Jumaat, 1 Januari 2016

Selamat Tahun Baru 2016! *Mata Bersinar*

Bismillah.

Dah lama tak mengarang kat belog ni, bila nak mengarang semula rasa macam pelik pulak. -__-"
Rasa macam sekejap sangat masa berlalu, sedar tak sedar dah masuk tahun baru -- 2016. Maka berakhirlah sudah 2015.

Banyak senanye yang dah berlaku dalam tahun 2015. Pendek kata, 2015 tahun yang penuh suka duka, pengalaman dan ujian. Masing-masing untuk mematangkan aku jua insyaAllah. Arwah tokki meninggal 30 September, dan aku menyaksikan saat akhir toki. 4 bulan jaga tokki sakit, ulang alik hospital even sebelum tokki start warded lagi, semuanya kenangan indah buat aku. Ya Allah, ampunilah dosa2 toki, lapangkanlah kuburnya, kasihanilah dia dan tempatkanlah toki bersama hamba2Mu yang Engkau kasihi, Tuhanku.

2015 menyaksikan turun naik aku sebagai individu. MasyaAllah segalanya dari Allah jua. Hanya dari Allah jua kekuatan yang aku ada sehingga hari ni alhamdulillah.

2016 -- please be nice and I'm ready to treasure more and to achieve more, insyaAllah. Game on! :)