Ahad, 27 November 2011

salam maal hijrah 1433H.

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah
Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman
Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah
Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman
Untuk Sepanjang Zaman
credit sini

how i wish i could write longer. tapi tak berapa nak boleh sebab banyak gilaa kerja yang belum siap. baju belum berbasuh pun berlambaksss. erat pun naik mendadak. errrr. 
semalam sampai hostel dari pulau pinang, terus tido tak mandi tak apa. basuh muka pun tak. penat tu tak ada lah sangat, tapi sebab kenape entah tiba-tiba kena serangan cirit birit. makan 3 kotak pil chi kit tek on pun tak hilang-hilang, sampai lah tengah hari tadi. tapi i bet tu one of the PMS lah. ke macam mana? atau mingkin jugak sebab ada makanan yang masuk ni tak ngam dengan perut. tu yang jadi kucar kacir perut haku. kesian perut ai. semoga lepas ni boleh jadi makin kempis. :P
aku cuma tak nak cakap banyak for this entry, sebab nak setelkan keje lain dulu. kang agak-agak rajin, haku update lagi. 
salam maal hijrah 1433H.
semoga kita menjadi muslim yang lebih baik dari hari ke sehari.
dan azam dan impian kita yang terbuat tidak hanya tersimpan dalam kotak hati dan fikiran, tapi turut juga terlaksanakan. insyaAllah, kita sama-sama berhijrah ke arah yang lebih baik. :)
psssst : terima kasih 'sedara' tini for the penang guide. n penang is such a historic state kan. bangunan-bangunan dia make me feels like i'm in malacca. 
psssst pssst : tiap kali balik trip, pegi timbang tengok-tengok berat naik. same as lepas balik dari penang, i weighed, n increasing again. kalau macam ni, semoga trip ke johor khamis ni bakal tidak jadi. :P
psssst pssst pssst : dah makan nasik kandaq, tapi tak sempat makan pasemboq ngan char kuey tiaw. tengok lah bila pulak akan pergi sana. tapi yang penting, lepas ni aku patut berkira-kira untuk makan kat kedai mamak. hiks

Khamis, 24 November 2011

half of my heart. john mayer.






i just couldn't stop listening to john mayer's.
and i couldn't help myself to continue study. 

i gotta go now. 
hello bed!


pssst : esok puasa, jom?

Rabu, 23 November 2011

current

aku sepatutnya study sekarang ni.
esok ada presentation, ada test. malam gerak pegi penang.
tapi malas nak packing tengok lah esok lepas kelas kot-kot sempat nak packing.
sebab macam tak de feeling nak pegi sana. maybe sebab hujan.
takpe #harimaumuda, walaupun kalah, tapi menang kalah adat permainan.
walaupun penat lagi, tapi still mantop sebab 2 gol je yang bolos. *tetiba* walaupun tengok bola thru twitter je. :P

oh ye, kampus uni aku dah banjir.
rumet aku pegi kelas tadi bagitau yang air dah naik, takat peha dia.
fine, dia yang tinggi pun takat peha, aku yang rendangcomeyanggun ni, apatah lagi.
fine, esok kelas dari pagi sampai petang. kena bawak everything extra. including inner part punya pakaian.
aaaaa, aku more kepada geli sebenarnya nak harung banjir-banjir ni.
sebab over-imagine.

eh, sudahlah fatin.
walaupun berangan esok kelas cancel, tapi ah, kalau kelas cancel.
kalau tak cancel? kau nak jawab hape test esok?
so sekarang study. err, tapi hafal kot.
anyone tau sistem blaja kat bangla macam mana tak? lec subjek ni dari bangla. dan dia nak jawapan exam kitorang sama macam dalam notes yang dia kasi.

fatin, please don't give up first.
belajar lillahitaala. jangan pesongkan niat!

to those reading this, please, please please, pray for me!
terima kasih orang-orang baik! :)


pssst: risau nanti pergi trip hujan lebat sampai banjir sampai banyak jalan kena tutup.

psssst pssst : o Allah, i need You forever. :')

Selasa, 22 November 2011

menang hoyeah.

kalau diikutkan, aku tidak lah gemor tengok bola sepak. tapi when it comes to malaysia, tak minat pun boleh terus minat. walaupun aku ni tak reti pun nak tau macam mana offside ke apa, tapi bila dah minat tu, lagi-lagi kawan-kawan pun asyik cakap pasal bola, terus boleh tahu. dan terus minat. tapi bila ada team malaysia dengan ganu je lah. :P

firasatnya macam dah tak berpeluang nak tengok final malam ni gara-gara tiba-tiba tadi pukul8 ada kelas ganti yang should be habis pukul10. tapi sebab lecturer kata, 'it's hot here. do feel hot too?'. kitorang ni hot tu memang dah hot, tapi lagi hot bila tengah lecture tu boleh pulak dengar orang sorak golll banyak kali kat kafe. mau tak panas vontot?

lalu lecturer cepatkan lecture, lalu boleh lah pulang awal.
dan tengok bola sudah pasti.

punya lah excited bila malaysia menang final bola, dah macam malaysia juara sea games. fuh.
apa pun, tahniah harimaumuda. khairul fahmi walaupun dirimu penuh dengan gosip, namun kau tetap hebat.
badrol pun apa kurang hebatnyaaaa. opsss. :P


psssst : lagi satu malam untuk korbankan waktu tido. just for tonight malam esok boleh qada tido, sekali dengan jamak tido untuk malam seterusnya. ok nescafe sila masuk dalam mug sekarang! (senang idup kalu semua benda boleh dapat hanya dengan mengarah sahaja. :P)

psssst pssssst : proud to be malaysian. :)

Sabtu, 19 November 2011

upload

dari tadi aku duk upload gambar, tak lepas-lepas. menyirap tu menyirap la jugak.
tapi dah namanya wi-fi kat sini, bukan kat rumah kann. kalau kat rumah boleh bukak u tube banyak-banyak, download suka-suka hati, tapi kat sini tak boleh ye. nak tengok  you tue pun tak mampu. harap maklum.
lepas tu bila tengok kat fb semua orang nak cakap pasal latest video matluthfi, terus tak senang duduk. rasa macam loser bila tak dapat tengok, lalu join P1 roommate jap just untuk tengok video matuthfi je. sanggup okkk.

dan sekarang, disebabkan tak boleh nak upload gambar, maka tak apa lah.
kiranya hanya setakat ini coretan saya yang semakin menembam ini. tensi usah dikira sebab tak suka tengok cermin bila menembam sebegini. rasa macam nak tarik-tarik semua lemak ni keluar.
niat hati nak pergi gym, tapi kerja banyakkk, ada exam. maka harap maklum.


yang sedang berusaha ingin kurangkan lemak,
syira nama glamor. :P

Khamis, 17 November 2011

full

full di sini bukan lah bermaksud oh saya kenyang. itu pun ya sebab field trip penganjur sediakan makanan macam pehhh-hancus-diet-haku. tapi itu kan rezeki, maka selepas ini boleh lah berdiet. no nasik. errr.

maka sekarang baru sahaja tiba dari field trip. letih usah dikira. letih dalam seronok. seronok tapi letih. begitu kaedah dia. so sekarang, nak update pun rasa macam nak tutup mata walaupun memang lah tak ada orang kesah kalau aku tak hapdet pun. tapi yeah, saje nak feeling retis kann. :P

gambar ada banyak. tapi sayangnya bukan dalam fon sendiri. so kamera orang lain secara otometik nya kaedah dia seperti kamera ku sendiri jua. makna dia macam apa pun gambar haku wajib ada. banyak.

so nak update panjang-panjang pun macam #$%^&. banyak kerja pulak balik ni. assignments presentations test semua nak ada minggu depan. dan khamis nanti penang turn punya field trip pulak. so, orang penang? hehehe. boleh lah bawak ai pergi makan-makan sikit. :P. cop, ada ke orang penang baca ini?

ok lah. rasanya katil dah dari tadi aku ambik wuduk nak solat isyak ni.


psssst : masa tolong bergerak lambat sikit sebab banyak benda yang saya kena catch up sekarang.

dan makanan ini seakan-akan terngiang-ngiang. 
aaa. bila lagi boleh dapat makan ini lagi??? 
sedap sampai tak diet pun takpe. hiks

pssst psssst : aku dapat rasakan berat kali ini makin bertambah. sedangkan time field trip gunung stong yang buat keje kerah tenaga segala pun berat naik, inikan pula field trip yang cuma tengok tempat dengar taklimat. aaaaa, bosan lah cakap pasal berat je! kenapa berat naik bila makan banyak? u tell me why. -.-'

Ahad, 13 November 2011

doa dhuha

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

\
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, 
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah, 
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, 
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.


pada Allah diserahkan segala usaha yang telah dibuat.
semoga diberkati dan dirahmati.


pssst : esok field trip ke kedah-perlis-cameron-lojing. errr, yey? :P

Sabtu, 12 November 2011

study

aku mahu study
like seriously
tapi mata seakan mahu stido.

aku ingin study
memang benar
namun hati seakan mahu menjerit.

aku ingin study
iya sungguh
tapi minda seakan melayang
memikirkan perkara yang penting-penting.

aku ingin study
ah tak boleh jadi ni
dan kini sila lah menjauh lappy dari saya.

iya benar,
saya sedang homesick.


yang benar,
gadis cun. (sila jangan muntah)

terer

terer di sini bukanlah bermaksud seperti terrorist dan yang seangkatan dengannya. tapi bermaksud terer (?). - cakap jangan lah belit sangat, fatin.
kalau kat uni, sebab tak ada kereta sendiri seperti orang lain yang bawak kereta yang mampu pergi ke mana-mana pun senang tanpa sewa kereta, so aku kena sewa kereta. lebih murah la kiranya kalau nak compare kalau naik prebet.
kereta sewa - 1jam rm5. boleh pergi banyak-banyak tempat.
prebet - sekali panggil rm15 biasanya. hanya 1 way
terdapat jurang perbezaan yang nyata di situ ya.

so satu hari ni, aku sewa kereta pergi cari-cari barang sikit. balik tu, time hantar kereta, tetiba pakcik tu cakap,

pakcik : laju awak bawak kereta eh.
aku : hah? (dalam hati dah cuak ni takut kena marah)
pakcik : tak.. tadi pakcik pergi bandar ada nampak awak bawak kereta. lancar je. boleh kata terer lah awak bawak. jalan nak masuk parking tadi pun awak boleh masuk.
aku : ohhh. heheheh (padahal dalam hati dah kembang berapa mangkuk entah. sebab dah kembang sangat kann. :P)

kalau ibu, selalu bebel kat aku time drive sebab ibu kata aku bawak laju. 90km/j je kot. laju apa nya. maybe sebab ibu pun dah berumur kot. so semua macam kena hati-hati. nak jaga-jaga semua. tapi kang kalau bawak slow kanggg, ngantuk. so laju tetap laju, kang agak-agak ibu dah nak start bukak mulut, slow lah sikit. tapi nampaknya sekarang, ibu lebih banyak TERtidur dari bukak mulut. so kalau nak bawak laju sikit tu kiranya macam tak ada hal sangat lah. ngeh ngeh.

sebut pasal laju, teringat time mula-mula dapat lesen dulu. stail ibu, ibu kurang nak bagi kitorang drive sangat bila baru-baru dapat lesen. kalau bagi pun, yang dekat-dekat je contoh pergi kedai ke, pasar ke.. gitu. sebab takut lah jadik pape time kitorang drive tu, sebab time tu eksaited dapat lesen kann.

nak dijadikan cerita, lepas dah dapat lesen semua, aku join nasyid untuk satu persatuan ni. tengah cuti spm kann. elok jugak kalau join aktiviti-aktiviti macam tu. perasan suara sendiri sedap satu hal. dah practise semua, masuk pertandingan semua, team nasyid kitorang menang. dan penyampaian hadiah tu buat kat pulau wan man. kalau dari tempat aku nak pergi sana busuk-busuk pun ada lah dalam 2 jam jugak. kitorang pergi banyak-banyak kereta lah sebab semua pun pergi kan. aku pun naik lah kereta akak ni. kitorang gerak time tu dah lepas maghrib kalau tak silap. sampai-sampai sana, bagi hadiah semua ada lah persembahan lain-lain semua, lepas tu dalam pukul12 macam tu, kitorang gerak balik. singgah-singgah makan dulu, then baru betul-betul balik.

time nak balik lepas makan tu, tetiba akak tu cakap, eh fatin awak drive lah. akak nak gayut dengan boifrengg. (time tu zaman hotlink rm2 boleh cakap sampai pagi) aku ni apa lagi. kalau kat rumah bukan selalu ada peluang macam ni. tapi memula tu ala memalu kucing lah jugak, tolak-tolak ayam. mulut kata taknak taknak tapi dalam hati pehh menggeletiks nak. tapi sebab keta akak tu pun manual kan, nak bawak pun macam tak yakin. so aku cakap lah kat akak tu, aku tak konfiden sangat-sangat bawak manual. sebab time test ngan JPJ dulu pun aku hampir hampirrrrr kandas kat jalan raya. fuh, selamat 60hengget haku. dan akak tu dengan gambel nya cakap, tak pe nanti awak tekan clutch, saya tukar gear. pehh, akak tu pun sanggup. nak gayut dengan boifreng punya pasal kann. (untunglaa ada boifrennn.:P)

so aku pun seperti yang diperkatakan tadi, bila akak tu cakap tekan clutch, aku tekan dan dia tukar gear. macam tu la sampai dah nak sampai rumah pun. laju tu jangan cakap lah. 120km/j je tapi. tapi still laju lah bagi aku yang first time bawak keta ni time tu. tetiba tengah syok syok drive, ibu call, mau menggelupur nak angkat. aku tak de pilihan, aku suruh akak tu jawab. ibu tau je aku tengah drive, terus mintak aku tukar. mulut memang lah kata haa ok ok tukar lah ni tukar. tapi tak de de. peluang macam tu, takkan nak lepaskan?

so speed maintain 120km/j, sampai lah kat traffic light nak u turn balik rumah aku ni, tetiba sekumpulan lembu ada banyak-banyak pukul 2 okk. lembu sape entah. dan sebab time tu aku tengah laju disertakan jugak dengan lembu yang banyak itu, aku pun telah brake dan tekan clutch serentak dah sampai terangkat vontot okk, harapannya dapat mengelakkan kereta daripada melanggar lembu-lembu tersebut. namun harapan tinggal harapan lalu aku terlanggar jugak sekor lembu ni. tapi tang kepala je la. tak kuat mana pun cuma lembu tu terteleng la sikit. dan serentak dengan itu jugak, kereta termati. nama aku nak turun pergi check kereta? tak laaaaa. start enjin balik tak dapat. banyak kali start pun tak dapat. tapi akak tu still boleh relax, dia cakap alaaa relax laa. tak pe.. tenang slow slow. aku ni dah gelabah tak hingat dah ni. sorry pun banyak kali dah tak berhenti. last last boleh start. fuhh, sepanjang jalan nak balik rumah tu aku dalam hati punya lah cuak mintak-mintak kereta tak kemek ke apa ke.

sampai je rumah first thing first aku check kereta dulu. fuhh, nasib baik okk keta tu tak de pape. kalau kemek? mane haku nak cari duit nak ganti????? tapi salute lah akak tu, siap boleh gelak-gelak lagi. kesian lah jugak kat orang yang duduk seat belakang, memang pening habis aku rasa. dah time selekoh pun aku tak brake. laju plak tu. haha. lepas bagitau ibu, hambiiikk. nasib baik dah pukul 2 lebih, tenaga nak bebel tu nak kurang. :P

kenangan tu antara kenangan yang aku tak boleh lupa. serius. bila dikenang-kenang macam ni, memang ah lawak. tapi kalau time kejadian tu, cuak ada lah.

aku dah pernah langgar lembu. anda bila lagi? (sila lah tampo aku sekarang. :P)



psssst : test test test. aaaaaaaaaa. banyak lagi tak baca.

pssst psssst : agak-agak kalau aku stay kat rumah untuk minggu ni je pun tak pe kan?

Jumaat, 11 November 2011

11.11.11

masuk ni dah berapa kali ibu suruh aku packing baju (hai ibu, macam halau jek? :P), tapi dari tadi mood nak packing baju barang semua macam tak ada. yang ada hanyalah rasa macam nak buat benda lain selain packing. contoh macam... err, nak aku kasi contoh ke? :P
ni feeling nak balik hostel pun sikit pun tak ada. rasa macam nak stay kat rumah je. taknak balik sana, boleh? boleh blah. penat tadi pergi wedding kawan sekolah rendah pun belum hilang lagi. nampak gayanya, berdasarkan tarikh yang agak kelihatan cantik berbanding tarikh-tarikh sebelumnya ni menjadi pilihan ramai untuk kawin. ok, maka tahun depan kemungkinan untuk bayi-bayi comel melihat dunia juga adalah agak tinggi nampaknya. hiks.

tahniah along. i'm happy for u. :)

along salah sorang dari kawan rapat lah kiranya time sekolah rendah dulu. dulu kan aku time darjah 5 baru masuk sekolah biasa. so tak kenal ramai kawan sangat. kalau ada pun, kawan sekelas dengan pernah sekelas, kawan-kawan pernah sekerja, dan juga jiran tetangga gituu. lepas tu bila sekarang kalau terserempak dengan siapa-siapa ke, lalu ditanya kenal tak si polan anak si polan ni? lalala. memang lah saya tidak kenal ye. melainkan kalau tengok muka ke, insyaAllah la ada kenal sikit-sikit. sikit-sikit tu as in pernah terserempak ke apa ke. kadang sedih la jugak kat diri sendiri bila time raya kureng kawan nak beraya. sobs.

rasa macam tak percaya along dah kawin. padahal time sekolah dulu gosip sama-sama, nganjing budak laki manja dalam kelas sampai nangis sama-sama, makan sama-sama. lepas tu macam mana ntah, time sekolah menengah gaduh pasal benda kecik, terus lost contact sampai awal tahun ni kalau tak silap. well, budak-budak kataaa. bila ingat balik termalu sendiri. tapi tu semua kenangan dan pengalaman yang boleh mematangkan dan mendewasakan. :)

dan setelah ditapis-tapis dilihat-lihat, gambat ini je paling elok sikit. 
yang lain-lain semua buat aku nampak gemuk. aaaaa. 
harap-harap gambar aku dalam kamera photographer elok lah sikit hendaknya. -_-"

akhir kata, selamat pengantin baru nor shazlida zainudin dan pasangan. semoga bahagia dan kekal hingga ke anak cucu. dan tidak lupa juga kepada semua pengantin yang kawin hari ni, selamat pengantin baru. :)


pssst : malasnya nak packing..... taknak balik sana, boleh? sebab malas. malas, PLEASE GO AWAY. 


Selasa, 8 November 2011

cantik

cantik itu subjektif. semestinya. 
ada yang nampak kurus kering sangat-sangat itu cantik, ada yang nampak sebaliknya.
ada yang nampak gelap itu cantik, ada yang nampak cerah tu pulak yang cantik.
ada yang nampak laki rambut panjang itu hengseng, ada yang nampak sebaliknya.
ada yang nampak perempuan pakai baju kurung tu sexy, eh sexy tang mana nya?
ada yang nampak orang pakai make up cantik, ada yang nampak aku cun. eh?

apa yang dikatakan kat sini, cantik tu subjektif. pandangan mata setiap orang berbeza. taste lain-lain. kalau sama je taste semua, tak ke naya? contoh lah kan, kalau semua orang pun meletakkan sesuatu yang cantik tu hanya pada aku. contoh laaa. tak payah la nak mencebik sangat. :P. kang tak pasal-pasal semua pun nak berebut aku. tak semestinya kalau kau nampak aku cantik-anggun-cun (haha. matiklaaaa puji diri sendiri :P), orang lain pun nampak yang sama. ada orang nampak aku sebaliknya. macam tu jugak, kalau kau nampak dia tak berapa  nak cantik macam yang kau idam-idamkan, tak semestinya orang akan nampak yang sama. ada orang nampak dia cantik.

Allah ciptakan semua cantik. cuma kang kita pulak yang menilai macam mana. cantik ke, tak cantik ke, busuk ke.. sebab apa? sebab cantik tu subjektif, tak sama dari sudut pandangan setiap manusia. dan tiba-tiba aku terfikir. siapa lah kita ni nak mempertikaikan itu ini. lagi-lagi ciptaan Allah? setiap yang ada, terdapat hikmahnya. macam masaelah. walau perit mana pun, walau busuk mana pun dugaan tu, akan ada hikmah yang terselindung di sebaliknya.(motivasi untuk diri sendiri)

Perbaikilah akhlak diri sekaligus, anda akan kelihatan cantik pada pandangan Allah dan pandangan manusia - MyIslam

ya, saya sedar saya sudah mengembang dengan jayanya.
maka sekarang saya sedang berusaha untuk kurus kembali. 
*tetiba*


psssst : ramai yang tegur kepulangan aku kali ini membawa sedikit isi yang berlebihan. baiklah selepas ini akan dibuang kembali. =.='

pssstt psssssst : hati tolong jangan berputus asa, stay strong and remember, Allah is always there for u. 



Ahad, 6 November 2011

salam aidiladha



Utk N. Ibrahim mnymbelih tdklah susah. Nmn utk mghadapi rasa kasih anak yg dikorban itulah yg sukar. Krban prasaan paling getir dlm hidup.

Adha adalah simbolik jiwa yg sanggup bersusah krn Allah. Ia satu langkah spy kita terus berkorban dlm hidup demi akur kehendak Allah. @realDrMAZA

selamat hari raya aidilhadha untuk semua. 
how's your raya? aku punya so far alhamdulillah. :'). banyak peristiwa yang meng-haru-kan hari ni. setiap orang ada dugaan masing-masing. ada yang diuji dengan kesenangan dan juga sebaliknya. masing-masing dugaan tu antara ujian untuk kita, sama ada kita ingat Allah ke tak. aku bukan lah baik pun, banyak dosa yang tercalit. tapi mesti kena ada usaha untuk berubah (ingatan untuk diri sendiri). sesungguhNya Allah Maha Mendengar akan setiap doa yang tertitipkan. sandarkan segala harapan kepadaNya, Dia Maha Mengetahui segala yang terbaik untuk kita. 

lately banyak yang terlintas dalam ingatan. akan dosa-dosa lalu, masa depan, etc. semoga segalanya dipermudahkan olehNya. 

sekarang, setiap kali tengok gambar mekah ke, video ke, rindu hadir membuak-buak rasa macam nak pergi sana sangat-sangat. rasa macam naaaakk sangat. 

dan, semoga setiap pengorbanan yang telah dibuat setakat ini, walaupun sedikit, akan dipandang, diredhai olehNya. :')


psssst: kawan sekolah rendah hantar kad kawin, dia kawin jumaat ni. tahniah, kawan. doakan untuk ketibaan waktu aku juga. :)

Selasa, 1 November 2011

following list.

apahal list blog yang aku follow semua ni hilang ni????????????????????????????????

hajah-to-be

lagi dua hari nak balik. lagi 4 hari nak sambut raya haji. raya haji tahun ni will not be the same as previous years due to some reasons yang memang tak boleh nak elak. nop, bukan sebab ibu pergi haji. tapi sebab alasan lain. (dey, beria nak berahsia. :P) dulu time ibu pergi haji time tahun 2005, first time lah tu raya tanpa orang tua. tapi sayangnya, aku dah lupa macam mana. yang aku ingat, aku ada buat kerja gila. esok nak raya haji, aku baru sampai rumah dari kelantan. like seriously, memang kerja gila. budak-budak baru nak up. ehh. :P

tapi bila cakap pasal mekah, rindu nak pergi sana lagi. time tu buat umrah je. dan tak berapa nak matang lagi time tu. dan bila tengok kawan-kawan pergi sana, hati rasa macam naakkk sangat pergi sana lagi. even tak pergi for haj pun, umrah pun takpe. tapi buat masa sekarang hanya mampu berdoa, moga smurah rezeki dan dapat pergi sana lagi satu hari nanti. amiin. :')

ibu pergi sana time akhir taun 2006. dan sepatutnya aku pergi sekali. ibu ajak pergi sekali buat teman jugak. mula-mula aku macam eksaited la jugak nak pergi. then pergi daftar haji semua. tapi tiba-tiba taknak pergi bila dapat surat dapat tempat untuk pergi haji. time tu awal tahun 2006 lah kiranya. ke akhir tahun 2005. either 1 lah sebab lupa dah. tapi macam mana entah lepas dapat surat tu, tiba-tiba aku taknak pergi. konon sebab takut ketinggalan belajar for spm. rasa macam budus sangat. padahal time spm pun tak dapat stret A1 gak. zzzzzzzzzzzz. bila ingat balik, rasa menyesal sangat sebab peluang dah ada. tapi dilepaskan macam tu je. tapi bila fikir-fikir balik, tapi ada hikmah di sebaliknya. kan time tu aku kat asrama. tak pergi kursus haji semua. Allah tau yang aku belum fully prepared nak pergi tunaikan rukun Islam ke 5. insyaAllah, suatu hari nanti, ada rezeki, pegi jugak sana. insyaAllah mudah-mudahan Allah makbulkan doa aku. amin cepat!

aaa. tetiba terbantut tak tau nak tulis apa bila teringat dosa-dosa lalu. bila teringat zaman jahiliah dulu-dulu.

aaa, perut jangan lah sakit. lagi-lagi time sejuk macam ni.

remind to myself: Jangan sesekali menyesal. Jika ianya baik, itu adalah rahmat Tuhan. Jika ianya buruk, itu adalah pengalaman. - HamiAsraff



pssst : lepas cuti raya haji nanti banyak gila benda nak setel. test berlambak. kuiz beratur. aaaaaaaaaaaa. baiklah fatin, sila STUDY SEKaRANG.

pssst psssst : semoga hari esok lebih baik dari hari ini. dan semoga saya jadi muslimah yang lebih baik dari hari ke sehari. please, ya Allah.

psssst psssst pssst : dan hello kedah, perlis, unimap, cameron, johor, penang, lojing for field trip! semua tu adalah lepas raya haji juga, maka setiap weekend saya adalah outstation. zzzzzzzzzzzzzz.

psssst psssst pssst pssst : i'm addicted to gym now.

errrr, banyak lah pulak pssst nya. :P

okbai.