Khamis, 31 Mac 2011

quotes of the day.



"Wrong one made you choose but didn't give you a choice. Right one let you choose even if he's not your choice."

"Learn to Forgive! Forgive yourself and others as many times as is necessary to clear the way for a new beginning."

credit : ihatequotes
rupa-rupanya seronok juga siapkan kerja dekat rumah, atau dalam kata lain,

buat kerja-tengok tv-line laju.

sudah lah, fatin. padahal nak kata ada kat rumah. :P

baru sampai rumah petang tadi. macam biasa, lepas 6jam dalam bas, baru sampai rumah. dugaan lah jugak dalam bas tadi. mungkin bas tu dah lama, tapi agak-agak la kalau sampai keselesaan penumpang pun tak terjaga. perjalanan jauh, tapi tak selesa, kekdahnya macam mana nak tidur selesa kalau seat tak boleh nak jatuhkan ke belakang. ok fine, nak tidur boleh je, tapi badan kena straight. tapi at least bagus jugak, boleh latih untuk duduk tegak, tak ada bongkok-bongkok. :P

lately kenapa entah, asyik nak tidoooooo je. dalam bas tadi tak payah cakap lah, bas gerak sikit, dah boleh lelap. cuma asyik terjagalah sebab lenguh badan. tapi all in all, sepanjang perjalanan tadi, boleh dikatakan tidur memanjanglah.
masalah aku lately, kuat tidur, kuat makan. kalau kuat tidur je, tapi tak kuat makan, boleh consider lagi sebab dulu aku pernah dengar tu salah satu cara yang boleh kurus. tapi kalau dah kuat tido, makan pun kuat jugak, cuba bagitau aku macam mana aku nak kurus? people might say, aku dah kurus sekarang, nak kurus macam mana lagi. tapi entah lah, kita yang dapat rasa macam mana bila kita kurus, macam mana bila kita sebaliknya. kadang-kadang it's not about beauty bila kita nak kurus, tapi about senang nak bergerak ke tak, bla bla bla. (ok sekarang aku malas nak fikir. ngantuk, tapi nak update. itu namanya gatal tangan, mata diabaikan.)
tapi tak ada lah sampai kurus melampau keding nampak tulang dan yang sewaktu. kang nak duduk pun sakit vontot sebab ada tulang je tak ada isi. tak ke seksaaa.

ok sudahlah.
hari ni ada lah jugak malukan diri time dalam bas tadi, tapi harapnya tak ada yang perasan. nasib baik dalam bas tadi tak ramai orang. fuhhh.

plan nak balik uni lambat sikit, sebab minggu depan study week, tapi gila hapa nak study week kat rumah sebab aku tak rasa minggu tu akan jadi study-books week, tapi akan jadi study-tv week takpun study-jalan week, tak pun study-makanan week. tapi yang penting akan berlaku lebih banyak study-mimpi week.

dem.

pssst : kepada sesiapa yang berminat untuk buat tempahan contact lens, tempahan akan dilayan, tetapi penghantaran akan dilewatkan disebabkan final exam hampir tiba. harap maklum. terima kasih. :)

tiba-tiba rasa macam nak letak gambar. :P

Isnin, 28 Mac 2011

kadang-kadang kau kaya, kadang-kadang boleh jadi miskin.

hidup ini ibarat roda,
kadang-kadang senang, kadang-kadang susah.
kadang-kadang sedih, kadang-kadang gembira.
kadang-kadang ada awek, kadang-kadang tak ada awek. ehh.

gua sedang menahan malu sebenarnya. dah elok-elok self-esteem tak low dah, jadik pulak perkara memalukan diri. well, bak kata wan, 'kau memang, ada je nak malukan diri sendiri.'. refer to entry ni dan ini, tapi semalam punya double triple malu like @#$%^&**((((. sampaikan boleh mengigau dalam tidur. boleh bayangkan tak macam mana?
tapi, i would not put up the story kat sini lah. gila hape aku nak letak kat sini. kang ada yang malu berganda-ganda kangggg. 

malu.
malu.
malu.
malu.
malu.










dem.







still malu. 














psssst : team aku menang 2nd place untuk badminton, and bowling also. alhamdulillah. :)

Sabtu, 26 Mac 2011

nervousness.

wish me luck for today's game.
self esteem lately macam down gila. so, game nanti pun cuak, tak yakin. takut nanti banyak buat silap, dan takut kalah sebab silap sendiri.


eh, macam gelabahhh pulak.
hehh.
tapi, it's my feeling right now. cuak CUAK cuak like !@#$%^^&*().

pssst : oh, i play badminton for krisma. tangan bangku pun boleh main. jangan lah aku bertembung dengan mana-mana budak masum kanggg. ishh

Rabu, 23 Mac 2011

pictures of the day.

sekarang dah sampai mood update entry tajuk; 

1. quotes of the day
2. pictures of the day

bukan lah sebab tak ada apa nak update, lepas tu main update je so that asalkan tiap-tiap hari ada update. mungkin ada lah sikit. tapi sikit je lahh. tapi yang sebenarnya sebab aku memang suka gambar-gambar and quotes tu. just assume that as my new hobby. :P 





"In life, it's not about being a winner or a loser. It's more about being yourself and giving your best."

"No matter how big you think you've sinned, Allah's mercy is bigger."


Selasa, 22 Mac 2011

quote of the day.


sekejaaap je.

sepatutnya malam ni nak stay up, study mana-mana yang patut, siapkan assignments yang tinggal dan yang sewaktu dengannya. macam biasa lah, common student life. tapi, at one point, tengah study study, stuck up nak blogging jugak. padahal kerja melambak lagi sampai tak tau where to start first. itu lah yang dinamakan, assignments dianak tirikan, blog dianak sendirikan. (??) ok, sekejap je.

untuk beberapa perkara, aku tak faham kenapa orang sampai nak fanatik sangat terhadap sesuatu. mungkin juga tak seberapa fanatik, tapi akan dilihat sebagai fanatik bilamana tiba-tiba nak melatah akan sesuatu perkara sedangkan perkara tu tak diungkit langsung pun. kita ambik contoh yang paling mudah, yang mana berlaku kat mana-mana tempat/negara, pun. politik. ya, politik tu penting. dan pada dasarnya, mana-mana parti politik pun semua berasaskan perkara-perkara yang betul, yang baik. cuma, orang-orang yang menjalankan tu yang spoilkan politik tu sendiri. sifat manusia. everyone knows macam mana. kalau siapa-siapa pernah baca entry aku yang dulu-dulu, tau lah kot aku ni tak minat politik. neutral je. 

pernah dulu ada sorang ni kawan lah kira nya. fanatik sangat towards parti tu aku ke aku tak tau lah. pernah dulu aku ada cakap pasal orang yang bertudung labuh and the perangai dorang terhadap orang-orang macam aku yang pakai tudung pun biasa-biasa je. diri ni pun tak sempurna. padahal aku cakap tu tak ada nak fikir pasal politik ke apa ke, just about the opinion pasal orang tu herself terhadap aku. tiba-tiba boleh pulak kawan aku tu kata aku sebenarnya nak perli parti yang dia pegang and sokong what so ever tu. like what the...? dah tu, kalau aku cakap pasal perempuan cantik, kau nak kata aku lesbo la? aku nak sembang-sembang pasal politik? wrong person, baby. better aku sembang pasal suami idaman ke pasal macam mana nak cari duit ke, macam mana nak dapat suami kaya ke.. errrr.

tu yang aku tak faham. dan aku memang tak nak faham pun. makin dilayan, makin menjadi. makin kita pulak dicari kesalahan, dituduh itu ini. better duduk diam-diam.  

nak fanatik tak salah, 
tapi jangan sampai bawak pergaduhan.
nak fanatik tak salah, 
tapi jangan sampai membelakangkan agama. 
nak fanatik tak salah, 
tapi biarlah membawa ke arah kebaikan.

bukankah agama itu tunjang hidup, penunjuk jalan?




eh, tadi kata sekejap je kan? 



pssst : in anything i do, please correct me when i'm wrong. tq. :)

Isnin, 21 Mac 2011

kerana aku adik dan kakak.


air dan kelantan

dua tiga hari sejak kebelakangan ni, lepas dah lama tak ada masalah air(well, kat blok hostel perempuan je), tiba-tiba ada balik masalah tu. yeah, sebelum ni kat blok hostel jejaka-jejaka kononnnya idaman. (idaman ke?? memang tak la!) kekdahnya, rutin gilir-gilir iu adil lah kiranya. both dapat merasa tak ada air. and also, dapat lah kau nak rasa hidup susah. tapi, bila jadi macam ni, tak ada pulak yang take it positive way untuk hargai bila waktu air melimpah ruah. lagi banyakk guna air time ada air adalah. nak basuh baju segunung satu hal, nak mandi puas-puas satu hal. ok, sekarang cuba buat kadar air yang diguna hanya untuk seorang. (eh, apa aku cakap ni?)

baiklah, yang penting, bukan itu persoalannya.
masalah air macam ni dah benda biasa kat kelantan. kalau bukan masalah tak ada air, masalah air kuning pulak timbul. so, lepas ni kalau datang kelantan yang orang kenal dengan negeri Islam, jangan  risau dengan imej manusia yang pakai tudung tapi rambut panjang terkeluar kat belakang. atau, imej manusia berambut perang. itu bukan sebab dye, itu karat air yang berkarat. ehhh.
masalah air ni seingat aku, berapa tahun dulu dah masuk berita. tapi stilll sampai sekarang tak setel setel. orang-orang sini pun dah alah dah dengan masalah ni semua.

kerajaan kelantan, umk, umno who so ever yang got power, do something lahh. or masalah air kat sini memang dah tak boleh nak buat apa dah? like tak kesian ke dekat rakyat sendiri and the students nak kena face masalah macam ni semua. jalankanlah amanah dan tanggungjawab yang diberi oleh rakyat.


oh ya, lupa.
politics these days are just means for money, egoism, and power.

pssst : i'm neutral. this entry is not about any politic parties at all. the main point of this entry is, anyone got power and involve with jabatan air dan saliran, tolong lahh do something pasal masalah ni. that's all. takde isu pas ke umno ke pkr ke kat sini ye. to those yang rasa benda alah ni ada kaitan dengan parti politik ke apa, i'm sorry. that's what we call, i blog-u read-we respond. i'm not into any kind of politic parties pun. hehhh.

pssst pssst : hanya perlu rm28 untuk dapat body yang walla! bukan selalu dapat peluang macam ni. maka, boleh lah klik sini.

Ahad, 20 Mac 2011

quotes of the day.


"Parents are the most amazing gifts Allah can bless you with. Say Alhamdulillah, and take care of your parents. :)"

"Stop worrying about whether ur pretty or not. You're absolutely beautiful. You know why? Because Allah Himself, our Creator, designed you."


pssst : bukankah agak wasting time on9 tanpa tujuan? lagi bagus kalau daftar sini, at least boleh usaha dapat $$$. 

Sabtu, 19 Mac 2011

new pet.


tiba-tiba rasa macam nak bela ular as pet. 
menarik jugak.
agak-agak dah pokai tak ada duit nak beli makanan untuk ular, campak je siapa-siapa yang rasa macam patut. errr.

balik sudah.

baru je sampai, balik dari trip.
letih, bukan sebab aktiviti banyak sangat, tapi letih duduk dalam bas lama sangat. hehh.
hari ni pun dah rasa muka sembap sebab dah banyak tido. mana tak nya, naik je bas terus tutup muka, sumbat telinga dengan lagu, tido. bangun just untuk turun bila bas stop makan je. tapi aku tak makan pun, just buang air, minum air, makan ringan-ringan sikit, naik bas sambung tido. rasa macam pehhh best gilaa dapat tido lama. tapi kaedahnya, perasaan tu sekejap je sebab sekarang even dah minum nescafe pun, mata dah mengantuk.

will update later lepas dapat semua gambar dari yang lain. guna kamera orang lain je lah kaedahnya. kamera sendiri cikai je, kamera henfon je. nak beli dslr tak mampu.

macha! dslr satu!!

mamak : dslr siaaappp!!!

:P

psst : aku tak rasa untuk LI dan kerja nanti aku boleh nak involve dengan animals. i better choose to be in environment punya field.

somehow, the trip was awesome. dan penuh gambar.

Khamis, 17 Mac 2011

not around.

malam ni pergi field trip ke kuala gandah.
any one yang tinggal dekat kuala gandah??
and this would be the last field trip untuk semester ni.
kalau trip sebelum ni kena buat kerja like kena turun naik bukit check trap tengok kelawar ada sangkut tak, tikus tupai ada terperangkap dalam perangkap tak, burung ada tersangkut ke tak. kena id species, kena buat blood test, kena itu ini, tapi trip kali ni mungkin macam lawatan. means, tak ada lah letih sangat, tak ada lah nak risau pacat naik kaki, kutu melekat kat badan bla bla bla.

ok dah. nak pergi makan dulu.

pegang kelawar best jugak, tapi yang dah mati lah. 
yang hidup? koserrr. 

Rabu, 16 Mac 2011

cuma sebentar untuk beberapa ketika.

it was like lama lah jugak tak update belog. lately banyak nak kena submit banyak assignments bla bla bla. tak tau kenapa rasa semester ni rasa macam agak penat lah jugak. ok, bukan agak je, memang penat.

1. penat tegopoh gapah siapkan assignments last minute.

2. penat pergi balik field trip. bukan ke trip sebenarnya, penat basuh baju setelah pulang dari field trip yang sebetulnya. nak basuh dengan mesin, duit kena jimat. kaedahnya, basuh tangan je lah. aterrr, duit semester ni keluar macam air. dapat bayangkan tak macam mana? ok, pergi bukak paip sekarang, tengok air keluar laju mana. ha, macam tuuu lah. :P tapi bila basuh tangan ni bagus jugak, at least boleh ada muscle apa.. baru cung!

3. penat fikir pasal duit duit, di mana kau duit. (call me mata duitan or what so ever sebab sikit sikit duit, sikit sikit duit. well, u know, no money, no talk. tak ada duit, kau nak makan apa??)

tapi yang sebetulnya, bukan penat yang dimaksudkan. aku suka keadaan sekarang, which i enjoyed. cuma, apa eh perkataan yang sesuai.. err, abaikan. tapi seriusly, aku suka field trip involved in this semester. walaupun uwang nya pun keluar banyakk.. tapi kok, itu semua pengalaman yang sangat berharga. (eh, tiba-tiba rasa macam orang indon.) :P

banyak perkara berlaku lately. name it, yang happy, yang runsing, yang sedih, yang mencabar, yang takut.. tapi, macam aku cakap tadi, semua ni pengalaman dan dugaan..

1. cerita-cerita seram kat hostel.
sejak dua menjak ni, makin menjadi-jadi pulak cerita-cerita macam nih kat hostel aku. dua malam lepas cerita rang kena sampuk, nampak lembaga.. tapi cer bayangkan, orang penakut macam aku ni macam mana nak handle benda tu semua? nak stay up, tapi kepala hotak selalu terbayang hantu hantu teman belajar. nak pergi toilet malam-malam sorang-sorang, tapi terbayang ada teman. itu belum masuk kes-kes bila tak boleh tido, teringat cerita-cerita waktu zama sekolah dulu kala. kaedahnya, memang aku usahakan jugak tido antara yang terawal lah. make sure orang lain tak tido lagi, tapi aku membongkang dulu siap-siap. konon feeling macam ada orang teman lah tido. tapi lepas tu, bangun esok pagi, menyesal sebab tido awal, final dah dekat, tapi satu pun belum study. (told ya, aku skema. :P)
untuk penginap-penginap hostel yang sekangkatan dengan aku sekalian, usah biarkan hidup anda dibelenggu misteri.

2. she's detected to have breast cancer.
it was like surprising bila dapat berita ibu detected to have breast cancer. setiap orang dalam dunia ni ada sorang je named ibu. perasaan bila dapat tau, u imagine yourself lah. bayangkan kalau situasi kita serupa. i won't explain further. cuma aku harapkan pada siapa-siapa yang baca, doakan kesejahteraan dan kesembuhan untuk ibu. itu je. terima kasih. :')

ohh, tiba-tiba hilang mood.


pssst : mood sekarang sangat terumbang-ambing. sekejap elok sekejap tak. tapi pendek kata, bila-bila masa je boleh burst into tears. atau mungkin jugak sebaliknya. err.

psssst pssst : telatah manusia emang pelbagai. untuk kita puaskan hati setiap orang, itu tidak mungkin. mungkin ada yang suka dan mungkin ada sebaliknya. tapi bilamana hatimu membakar dipenuhi amarah, maka kenanglah akan kebaikannya yang telah terlalukan untukmu..

pssst psssst pssst : teringin nak online di mana-mana tanpa bawak lappy yang berat ke kelas? teringin nak tangkap gambar yang cantik? kemudian tiba-tiba nampak kawan pakai iphone 4 dan bila tanya dia, dia dapat dengan harga hoiii aku pun boleh bayar. ok, sila tekan sini!

on the way trip ke gunung stong

last day at kaki gunung stong. 

muka macam dipam-pam. 
berat tak payah kata. 5hari, naik 3kilo. 
kaedahnya, itu berat lemak ke otot? 
down. 

Isnin, 14 Mac 2011

sekarang, nak cari pendapatan lebih, kena usaha. bukan just tunggu duit turun dari langit tanpa buat apa-apa.

eh, tekan sini, jawab survey pun boleh dapat duit. tapi kena usaha sikit lahhh.


psst psstt : sekarang pukul 6 pagi, tapi belum tido. siapkan journal tapi belum siap. tinggg! siap. ohh, mimpi rupanya.

Rabu, 9 Mac 2011

big girl dun cry.







and i wont cry.






Selasa, 8 Mac 2011

moments.


video 
sila condongkan screen anda untuk melihat video yang tidak seberapa dan hampir berumur ini. :P

video ni sebenarnya dah lama. bulan lepas. tapi nak jugak upload, sebab saje suka-suka. konon nak upload gambar banyak-banyak, tapi kalau upload gambar nanti tak tau nak letak caption apa. kalau gambar tu boleh bercakap sendiri, mungkin dipertimbangkan lah aku letak benda alah gambar tu semua. ceh, dasar pemalas, selagi ada alasan, menjawab cari alasan je kerja. 

semester ni kalau perasan, rasa macam bz gilaa. tak ada lah gila mana, tapi stillll bz sampai nak update entry baru pun rasa bersalah sikit-sikit. ni pun rasa bersalah, tapi sebab.. err ok, tak ada sebab. :P

the video tu pasal surprise birthday prank untuk anak-anak comel bulan feb. tapi aku tak expect pun sampai baling-baling tepung bagai, kalau ada pun, aku tak kena sekali. itu apa yang aku expect lah sebab antara yang plan nak buat surprise tu pun aku ada join sekali. macam mana entah aku tak rasa aku akan terkena sekali. innocent, mungkin? errr. (cuba kira berapa banyak sekali aku letak dalam sentence aku?)

sorry lah, sebab sekarag punya update version adalah sangat ntah apa-apa. banyak perkara yang men-tension-kan berlaku lately. tapi insyaAllah boleh handle lagi. kalau tak diri sendiri, maka siapa lagi. kan?

ok lah, nak kena prepare untuk kelas, perut pun dah lapar. oh ya. memang berbaloi pergi gunung stong, makan sedap penginapan best balik timbang berat, naik almost 3kg hanya dalam masa 5 hari. will update about the field trip ke gunung stong soon. even kena banyak kutu babi, sekarang pun still gatal-gatal ada kutu lagi, tapi stillll the pengalaman sangat-sangat bermakna. pengalaman tu penting okk. pengalaman is the best teacher, aite? 

annnddd, oh, terima kasih kawan-kawan untuk kejutan hari lahir dulu. terima kasih, terima kasih, terima kasih. :')


pssst : tiba-tiba rasa i prefer kena pacat dari kutu babi. dan tiba-tiba jugak rasa best to be in forest. errr. serius. 

psssst pssst : anyone yang tau pasal breast cancer contoh macam tanda-tanda ke apa, mintak sangat-sangat share kat sini. and please everyone yang reding this, please pray the best for my mum. mintak dijauhkan dari segala penyakit. terima kasih. :')

Isnin, 7 Mac 2011

back.

the background is one of the parts of the highest waterwall in asia. ada 7 tingkat semuanya.
stong waterfall. 
dan quality air juga adalah terbersih antara waterfall yang lain. 

walaupun sampai ke gunung stong, tapi tak sampai pun ke puncaknya, just stay kat kaki bukit je,
tapi ini antara field trip yang best (tolak insiden-insiden yang menyakitkan hati.)
makan sedap, penginapan best, what u need more? so, jangan tanya kenapa muka badan dah semakin membulat. sentap hati mak nakkk. :P

padahal baru sampai uni, tapi gigih nak update. rasa bersalah tak update. 
ok dah lah, mengantuk. banyak benda nak tulis sebenarnya. tapi later lah. later tu bila? haa, itu kita kena cari masa bila baru nak update. sebab banyaaakkk lagi kerja tak setel. tiba-tiba rasa macam tak sabar nak cuti sem. hiks. 


pssst : rasa bersalah laa. sebab tu kot bila marah kita kena diam sebab waktu tu apa yang terkeluar dari mulut kita di luar kawalan dan tak bermaksud pun sebenarnya. (pengajaran.. harap takkan berulang lagi)

psstt pssst : those yang intereste nak contact lens and dah email, sorry for the late reply. ok, sekarang, segalanya berjalan seperti biasa semula until 17 dan 18 hb mac. happy tido everyone! gud nite.

psssst psssst pssssttt : penggila penggila maroon 5, sila klik sini