Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Rabu, 29 Februari 2012

dugaan

kejayaan seseorang dilihat bagaimana seseorang itu diuji - Puan Rahimah, Spectacular2012. 

all i need to do is stay strong,
stand still.

Khamis, 23 Februari 2012

4th day

today is my 4th day intern. skarang aku kat rumah. rehat rumah dekat balik rumah. tu guna dia rumah dekat. hehek.
aku tak boleh nak online kat ofis for now. application aku still in progress. nanti dah dapat access card, usename password email segala baru boleh online kat ofis. ni pun nasib ada tab pinjam. boleh laa online sebab lappy tinggal kat ofis. kang nak balik baru bawak balik.
gonna tell ya bout my intern stories later. tapi depends jugak laaa. sebab herbalife stories yang best pun ada lagi banyak to tell. hehe

satu satu la. itu pun bergantung kepada kerajinan dan kesenggangan.

Rabu, 22 Februari 2012

best.

spectacular 2012 yang aku pergi hari tu adalah one of the best event yang aku pegi. pegi alone, balik alone.
pegi alone without knowing anyone except for my sponsors, tapi balik dengan ada ramai kawan. it was one of the best part among other best-best parts.

seeing successful people, positive people, brave people, strong people.
buat aku rasa aura semangat meresap dalam diri.
even in case la kan, kau bukan intend nak join herbalife purposely for business pun, tapi speech yang dorang kasi tu boleh apply in your life, in anything u do. serius.

pengalaman kat sana macam tak reti aku nak describe macam mana.
u have to experience it by yourself, then u'll know. tapi taun ni tak sempat lah. sebab setaun sekali je spectacular ni. kena tunggu taun depan pulak. untuk taun ni, boleh pegi event lain macam STS, HOM, zero to hero. still got ways of chances to grow. :)
grow in terms of mind and team.

aku dah lama tak letak gambar sendiri kan? hehe
my skin lately improved yang aku perasan. whitehead tak banyak dah yey. 
kalau sebelum ni, aku kena sental dengan span muka to ensure whitehead kureng. 
tapi kulit tangan still itam. tak payah lah compare dengan kulit muka. 
dulu aku suka berjemur tengah panas biar tangan nampak sun burn. baru macho. dulu tom boy kataaa.
sekarang mak cik aku selalu tanya muka aku pakai apa. hihi. 


why herbalife? 

we are more about to help people. sebelum pegi spectacular hari tu, aku pun ada lah rasa unsecure jugak. tapi lepas dengar and tengok apa yang sepatutnya aku faham kat sana, aku tau that this is different. as long as work hard for ourselves, then kau akan dapat apa yang kau nak. 
the concept is simple, kau kerja kuat, kau dapat apa yang kau aim. in anything u do pun. belajar? kerja? nak kuruskan badan? anything u do, mesti macam tu kan. :)
let say kau nak lose weight, kau boleh je nak diet. it's your choice. macam dokter khadijah cakap time spectacular hari tu,

sepanjang 24 tahun saya jadi doktor, saya tak pernah berjaya buat pesakit saya turunkan berat badan secara sihat, kecuali dengan herbalife.

kamon, aku dulu pernah sangat obses nak kurus. 
aku diet gila. ada food yang aku tak ambik, so aku have no energy. berat still turun tapi not in a good way.
aku pernah jadi bulimia. this is true. aku makan banyak-banyak, then aku korek muntah sebab rasa bersalah sangat makan banyak. dan takut gemuk. 
walaupun dulu aku tak de lah gemuk mana, tapi perasaan yang takut gemuk yang sangat-sangat tu forced me to do that. tapi tak ada lah sampai refer dokter masalah aku ni sebab macam mana ntah aku tersedar lalu tak jadi bulimia. 
sikap aku yang dulu tu buat aku faham sangat-sangat people yang nak diet sangat-sangat purposely untuk turunkan berat. aku pun tengok kawan-kawan aku ramai lah jugak macam tu. this is not good. 
memang lah cepat turun, tapi sebab kita tak cukup nutrisi dalam badan time berdiet tu, buat berat badan kita cepat naik once kita makan banyak. 

so that's the use of herbalife. provides u with a good nutrients to your body, dalam masa yang sama bagi energy, and more. banyak sangat benefits. 
even aku sekarang, fear nasik no more. tapi berat maintain, kulit improved. alhamdulillah, now everything's getting better. 

ni pulak stephan gratziani, dah consume herbalife 20+ taun yang lepas sampai sekarang.
ada yang kata dia sekarang umur awal 40taun, ada yang kata dah nak masuk 50. 
he is one of the best testimoni so far. ramai lagi sebenarnya. 

kita ada banyak cara untuk ubah hidup kita. just name it, nak sihat, nak senang, tapi usaha kita yang paling penting. it's nothing comes free now. kita kena work hard towards our dreams to be achieved. 
dan seterusnya, dah usaha semua pada Allah kita berserah. tak ada orang boleh senang boleh sihat sepenuhnya tanpa usaha. 

apa ingat sihat tak perlu usaha ke? 
ok, mari kita tengok suasana sekarang. makanan banyak(junk food, fast food, just name it. banyak). tapi kita berjaya ke nak tahan nafsu makan kita betul-betul supaya just makan makanan yang betul-betul sihat? that one usaha also. kan?

yang pasti, 

manusia disuruh berusaha, tapi manusia kena yakin atas usahanya, kuasa yang lebih besar atasnya adalah ALLAH. - Dr. MAZA

lillahitaa'la.
semoga segalanya diberkati. insyaAllah.



psssst: i wanna be a better muslimah. and i really wanna be a better muslimah badly. semoga aku terus kuat.

Isnin, 20 Februari 2012

atas ke bawah?

have u had your shake today, people??

tetiba. ini semua penangan spectacular2012. it was my first time joining such big event. meeting success people, walaupun bukan dato' tak sri pun, tapi all the success and positive people. the impact till today. i feel like fully recharge. and i'm loving it! :)

pasal spectacular the amazing and awesome experiences yang mana aku jumpa ramai kawan baru yang awesome. later later i share stories.

so we go back to the topic, aku gigih ye pergi event tu.
17hb gerak pergi sri petaling, 18 ngan 19hb event, then 19hb malam gerak balik rumah. sebab pukul 8 pagi 20hb which is hari ni lah kan, aku start practical. wohoo!

so kaedah dia aku punya gelabah sesampainya kat stesen bas putra tu, aku terus cari tiket. gilaa hapee kalau tak cari tiket, nak tunggu cari tiket on the spot. kang kalau takde, mane haku nak mengagau balik.
so, time beli tu akak tu tanya awak nak seat atas ke bawah? aku dah selalu je duk seat atas, so aku pilih nak seat bawah la.

so pung pang pung pang.

dah sampai masa nak naik bas balik rumah ni. penat tu ada lah jugak, sebab terkejar-kejar. nasib sampai je kat stesen putra tu, tak payah nak kena tunggu lama-lama untuk tunggu bas. sebab duduk sekejap, then ada announcement dah boleh nak bas untuk ke destinasi aku.

dah sampai kat pakcik tu, kena tunggu turn lah pulak sebab orang lain pun nak serah tiket. aku sepatutnya seat CC. lepas dah bagi pakcik tu check, tetiba pakcik tu cakap, awak duduk kat seat 4B lah.
ok pakcik. jawabku dalam sopan dan anggun dan ayu dah lah fatin tak payah nak mengarut sangat.
aku ni pulak kadang dasar malas nak dongak-dongak cari seatt terkial-kial atas ke bawah. so aku tanya lah pakcik tu,

pakcik, seat 4B ni tingkat atas ke bawah?

orang lain pandang aku. yeah, ai tau ai gojes tak payah lah nak pandang macam tu sangat. ramah pulak tu. hek hek.
lalu pakcik tu menjawab,

dah, bas satu tingkat je, nak atas ke bawah ke macam mana.

oh, baru kusedar sebab tu orang pandang aku.
fine, pakcik. fine. *tetiba sentap sendiri*
well, level konfiden aku memang selalunya tinggi. tapi tak bertempat. pffffttt.


pssssst : my first day industrial training today was good. alhamdulillah.

psssst psssst: jom jaga akal kita sama-sama, jangan sampai dijangkiti virus negatif lagi. then, we'll success. cuma yang bezanya, lambat atau cepat. may success be with us all. insyaAllah. :)

Rabu, 15 Februari 2012

spirit

testing testing.
tadi aku nak masuk dashboard. tetiba tak dapat, malware lah pulak.
so aku pegi kat belog, pastu tekan kat new post. kalau ni berjaya appear as new entry ok lagi lah tu. hiks.

aku baru balik dari main futsal tadi. dalam pukul 11 tadi lah.
malam ni main 2 jam punya.
aku tumpang join main ngan member-member stesen yang aku keje dulu je. hehe
tiap kali bos belanja ada lah aku menyibuk. hihi. dasarrr.
tapi malam ni aku berjaya sumbat gol okkk. berjaya sumbat gol. dan penjaga gol adalah lelaki. mind that.
dan saya sendiri tidak sangka saya dapat jaringkan gol secantik itew. lalu saya merasakan, ah hebat juga saya. *tiba-tiba*

dulu main futsal sesama jantina, lasak kemainn. tarik baju tarik tangan normal.
tapi tadi smooth je. takde sentuh-sentuh. ada strategy. yang penting tadi join team dan sepanjang berlari ke hulu ke hilir mengejar bola, aku tak pancit. wohhoo!
sebelum tu aku dah pekena herbalife teamix siap-siap bagi energy. hihi.

sepanjang hari ini, alhamdulillah untuk nikmat rezeki yang Allah bagi. alhamdulillah sangat-sangat. :')
dan terima kasih ibu untuk sokongan yang tidak putus-putus dan percayakan saya.

aku perasan, since aku jadi one of herbalifers, aku rasa banyak perubahan dalam diri aku.
seriously.
in terms of health and emotional and also spirit.
so malam ni aku nak cakap spirit.

aku yang dulu nya selalu find for something in my life, tapi stand still at the same position without doing anything. aku selalu cakap, ala nak buat apa. macam mana nanti kalau jadi macam ni, macam mana nanti kalau jadi macam tu. bla bla bla.
maksudnya jugak, fear tu selalu berada di sebelah aku. shows that aku tak percayakan diri sendiri jugak.
sampai satu tahap, aku fikir, sampai bila aku nak takut. sampai bila aku taknak percayakan diri sendiri. sampai bila aku nak berada pada tahap aku sebelum herbalife.

aku tengok kawan aku consume herbalife, tengok makin better.
so aku tergerak hati nak consume and join herbalife. at the point yang mana aku was-was sangat, aku kata tak boleh jadi ni. so i did istikharah. tanya Allah yang paling penting.
bukan semestinya time nak join herbalife je kena istikharah, to do anything pun, the best is tanya Allah. sujud doa berserah tanya Allah. jangan nak harapkan mimpi yang akan hadir pada malamnya, sebab mimpi tu mainan tidur. ikut gerak hati. sucikan niat. tetapkan apa yang nak buat, insyaAllah, Allah akan tunjuk jalannya. yang mana baik untuk kita, yang mana tak baik untuk kita. this is more to remind myself sebenarnya.

i'm not anyone, aurat pun tak tutup sempurna, aku sedar akan hal itu. even sekarang pun, i'm trying to be a better muslimah.
aku taknak, kalau boleh taknak ulang dosa-dosa lepas yang aku dah buat.
dan aku nak jadi muslimah yang berjaya, even semua orang pun nak berjaya.
doa sangat penting, aku rasa. doa doa doa. usaha usaha usaha.

i'm so into bisnes now. tak kisahlah bisnes apa pun. aku rasa dah tiba masanya aku fikir for the life ahead. sampai bila aku nak enjoy shoping sana sini without earning anything. aku bukan anak orang senang seriously.
ramai blogger yang aku suka tengok baca anak orang senang. cemburu tu ada, tapi bukan hasad dengki. cemburu yang mana suruh aku usaha even better. to live life better than now.
aku ada goals to be achieved.
and ibu je tau goals aku. tapi tu baru sikit laaa. terima kasih ibu for the support yang tiada henti.
sementara masih mampu ni lah aku akan do my best in anything i do.

dan yang penting sangat penting ni,
since aku consume herbalife, aku kurang selera tengok jajan megi and such. maybe kalau terdesak ok kot makan.  tapi serius, the desire nak makan jajan dulu yang mana aku suka makan, dah berkurang. aku more into nasik sekarang. wohoo!
yeah, maybe sebab aku mampu sikit kot sekarang. cuba nanti dah stay kat hostel mampu ke tidak?
tolak megi, tolak nescafe, tolak makanan yang kurang berzat, tolak duit bazir-bazir yang tetiba rasa macam duit lesap gituuu je. mampu! kumpul duit slow-slow. :)

ya Allah. sesungguhnya Engkau yang maha mengetahui. :')


pssssst : jangan sesekali pandang rendah terhadap diri sendiri.




Selasa, 14 Februari 2012

sakit

apa yang berlaku di sekeliling aku basically akan bagi aku pengajaran.
like makcik pakcik aku mostly ada kencing manis, ada yang sampai kena operate sebab luka etc. well siapa-siapa yang ada keluarga atau orang yang terdekat yang ada kencing manis mesti tau macam mana.
dan itu buat kita rasa nak jaga kesihatan dan diri kita lebih baik.
same goes bila kita tengok orang kaya dan berjaya, buat kita rasa lagi motivated untuk ingin lebih berjaya.
kecuali orang-orang yang punya hati kurang wangi, kejayaan orang lain menimbulkan dengki dalam hati, dalam diri.

nauzubillah, semoga penyakit tu dijauhkan dari aku dan keluarga.

aku nak update longer sebenarnya.
tapi aku don't feel so good sekarang.
i did a mistake tadi. tapi kak mas kata belajar dari kesilapan.

semoga kita-kita sentiasa berada dalam jagaanNya. :')
dan aku yakin, kita punya rezeki masing-masing, cuma yang membezakan sama ada cepat atau lambat, senang atau payah, berbeza bentuk, berbeza jalannya.
semoga setiap keputusan yang kita ambil dan pekerjaan kita diberkatiNya.


pssst : these links might be very useful for those yang terfikir herbalife boleh di-consume oleh pregnant mother ke tak. klik sini dan sini. 

Jumaat, 10 Februari 2012

joging

semalam ada plan nak pergi joging pagi ni. tapi macam biasa lah.
asyik ter-cancel.
nak pergi joging sorang-sorang kat tepi pantai tu, aku tak berapa berani lah pulak.
tengok lah petang ni, insyaAllah menjadi.
aku perlu aktiviti-aktiviti yang macam tu. sebab i need healthy body.
maybe aku dah terbiasa aktif macam tu kot. so bila tiba-tiba tak continue at least joging pun jadi lah, so aku akan end up dengan boring dan letih dan mengantuk. i need to do something.

tak selesa lah aku nak type tekan keypad ni. balutan dah bukak, semalam bukak berdarah-darah. gam kering tercabut cuak. aku ngan cuak memang tak dapat dipisahkan pun. errrr. :P
so, semalam letak krim ubat minum air rebusan, herbalife shake f1 which give nutrients directly to our cells, alhamdulillah luka dah kering, cuma bengkak belum surut. biasa lah bengkak tu, dalam proses penyembuhan.
denyut-denyut pun tak ada. nak compare macam hari tu denyut-denyut mashaAllah.
sampai nak tido pun sakit sampai tak boleh tido malam nye. so aku decided bukak penahan kayu tu walaupun ibu tak bagi bukak. well, ibu. kalau aku cuak 20%, ibu cuak 80%. maka dapat lah tau mana aku dapat genetic itu. kihkihkih

nanti lah aku membebel lagi. nak rehatkan jari manja ai.
aku kena walau macam mana pun, ensure that luka ni sembuh betul-betul before start practical minggu depan. haish, cuak setiap kali ingat pasal LI. dulu muka yang kena, sekarang jari pulak. T___T

psssst : sesape yang ada problem in losing weight, gaining weight or even to maintain weight, do contact me. 0193709753 @ fatinsyahirah90@gmail.com. :)

Khamis, 9 Februari 2012

lemas

tak, bukan lemasku dalam lautan cintamu. :P

baru sampai rumah dari kuala ganu pukul 12.30 tadi.
dalam kete otw pergi tadi bukan main ngantuk, sebab semalam tak boleh tido. tangan berdenyut. padahal satu jari je yang kena, sikit je pulak tu, tapi sakit sangat-sangat sampai nak buat aktiviti yang melibatkan 1tangan pun payah. eh, tapi sakit yang sangat-sangat sakit ke, aku yang over? errrr.
tapi bila jadi macam ni, baru tu betapa pentingnya even 1 jari yang mana terkadang kita jarang bersyukur akan kehadirannya. :')

tapi rasa hebat tetiba tadi drive keta sebelah tangan.
namun time balik, ibu bawak. sebab jari berdenyut dan kadang pedih-pedih. lepas tu nak avoid dari rasa sakit even dah makan pain killler pun (yeah, aku tau makan pain killer tak elok. itu pun aku dah potong separuh, makan separuh je. aku pun sebolehnya nak avoid, tapi i have to), aku cakap kat diri sendiri, 'tak sakit, tak sakit'. lama-lama berkesan jugak, sebab rasa sakit berkurang.
anyone tau mana-mana doa/potongan surah yang boleh kurangkan/hilangkan rasa sakit tak?


pssssst : tadi makcik aku tegur akan betapa naiknya badan aku kali ni. baru seminggu tak jumpa kotttt. aaaaa, even kalau makcik aku tak tegur pun, i noticed pasal tu. i need healthy food, as in terms of consists of good nutrition so that aku tak ada selalu rasa lapar dan tak penat/letih easily. seriously.

psssst psssst : i need to sleep now. doakan aku dapat tido nyenyak malam ni. tak sabar nak tunggu esok. jari ai kelemasan.

Selasa, 7 Februari 2012

hati tisu.



semalam lepas balik klinik, tengok cerita telekung buat mama.
ibu dah nangis-nangis tengok cite tu. tapi sebab cite tu habis awal kan, tak ngantuk pulak tu.
so aku ajak ibu tengok cite hafalan shalat delisa ni.
sambung nangis lagi.

kalau dah hati tisu tuuuu. :P


psssst: lagi 12 hari. berdeborrr.

pssst psssst: semoga result aku tak drop, at least maintain pun jadi laa. tapi please please jangan drop. doa doa doa.

aku tengok macam nuget yang cucuk ngn lidi yang jual kat pasal malam tu pun ade jari haku ni. 
walaupun tak kena air, tapi kepedihan dia boleh tahan berbisa. 


pedih-malu-cuak

sekiranya mampu, dalam kepala saya, perancangan saya, nak update panjang-panjang sebenarnya. tp apakan daya, pergerakan jari saya agak terbatas. (eh, sedap pulak guna saya saya. :P)

saya terkena pisau maghrib tadi. dalam proses nak masak spageti guna resipi baru.
lepas dah buang kulit udang semua, terlintas dalam fikiran, letak sosej sekali lah. kalau letak udang saje macam sikit sangat bahannya. tamak and kuat makan, as always. :P.
lalu sosej pun dikeluarkan dari freezer. yang keras gila itu. lalu saya pun letak di bawah laluan air, supaya ais cepat cair. ahhh, lambat lah ais nak cair, perut haku ni dah lapar. kenapa lambat sangat ais cair??

lalu ambik pisau lah, cungkil biar senang sikit sosej terpisah.
cungkilan pertama gagal. ah, fatin kau tak boleh gagal.
cungkilan kedua, zaaappp. lalu terjerit-jeritlah saya sambil terlompat-lompat.
jerit-jerit tu biasa lah. perempuan. lompat-lompat tu tindakan tiba-tiba. aku pun tak paham. eh, saya lah.
tapi serius pedih, aku tau luka tu dalam. darah susah nak stop. ibu dalam bilik air pun panik.
aku lagi lah panik, terbayang kalau jari kena potong macam mana? kalau jari putus macam mana?
sebab time terhiris tadi serius rasa penih tu sampai ke tulang.
ibu letak minyak gamat berharap darah stop bleeding. tapi tidak. makin banyak ada lah.
lepas tu abang aku bawak pegi klinik. aku taknak pegi sebenarnya, tapi sebab dah takut, pegi lah jugak.

kat klinik tu aku dah malu dah time nak register.
aku mintak nak masuk bilik rawatan aku cakap lah pasal jari aku ni.
staff tu tanya, luka kena apa? lalu aku berbisik pisau. MAJOR MALU okkkk. rasa macam fail duk kat dapur.
beberapa minit kemudian, doc datang tengok jari yang luka tu.
memula doc tanya, kena apa? pisau ye? cuba cerita kena macam mana. tapi belum tengok luka lagi.
aku cakap la, tercucuk pisau sikit. lalu tersenyum kerang. eh, kerang handal senyum ke?
doc tengok je, doc cakap ok ini ini bukan tercucuk, ini nama dia slice. so kena jahit.
aku macam memula tu ok lagi. tanya sakit tak? bla bla bla.
pastu doc kata nak cucuk bius. aku tanya lagi, sakit tak? sakit sikit katanya.
ah sudah.
memula aku setuju lah nak jahit. tapi setiap saat berlalu, imagination aku semakin jauh.
ye lah dia bius, tapi aku still boleh rasa yang jarum tu bergerak-gerak segala.
pastu aku tanya ada cara lain lagi tak? doc kata kalau aku takut, dia gam je lah luka tu. tapi dengan syarat, aku tak boleh gerakkan jari aku.
aku tanya mana lagi cepat baik? beza dua-dua ni macam mana. mesti lah doc kata dia lagi prefer jahit. sebab lagi cepat baik biasanya. ah aku tetap dengan pilihanku. gam sahaja.

tapi sebelum gam tu dia cuci luka ni dulu kan tak ada bius, pedih diaaa pehhhh.
kalau jahit tu biasa lah, tapi kalau gam ni.
luka tu dia cuci dulu, lepas tu tunggu kering semua, dia letak gam tapi tak ada lah kat keseluruhan luka, dia ada tinggalkan 1lubang kecik tak letak gam supaya darah boleh flow keluar. tapi tak ada lah banyak sangat darah keluar pun. dah balut semua, then dia sendal kayu yang check dalam mulut tu kat jari aku balut skali supaya jari aku tak gerak.
sebab kaedah gam ni, kalau kau gerak sikit luka kau yang boleh buat luka tu terbuka, maksudnya kaedah gam tu tak menjadi ye. daging susah nak bercantum.
so setakat ni paham awak-awak?

maka sekarang ni dah nampak jari aku macam patah, padahal luka je. hiks.
so selepas 3 hari baru aku boleh bukak balutan ni. hmmm.
yes! tak payah cuci pinggan, tak payah masuk dapur yey! (dasarrr pemalassss).
maka lepas ni makin lah aku bosan tak boleh nak buat kerja sangat. tapi alhamdulillah kena tangan kanan, sebab aku ni kidal. kalau kena tangan kiri?? tak ke haruuu.

ibu kata tadi, lepas ni dah kena pantang makan macam ibu lahhh.
ah, ibu sakit ape je ibu tak pantang. pffffft.

tapi yang luka ni kena kat jari telunjuk je,
walaupun cerita kat atas tu macam kena lima-lima jari. hiks.

semoga dengan kesakitan yang tertanggung ini, dapat menghapuskan dosa-dosa kecilku.

dah rasa berdenyut lenguh pedih segala, yang mana aku rasa haruslah aku tido sekarang.


eh, tadi rasanya nak taip pendek je???


psssst : tolong doakan saya, supaya cepat sihat. saya sangat mengharapkan luka saya cepat sembuh. :')

psssst psssst : cet, adik nganjing aku nangis tadi. fineeeee.

pssst pssst pssssst : dengar kata esok result keluar. MAJOR CUAK.

Isnin, 6 Februari 2012

tipu

orang paling penat adalah orang paling kuat menipu, 
ingat senang ke nak hafal setiap inci tipu yang terlepas tu? 
- Fynn jamal


pssst : aku suka baca blog yang penuh inspirasi lately.

Sabtu, 4 Februari 2012

birthday #1

kalau dulu time kecik-kecik,
orang selalu akan wish, selamat hari jadi, panjang umur murah rezeki lalala.

tapi sekarang,
wish still macam dulu. tapi sedikit bertambah,
selamat hari lahir, happy birthday, SEMOGA CEPAT DAPAT JODOH.(amiiin, eh, tetiba. nampak sangat nak jodoh pun cepat. hihiks)

lepas tu akan datang, dah kawin nanti,
mungkin lah akan ada wish macam ni pulak,
happy birthday, sama macam dulu, dan bertambah ayat, semoga dapat baby/bertambah baby.
errr, ada ke? ke aku je yang berimaginasi macam tu?

tak kisah lah wish macam mana, as long as doa yang baik,
kita pun doa-doa lah agar doa-doa tu termakbul.
:)


pssst : dah agak dah. plan nak joging pagi tadi tak jadik. T_________T. serius tengah merajuk sekarang. *ewah, makin tua makin kuat merajuk pulak kau.*

Khamis, 2 Februari 2012

today

i have something good, which is very very much much gooood to share.
but then, as for i didn't manage to sleep since lastnight even till now, bawak kereta tadi huyung hayang lagi sikit nak masuk lane sebelah yang ada kereta (yeah, dilarang meniru aksi itu)
so i think, later lah i'll tell.

sebab for now, nak kumpul energy makan makan makan walaupun muka dah tembam diisi dek makanan yang tak henti makan. errr, apakah itu?

once kuat makan, is forever kuat makan. not good ok. not good for health. makan memang enak sekali, tapi still kena jaga. bukan just sebab nak jaga badan supaya nampak walla~ untuk suamimu atau bakal suamimu, tapi yang penting badan ni kita nak pakai lama. badan sihat, nak beribadat senang, nak belajar senang, nak kerja cari rezeki senang. kan? :) *ewah, nasihat orang pandai. aku pun tak jaga diri sendiri macam tu. takpe, sekarang ni aku rasa aku dah sedar sikit sebab rasa macam dah cun sikit. errrr, fine tak. sebenarnya tu aku ingatkan diri aku sendiri*
better kita jaga dulu, sebelum terkena.

macam ibu, lepas dapat tau sakit, terus berpantang makan. orang cakap sakit ni jangan makan ni, terus stop makan. sampai dulu berat 75kg sekarang dah 56kg. aku pun hampir kalah kottt. berat kitorang sudah hampir sama. errr.
tapi serius, kesian tengok ibu, nikmat makan macam ditarik tiba-tiba.

aaaaaa, tadi kata mengantuk dah ni kenapa ada perenggan siap?


pssssst : alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.

pssst psssst : ya Allah, berkatilah dan permudahkanlah perjalanan yang aku pilih. sinarilah cahaya hidayah dan petunjuk seiring keputusan yang aku buat.

padah

it's been quite a long time that i'm not having this problem again, cannot-sleep, tapi malam ni tetiba tak boleh nak lelap.
ni lah padanya tadi minum nescafe sangat. pekat pulak tu.
lalu sekarang ni tak boleh tido terkebil-kebil sendirian.
please mata, i've to drive tomorrow. since my driving skill quite disappointing me lately, i thinks i really need enough sleep and rest for tomorrow. tapi mata ngan badan ngan otak ni macam taknak bekerjasama langsung. wuwuwuw.
dengan berdebar tak henti dari tadi. pffft.

aku dah berazam sebenarnya tak nak minum nescafe sangat sebab time exam week hari tu hari-hari pun minum nescafe. tapi tadi gatal tangan ambik nescafe-bancuh-minum-lalu-sekarang-tak-boleh-tido. arghhh


psssst : ya Allah, aku menyesal atas perbuatan dosaku.. :'(

promote

dari hari tu plan nak pergi joging, tapi sampai hari ni tak pergi pergi pun. joging dalam anganan je lahhh. hari tu dah elok-elok plan nak pergi joging kat bukit bauk kat dungun, tapi hujan pulak. lepas CNY ni baru nak rasa hujan. kalau tak sebelum tu, cuaca panas je. 

plan setiap hari sabtu joging kat sini.
sebab hari sabtu je kak mas offday. 

hari tu ada lah jugak plan nak kayuh basikal dari rumah sampai kat bukit bauk, tapi setakat ni masih belum berjaya. kita tunggu lah nanti sampai berjaya. i'll make sure pasti boleh. insyaAllah. 

aku ni jenis kalau pergi mana-mana hypermarket ke, shopping mall ke, kalau ada tester ke, promotion ke, laju aje tengok. lagi-lagi tester makanan pape. makanan free okkk, sape taknak? even sikit punnn, tapi stillll makan. (dasar kuat makan). *tetiba tukar topik*

so ada lah satu hari tu, ada promotion pasal skin care produk kat hypermarket nama tidak didedahkan. *ececece*
aku lagi berminat tu sebab scan kulit kat muka kita tengok kasar macam mana etc. so aku pun pergi tanya itu ini. lepas tu tak kisah la part dia komen pasal kulit muka aku pun, sebab that is the reason aku cari for the better product sebab aku nak improve skin structure aku. 

kebetulan fakulti aku kan nak berpindah ke kampus baru yang terletak kat satu area ni. and akak ni tau la pasal perpindahan tu. dia tanya aku kalau aku pun terlibat pindah ke kampus tu jugak. aku cakap, ye saya pun sekali lah pindah sana. tetiba akak promoter tu cakap, 

akak promoter: haaa dik. kat sana nanti kulit senang jadi hitam, sebab kat sana hutan kann. sebab tu orang-orang kat sana kalau adik tengok semua gelap-gelap.  bla bla bla. 

aku just iyekan je la sebab aku dah start malas nak layan sebab takde kena mengena okk. kawan aku memang asal orang area tu tak kulit gelap, pun?

agak-agak lah kak. 

tak lama lepas tu, tini tanya aku kat mana. lalu aku mohon diri minta pulang. terima kasih, kak. 

tapi semua yang kita tengok yang kita tak rasa tak patut ditiru tu, jadikan sebagai pengajaran supaya tidak diikuti. sama-sama kita, yok! 


esok pergi kuantan teman ibu buat mammogram. 
alang-alang tu boleh cari cool blog skali. kat terengganu tak ada cool blog. wuwuwu

pssssst : aku tak rasa aku boleh buat aktiviti lasak seperti yang aku impikan. lutut sakittttt. *macam orang tua*
dah banyak kali jumpa doc, doc selalu je pesan jangan buat aktiviti-aktiviti yang banyak melibatkan lutut banyak sangat tuu, kalau boleh kurangkan. tapi kalau hari ni jumpa doc tanya pasal lutut, esoknya turun padang main basketball badminton segala, macam mana tuuu. 

psssst psssst : cuak bila ingat pasal result yang bakal keluar oiiiii! semoga result kali ni lebih baik dari sem lepas lepas. at least jangan menurunnnnn. please please pleaseeeee. 


Rabu, 1 Februari 2012

sekejap

sekejap je masa berlalu, pejam celik pejam celik dah februari. sekejap sangat, padahal rasa macam baru je masuk tahun baru.
banyak pulak perkara yang berlaku in life lately. dan agak banyak lah jugak yang ter-plan untuk life ahead. insyaAllah, semoga dipermudahkan segalanya. aku mampu plan, dan usaha, seterusnya bertawakkal, semoga hasil yang diperoleh setimpal dengan usaha yang dibuat. :)

1. bila dah masuk bulan februari maksudnya birthday aku dah dekat. sekaligus menunjukkan aku dah semakin menua. walaupun secara basic nya semakin hari sebenarnya kita semakin tua, yet setiap saat, ajal semakin menghampiri. tapi maybe sebab dah mind set kot, masuk tahun baru, masuk birthday baru rasa makin tua. lepas ni dah kena ingatkan diri, setiap saat, ajal semakin menghampiri. bagaimana amal saya? bagaimana usaha saya?

2. 5hb nanti kawan aku nak kawin. hari tu dah plan nak pergi ramai-ramai, tapi keadaan tak mengizinkan, ramai pulak yang tak dapat pergi. hanya mampu doa dari kejauhan. T___T (baru ingat nak ambik berkat pengantin. errrr)

3. LI dah dekat. cuak pulak rasa ni. tak tipu serius.

4. makcik aku tetiba masuk wad hari tu, sebab diabetes. dan mostly yang ada dalam wad tu pun sebab diabetes. ramai malaysian yang sakit diabetes rupanya. kita-kita still kurang kesedaran dalam kepentingan menjaga kesihatan diri, alam sekitar, etc, kan? and rata-rata elders selalunya prefer untuk ikhtiar thru perubatan tradisional rather than seing doctors. ibu selalu kena bebel ngan aku sebab takut sangat jumpa doc. bagi aku, nak try traditional medication tu boleh, tapi jumpa lah doc jugak.

5. tetiba rasa macam tak reti nak bina ayat. lalu merasa belog sendiri bosan. heeeee


pssssst : usaha, usaha, usaha. yakin, yakin, yakin. insyaAllah boleh!

pssst pssst : sekarang ni still ada orang sihir menyihir ke? zaman dah moden kottt. nauzubillah