dah tau tak de de nak ada email masuk padahal tak sampai 5 minit je clear kan. ku ingat kau retissss??? (err, kalau retis tu tak ada lah, tapi kalau cantik dari retis tu mungkin laaa. LARIKSSSS. :P)

antara kesukaan bilamana dah tak tau sangat ni nak buat apa time online, belog lain dah baca, email dah tengok, fb ala celah gigi je tengok sekejap dah boring, twitter dah, semua pun boring dan pilihan terakhir adalah dengan men-search nama sendiri. pergi dekat google dan kemudian search. senang bukan? (ini memang desperate habiss.)




dan kemudian berbangga sendiri apabila nama dengan belog sendiri on the top. haha. (ada jugak orang macam haku ni wujud) zzzz.
lepas tu kalau dah bosan sangat, tak puas hati lagi nih, nak jugak search image orang nama fatin syahirah. lepas tu terdetik, lawa-lawa rupanya orang nama fatin syahirah ni. PECUTTTTTT. :P

lalu hari ini tertanya-tanya kenapa lately ramai pulak eh yang search nama FATIN SYAHIRAH sebab lately banyak pulak keyword tu masuk sini. lalu ku anggap sahaja ramai rupanya yang ada crush kepada insan bernama fatin syahirah ni. haha. walaupun aku ini cantik, namun aku ini biasa-biasa sahaja tetap low profile. (oh entry ini memang meminta penampo)

dan ketahuilah kenapa orang nama fatin syahirah ni cantik,

kerana maksud namanya,



CANTIK TERKENAL.



terima kasih ibu, ayah for choosing the name for me.



psssst : tak sabar nak pergi angsi! :)

pssst pssst : memang saje je buat-buat macam nak suruh orang baca sambil muntah. #duhhh.

Isnin, 12 September 2011

hapus.

aku bisa jadi kurang ajar
aku bisa jadi biadab
aku bisa jadi hilang hormat padakau

bila kau mula kembali datang muncul. tiada pernah dalam mimpi indah,
tapi mimpi ngeri yang tiada pernah berpenghujung.

tolong.
tolong menjauh.
dan menghilang.
dan lupus.
dan pupus.

dan tolong jangan muncul langsung.

Ahad, 11 September 2011

sedih.

nak online, tapi disebabkan lappy punya bateri kong, lalu kena pulak connect kan wayar, maka untuk dapatkan siaran wi fi adalah sangeeeeeetttttttt susahhhhhhhhh. maka hati adalah sangeeeeeeetttttttttttttt susaaaaaaah.

maka, haruslah berterima kasih kepada bed mate, disebabkan dia ada bawak P1 maka hati dengan tanpa silu meminta izin untuk guna. segan itu ada, cuma silu itu yang kurang. :P
bukanlah nak mengeluh, tapi lately banyak pulak dugaan. hanya Allah yang tau macam mana. i wish i could write and explain more, tapi tiba-tiba tak mampu pulak dahhh. sebab tiba-tiba curious nak tau pasal something. kebelakangan ni rasa macam retis pulak. hiks. LARIKSSSSSSSSSSSSSSSSS.

psssst : i do my part, u do yours.

Jumaat, 9 September 2011

belum, masih belum puas.

cadangnya, baki 4 hari yang lepas nak pergi beraya ke rumah kawan-kawan. nak beraya puas-puas katanya. namun kata tinggal kata-kata, sebab everytime lepak dalam rumah tiba-tiba rasa mengantuk lalu ketiduran. ah, salahkan PMS yang selalu buat aku rasa mengantuk dan letih. ah, kau lelaki apa tau? (peh ayat bajet macam lelaki baca kannn. :P)

kalau raya tahun lepas, idam nak makan kerepek raya puas-puas adalah sangat tinggi dan sangat kesian as for dalam sebulan bulan syawal tu, memang tak jumpa kerepek bawang langsung sampai la dah habis raya yang sebulan lamanya itu, baru lah jumpa kat kedai. tak pe lah, at least jumpa. tapi memalukan lah jugak sebab sanggup buat sticky post konon bajet orang akan pos. tidak ye. kau kena sedar diri, kau hingat kau hanis zalikha cakap nak diary je terus ada orang pos? dalam mimpi pun belum tentu. zzzzz

lusa dah nak kena balik u. aaaaaaaaaaaa, tak nak, boleh? since umk tiba-tiba buat surpriseeee! yeah, i love surprises especially bila tiba-tiba anak sultan datang meminang, tapi not that kind of surprise yang umk did. itu bukan surprise namanya, itu pendorong sakit jantung. dan dengan surprise itu juga, ahhh. malas nak continue cakap pasal surprise itu, tapi itu lah. zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz. see, since dari tadi, hati tidak pernah tenteram. i just couldn't wait to see the so called apartment yang ada lif itu. itu first time ok ai jumpa lif sebelum ni tak ada pernah jumpa pun lif. ini first time nak naik. *mata ke atas tangan kat mana-mana* duhh.

apa yang boleh dibuat sekarang hanya lah mampu bersabar dan menempuhi hidup-hidup seterusnya. sampai bila mahu hidup dalam zon selesa? orang dulu belajar tulis atas batu je, boleh je berjaya sekarang. anything pun semua depends on yourself. please, fatin.

baiklah maka sekarang perlu packing siap-siap supaya esok punya waktu senggang agar sempat beraya sebentar. menikmati saki baki aidilfitri yang seronok.



dan hati, sila lah bertenang.


pssst : random.

Khamis, 8 September 2011

mencabar

dan sesungguhnya hidup ini semakin lama semakin mencabar,
semoga cabaran serupa ini akan lebih mendewasakan
dan akan lebih membuka minda untuk ke lapangan yang lebih luas.


pssst : semoga kelak pada masa akan datang, aku dijauhkan daripada sikap yang sedemikian rupa.

pssst pssst : 2 more days to go. T_____T. (kalau sekarang kat rumah pun dah rasa bahang homesick, nanti dah balik sana apatah lagi? nak kawin. errrr. lariksss)

Selasa, 6 September 2011

4 hari

dan setelah 4 bulan bercuti dan menambah berat badan yang kian merungsingkan jiwa, maka tinggal lagi 4 hari tempoh untuk pulang kembali ke rutin biasa, belajar. hari tu rasa macam tak sabar nak balik tapi kenapa tiba-tiba sekarang rasa macam tak sanggup? heh.

how's your raya tahun ni?
mine is good. alhamdulillah terisi dengan momen momen yang sukar dilupakan, semoga sentiasa segar dalam kotak memori. :')
beraya dalam suasana keluarga kecik apa lah sangat, ibu anak tunggal, tak ada makcik pakcik belah ibu. heh, dah kurang saham duit raya kat situ. zzz. tapi tahun ni thank you Allah for giving me chance to meet these awesome people who always cheered me up, made my day even selalu gaduh-gaduh. tapi yeah, semoga silaturrahim yang terjalin kekal mekar sentiasa. :')

ini kok, temannya dari kecil



ini dah raya ke berapa ntah time keluar atas mendesak supaya orang belanja pizza. 
dah berhenti kerja kataaa. haruslah paw dulu. hiks.
those are not only people. ramai lagi sebenarnya, gambo-gambo tuh dipilih atas dasar perasan diri nampak cun jee... lariksss. 

dan sekarang adalah sangat merungsingkan jiwa bilamana badan naik mendadak. mana perginya muscle muscle yang dipelihara dulu? aaaaaaa, tensi tensi. poket tak berapa nak tebal okkk nak kena beli seluar saiz baru. jadi kaki tolonglahh bagi kerjasama sikit, tolong kurus sikit boleh tak??? #meroyan


psssst : azam baru untuk mulakan semester baru. :)

psssst pssst : kadang lebih baik untuk sesuatu itu dibiarkan sepi tanpa disuarakan. 

Sabtu, 3 September 2011

raya

diam tak diam, bising tak bising, makan tak makan, akhirnya raya tiba dan ramadhan berlalu. sedih, tapi apapun kena raikan kemenangan setelah sebulan melawan nafsu. dan akhirnya jugak, semalam last day aku kerja. sekejap saja masa berlalu sedar tak sedar rupanya cuti dah hampir habis lalu kembali lah aku ke rutin hidup yang biasa seperti mana makan tidur bangun online sekejap lalu berlepak-lepakan. oh dan tidak lupa jugak mendengar siaran radio ibu.fm. (larikssss)

how was raya korang so far? raya aku tahun ni kira pecah rekod sepanjang hidup 21 tahun ni, sebab raya first aku kerjaaa. macam mana perasaan? boring sebab tak boleh nak join pergi kutip duit raya ( dah besar pun still kutip duit raya? oh please. tapi takpe, ai belum kawin :P) tapi dalam boring-boring tu best jugak, best sebab apa eh? nak kata sebab jumpa ramai orang, mungkin ye lah jugak sebab everytime ada customer datang, kita wish selamat hari raya dengan riang gembira.

sebenarnya nak tulis pendek je tapi tiba-toba dah perenggan ke tiga kenapa nih? banyak cerita yang tak ter update tapi walau macam mana pun i'll try to update sebab this is my open diary. walau macam mana pun, aku akan view blog sendiri dulu then baru baca blog orang lain. kesian kan. :P. blog aku kenangan aku, yang simpan banyak cerita yang kadang aku lupa tapi bila baca balik terus teringat oh ada eh.

tapi apa-apa pun, belum terlambat rasanya untuk saya, fatin syahirah binti ibrahim ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin, maaf andai ada silap dan salah sama ada sengaja mahupun tidak, tersinggung terhiris hati dengan kata-kata dan perbuatan saya. semoga raya kali ini lebih bererti dan membawa seribu satu makna. :)


tema tahun ni purple. sedih tak dapat nak bergambar dengan family.
tapi takpe dekat tempat kerja pun dah jadi macam family. 
:)

pssst : raya kali ni nak beraya puas-puas, since minggu depan dah nak balik u. aaaaaaaaaaaaa.