Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Selasa, 24 Januari 2012

euwww

duk kat rumah tak ada buat apa pun. boring lah jugak kadang-kadang. 
tapi hari ni sedih. dan rindu. 
i was about to update lah jugak tapi apakan daya, malas menguasai. hiks. biasa la tuh. 


these 3kids baru gerak balik rumah dorang siang tadi.
petang tadi lepas bangun tido, tiba-tiba sedih sebab tak ada bunyi bising si kecit tuh. serius sedih.
walaupun kadang-kadang rasa macam nak tutup muka dia geram sebab suka nangis,
tapi bila datang sweet dia tu. alahaiii~

lately aku macam suka budak-budak pulak. 
apakah tandanya naluri keibuan semakin kuat dalam diri? dush dush dush. :P

errr, tiba-tiba mengantuk. padahal hari ni dah tido banyak rasanya. aduyai.

psssst : badan sakit-sakit semenjak dua menjak ni. sabtu ni dah kena start joging-joging exercise jaga makan segala. supaya badan sihat tak lemah. 

psssst psssst : aku perlukan cash sebab nak beli jam tangan. tensi bila tengok gambar-gambar lama yang tengah pakai jam lalu kecewa sebab jam tu hilang. jam tu ibu hadiahkan sempena result spm okk. mana tak sayang. otak sila berfikir cari idea mana nak dapatkan jam. 

pssst psssst psssst : euwww. 

ini baru naik 3kg untuk semester lepas. 
aaaaaaaaaaaa

Sabtu, 21 Januari 2012

jimat

aku nak update sebenarnya.
tadi dah elok elok upload gambar, tapi ahh tak jadi lah.
sebab tak jadi pergi tengok ustaz azhar datang dungun tadi,
so sekarang aku nak tengok video ustaz azhar sampai lebam.
balas dendam sebab tak boleh nak online kat hostel pun ye jugak. kat sana tak boleh nak tengok youtube kann. balik rumah baru boleh tengok. hiks.
tapi takpe, nanti dah boleh boleh online lama-lama sebab nanti LI pun dekat ngan umah. tak jadi pergi seri kembangan sana. huhu! (jimat duit sewa rumah)


psssst : ramai yang tanya aku dah ada calon ke belum. aaa, kenape nii. muda lagi okkkk. tapi kalau nak rekemen-kan pun boleh je. tapi kalau nak non-malay boleh ke? ehh.

psssst psssst : misi nak turunkan berat badan bermula.

pssst pssst pssst : oh, dah lama tak letak ais kat muka. esok nak buat lah. huhu

Jumaat, 13 Januari 2012

kenangan.

dulu time sekolah rendah, dari darjah 1 sampai darjah 4 aku sekolah kat sekolah cina. dan sistem kat sekolah tu, sebab satu darjah punjust satu kelas, kiranya sekolah tu hanya ada 6 kelas je lah. darjah 1, satu kelas, darjah 2, dua kelas, dan seterusnya.
sebab student kat situ pun sikit, tak de maknanya dia nak buat sistem sesi sekolah pagi, sesi sekolah petang.
time tu, ramai je jiran-jiran yang sebaya yang sekolah kebangsaan lain, ada sesi sekolah pagi. so kadang-kadang timbul rasa jeles dorang boleh bangun lambat. tapi kadang rasa best jugak, petang-petang boleh tengok cite katun. boleh ikut ibu pegi mana-mana, ayah boleh bawak pegi mandi kolam.

sebab dulu pun, aku suka tido lambat jugak. mula lah pagi-pagi cari alasan itu ini tak nak pegi sekolah. mengantuk la apa la. kalau dulu, ayah suka renjis air time kitorang tido. lepas tu dia beli jam loceng yang gedabak besar kalau bunyi kriiingggg tu memang rasa nak baling ke dinding. tapi sayang, memang tak dapat baling ke dinding sebab jam tu ayah akan pegang dan bila time kena bangun, dia akan bunyikan loceng jam tu lalu letak dekat bantal kitorang. pehhhh, bernanah la jugak telinga tu.

tapi dalam banyak-banyak cara, arwah tok aku yang paling berkesan. even till now pun, aku selalu nya guna konsep dia. alaaa, rindu tok :'(

tok: acik, bangun. g skoloh. lambat kekgi...


acik comel(aku lettew): ngatukkkk. takmboh g skolohhh...


tok: bangung laaa. g skoloh dulu, karang balik sambung tido pulok. 


tok cakap lembut je. tak de lah kasar mana. tapi tangan tu ada lah kadang tepuk ke, cubit sikit ke kalau aku dah liat sangat.
lepas je tok cakap camtu, aku terus bangun mandi siap segala, dalam otak dah set, ok balik sekolah kang aku nak sambung tido lama-lama. sampai kat sekolah pun rasa macam tak sabar nak balik rumah sambung tido balik. even kalau tetiba ngantuk kat sekolah, aku cakap kat diri sendiri, 'balik nanti tido balik nanti baru tido'.
gila ke nak tido kat dalam kelas, cikgu-cikgu garang kottt.

tapi dah balik sekolah tu tak ada nye aku tido balik. keje sekolah banyak, lepas tu kena pegi mengaji quran lagi. petang tu memang lah tak tido, pegi main-main mana boleh tinggal.
so macam tu lah hari aku tiap kali mood malas nak pegi sekolah tu datang.

sama macam time sekolah menengah pun sama. tapi sebab duduk asrama, kan. so tak adalah susah nak bangun tido sangat. cuma mengantuk pagi-pagi tu memang tak boleh nak elak lah.

1. aku guna pesan arwah tok, balik sekolah kang boleh tido.
yang ni aku memang apply betul-betul. even kat dalam kelas sementara nak tunggu cikgu masuk pun, aku tido je sekejap even 5 minit pun. lepas tu balik sekolah pun nak balik sampai bilik cepat-cepat. satu, sebab nak line depan time ambik makanan. dua, tido ah, apa lagi. even 5 minit pun tak kisah. pejam mata saje pun takpe. dasar kuat tidoo.

2. aku bangun siap awal-awal. lepas tu aku baring elok2, sementara tunggu rumet aku yang lain bersiap semua. kang dorang dah siap aku suruh kejut. ngeh ngeh. keji la jugak, dah siap-siap semua boleh tido balik sekejap. tapi sebab dah pakar kann, baju pun tak renyuk. untuk elakkan baju dari renyuk ni, kau kena betul-betul pastikan baju tu straight je sebelum kau baring. bab macam tu pakar aje. cuba suruh buat soalan fizik tengok macam mana. thumbs down.


aaaaa, aku sebenarnya plan nak tulis pendek je. tapi kenapa tetiba terpanjang pulak.

fatin, study dulu. nanti dah habis exam, kau nak buat apa pun buat lah. tengok movie banyak-banyak pun tengok lah. tapi study dulu.
(ambik nota sekarang)

3 down, 3 more to go.
pray for me, people. thank u :)

psssst: mimpi semalam, walaupun mengarut, tapi membakar semangat.

sushi

sushi ni rumet aku buat tadi.
as for dia dah habis exam, so dia pun dikerah untuk masak. hiks.

[gambar curi zaty punya kat twitter :P]

dan ni adalah first time dalam hidup aku makan sushi.
though sushi ni boleh kata tak ori macam kat jepun, paling koman pun macam sushi king laa. aku boleh agak rasa sushi yang betul-betul macam mana. hmmm. 
anyone kena belanja aku makan sushi balik nanti. bulan feb dah dekat anyway. lalalala. :P

tapi aku still rasa,
kalau letak cili padi sekali dengan inti tu mesti lagi sedap. 
errrrr. ke tak?

tak kisah lah, pape pun, thanks illi for the sushi dan nasik kepal (onigiri). 
sedap as always. :)

pssst : ok kena sambung study. 


Isnin, 9 Januari 2012

kawin

mesti lah bukan aku yang akan kawin very soon ni. sobab eh, calon pun tak de lagi. heh
tiba-tiba tadi dapat undangan kawin pergi majilis budak kelas aku.
dan mesti lah aku yang paling lambat tau. 
tak kisahlah lambat ke cepat ke lambat ke, 
yang penting dia sah jadi isteri kepada suami dia insyaAllah, 5 feb nanti. 
and i'm so excited! 

ok nak study dalam ke-excited-an.
ewah, orang lain nak kawin, kau pulak yang excited lebih. 


Sabtu, 7 Januari 2012

malas vs rajin

just finished revising several notes for becoming papers.
gap hari yang banyak memanglah rasa macam sedikit gembira di situ, kerana lagaknya punya banyak masa untuk study. tapi dah kata manusia yang mudah leka, asal ada masa free sikit tengok cite. asal ada masa lebih sikit, tido lebih. asal ada masa lebih sikit, borak-borak. lepas tu nanti mula lah nak goph gapah cuak segala sebab masa yang panjang pun tetiba rasa singkat. ok that's me. aaaaaaa. (apa ni fatin?? dush dush dush kasi sedar sikit)

tapi itu lah, mata dah ngantuk sebenarnya ni tapi malas nak panjat katil. katil double decker ni bagus jugak kadang. buat aku kurang rajin nak panjat katil as for katil aku atas punya. so, possibility nak study lantas tiba-tiba tertidur itu adalah kurang tinggi yang mana posisi study atas katil dapat dikurangkan. 
kurang tinggi tu hanya bermaksud untuk tertido sambil study. 
tapi kalau dah nak tido sangat tu, panjat katil tetap panjatttt. 
sebab tido tetap tido. kang kalau study beria tapi tak masuk macam rugi jugak. so, better tido dari baca-baca tapi duk ulang ayat yang sama dua tiga kali page tak berganjak. :P

plan esok nak pergi gym, so harapnya esok jangan lahh tetiba aku bangun lambat. sebab gym esok bukak sampai tengah hari je. 
nampaknya, dalam banyak-banyak perkara yang aku malas, akhirnya malas kalah juga tiap kali bersaing dengan tido. sebab aku jarang malas tido. hiks. 



tudung memang tak pernah nak betul pun. 
aku tak tau kenapa aku selalu fail bila pakai tudung macam ni padahal mula-mula aku rasa dah cun dah.
tapi selalu berubah bentuk tak lama lepas tu.  
selalu aku tanya anna, 'eh, tudung aku elok tak?'
lalu jawablah anna,'sejak bila tudung kau elok pun?'
fineeeee. 



pssssst : kerteh atau seri kembangan? pray for the best. :)

psssst pssst : tak semua yang nampak rugi itu sepanjangnya rugi, kadang-kadang untung menanti di hujung. - @santapanminda

Khamis, 5 Januari 2012

lapar


aaaa, sekarang ni serius tengah lapar.
tengok folder gambar, nampak gambar ni terus jadi makin lapar.


pssssst : thank u Allah for the good news. untuk rezeki yang tak terfikirkan. :')

Selasa, 3 Januari 2012

#3rd page of 366

macam best pulak tengok hashtag kat twitter paging number ni.
time awal-awal tahun semangat lah, kang dah masuk 1 bulan, hampehhh. kekdah dia sama macam ada diari. semangat dia tu, belum masuk tahun baru lagi dah semangat nak beli, tapi tulisnya tidak. kalau tulis pun, berape muka surat je. aku lahh tapi nya. orang lain aku tak ambik tau pulak. tapi bila baca balik diari yang lama-lama tuu, tiba-tiba boleh blushing. malu lah konon tulis ntah pape.
antara sebab malas nak tulis diari sebab rasa macam membazir masa nak kena tulis, sedangkan masa tulis diari tu boleh diguna untuk buat benda-benda lain. tapi padahal malas je lebih sebab nanti lenguh tangan. choii.
tapi rasanya sekarang dah macam rajin sikit. rajin tido lah tapii. ngeh ngeh.

1. azam tahun baru tu ada, cuma aku takkan bagitau kat sini lah. even tulis pun tak. just sematkan dalam kepala dan hati. kiranya semangat dalaman laaa. aku tak nak tulis azam je macam eksaited, tapi efforts nak capai azam tu tak ada atau kurang atau yang sewaktu dengannya. macam tahun dulu-dulu, tulis je nak itu ini, tapi dapatnye - tidak. so since that, untuk elakkan kecewa dengan diri sendiri satu hal, aku lebih kepada ikut flow.

2. eh, sejak dua menjak ni macam banyak pulak keywords nirmala sari masuk belog sini. dah lama sebenarnya aku nak tulis pasal nirmala sari ni, well ai kan duta nirmala sari. (dalam mimpi). tapi tunggu lah nanti-nanti, time cuti ke, kalau aku rajin kangg aku tulis. kalau tak ada entri baru pasal nirmala sari tuu, haa paham-paham lahh.

3. aku tengah study sebenarnya ni. tapi sebab gap untuk next paper tu macam jauh lagi, haaa dah datang dah malas tu. tapi dalam malas-malas taik ayam ni pun, still rajin sikit lah kalau nak compare dengan sebelum ni. hiks. kalau time exam ni, paper straight hari berturut-turut tak best, paper gap jauh sangat pun tak best jugak. gap jauh tu memang lah bagus lagi-lagi untuk orang yang study last minit macam aku. semua nak cover time-time ni jugak. tapi nanti banyak melencong buat benda lagha yang lain. macamm..... sekarang ni kira lagha tak? errrr

4. banyak lagi nak kena study ni, tapi still nak tulis lagi. aku sebenarnya dalam situasi yang kena fikir banyak benda sekarang. lately aku lebih suka keep it alone. kadang elok, kadang tak elok jugak pendam sorang-sorang. tapi entah. sebenarnya banyak benda yang eloknya kita simpan sorang-sorang, kan? sesungguhnya Allah sebaik-baik tempat kita mengadu. aku noticed tu lately. dan sebab aku tak nak fikir sangat pasal tu, aku study.

5. btw, aku tengok kat feedjit tu macam ramai pulak dari sri kembangan. dah alang-alang kalau ada orang sri kembangan kat sini, tumpang tanya sekejap, kalau ada bilik yang nak disewa, maka mohon komen info pasal bilik yang boleh disewa itu di sini. area sri kembangan sahaja. terima kasih. :)


6. dah tiba masanya saya sambung study semula.


psssst : berusaha ke arah yang lebih baik. insyaAllah. :)

pssst pssst : we're different.

pssst pssst psssst : rasa macam nak tukar header baru. hmmm

psssst psssst psssst pssst : may 2012 be better than previous year. banyak kenangan, banyak memori, yang suka dan duka. semoga setiap kesilapan yang tersesalkan takkan berulang, dan belajar dari kesilapan yang lalu. semua itu mematangkan dan buat kita lebih mengerti akan erti hidup. menyesal aje tak guna, kan? learn from it. and life must go on anyway. :)